Harmony: Kediaman bertenaga solar

oleh sorensen pada 28 April 2008 dalam

Nampaknya teknologi berasaskan solar semakin banyak dibangunkan sejak akhir2 ni. Sebelum ni aku pernah buat posting tentang beg solar kan? Ha.. kali ni apa kata kita tengok pulak kawasan perumahan yang dijana dengan kuasa solar!

Sebuah kawasan perumahan yang menggunakan kuasa solar sebagai standard telah dirasmikan di San Bernardino County, California pada 24 April 2008. Kawasan pembangunan kediaman terancang yang dinamakan "Harmony" itu dilaksanakan dengan kerjasama CenterStone Communities dan Petersen-Dean Roofing Systems.


Harmony Housing Estate yang dijana dengan tenaga solar

Penempatan berasaskan solar ini dikatakan mampu mengurangkan kos utiliti kediaman antara 40-50%. Setiap bumbung rumah yang dibina akan dilengkapi dengan sistem sel solar bumbung berkuasa 2.3-kW. Sel PV yang dipasang ini diperbuat daripada crystalline silicon, iaitu bahan yang sama untuk membuat cip semi-konduktor di dalam komputer. Apabila cahaya matahari memancar ke arah sel berkenaan, elektron yang akan dibebaskan akan menghasilkan aliran elektrik terus. Tenaga elektrik terus ini akan disalurkan melalui wayar tembaga ke dalam kekotak utiliti, ditukar kepada tenaga alternatif dan disambungkan kepada meter elektrik rumah. Pada masa ini, terdapat tiga model rumah berkenaan yang telah dibina untuk tujuan pameran.

Dipetik dan diubahsuai daripada Gizmag.com



Comments seterusnya...