Harmony: Kediaman bertenaga solar

oleh sorensen pada 28 April 2008 dalam

Nampaknya teknologi berasaskan solar semakin banyak dibangunkan sejak akhir2 ni. Sebelum ni aku pernah buat posting tentang beg solar kan? Ha.. kali ni apa kata kita tengok pulak kawasan perumahan yang dijana dengan kuasa solar!

Sebuah kawasan perumahan yang menggunakan kuasa solar sebagai standard telah dirasmikan di San Bernardino County, California pada 24 April 2008. Kawasan pembangunan kediaman terancang yang dinamakan "Harmony" itu dilaksanakan dengan kerjasama CenterStone Communities dan Petersen-Dean Roofing Systems.


Harmony Housing Estate yang dijana dengan tenaga solar

Penempatan berasaskan solar ini dikatakan mampu mengurangkan kos utiliti kediaman antara 40-50%. Setiap bumbung rumah yang dibina akan dilengkapi dengan sistem sel solar bumbung berkuasa 2.3-kW. Sel PV yang dipasang ini diperbuat daripada crystalline silicon, iaitu bahan yang sama untuk membuat cip semi-konduktor di dalam komputer. Apabila cahaya matahari memancar ke arah sel berkenaan, elektron yang akan dibebaskan akan menghasilkan aliran elektrik terus. Tenaga elektrik terus ini akan disalurkan melalui wayar tembaga ke dalam kekotak utiliti, ditukar kepada tenaga alternatif dan disambungkan kepada meter elektrik rumah. Pada masa ini, terdapat tiga model rumah berkenaan yang telah dibina untuk tujuan pameran.

Dipetik dan diubahsuai daripada Gizmag.com



Comments seterusnya...

Bercuti panjang......

oleh sorensen pada 20 April 2008 dalam

Setelah 4 bulan aku tak balik langsung ke swk.. akhirnya tibalah masa yg ditunggu2. Cuti 2 bulan aku dah bermula dgn berakhirnya paper aku kelmarin. Flight aku pkl 6.55 pagi nanti (21hb) so masa aku tulis entry ni baru 11.08pm.. ada lg 7 jam sebelum flight. Mesti sesetengah org rasa pelik, knp aku suka amik flight awal2 pagi mcm tu. Bkn pe.. dpd upm susah nak dpt transport pg lcct, even kalau aku amik flight pkl 11 pagi pun belum tentu aku dpt catch flight wpun turun dpd kolej awal2 pagi.. so better aku bermalam kat airport ni je..

Lagipun, aku suka environment kat sini. Terasa suasana nak balik tu mcm mana, bila tengok org dgn mcm2 gelagat masing2, ada yg bawak family pg bercuti, ada yg on trip dgn rombongan dan tak kurang yg travel sorg2 mcm aku ni. Haa.. part yg paling tak brp nak best ms nak naik flight, sbb tu kan tandanya bermula kehidupan kat rumah yang.. yang.. takde kerja.. hehe!! (kat kampus bagi keje melambak smp tak cukup tangan, tak larat pulak kan).

Papepun, tetap tak sbr nak jumpa anak buah aku yg dua org tu.. dgr kata yg pompuan tu dah pandai jalan..

Rindu betul aku kat diorg..



1 komen seterusnya...

Sony Ericsson P5i?

oleh sorensen pada 09 April 2008 dalam

Hmm.. sejak awal tahun ni dah banyak yg aku dgr tentang Sony Ericsson P5i ni, tak tau sama ada ia akan dilancarkan atau tak. Walau bagaimanapun, ada sumber yg menyatakan bahawa gmbr di atas ni adalah P5i. Sumber tu turut menyatakan P5i bakal mempunyai rekaan ala2 P1i, papan kekunci QWERTY dan memiliki UIQ 3.3.



Comments seterusnya...

Mencakar langit di DUBAI...

oleh sorensen pada 03 April 2008 dalam ,

Siapa sangka tanah gersang ini (tahun 1990)...

Akan membangun dengan pesat pada hari ini!!! (tahun 2007)

Dubai merupakan salah satu wilayah dalam Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang terletak di bahagian timur Semenanjung Arab. Pada hari ini, Dubai mempunyai populasi penduduk kedua terbesar di UAE selepas Abu Dhabi.

Terlalu banyak rasanya cerita yg boleh diperkatakan tentang kota Dubai ni. Untuk posting kali ni aku cuma nak berkongsi kekaguman aku terhadap hasil kejuruteraan megastructure di Dubai. Okeh.. jom kita tengok mcm mana rupa bangunan2 pencakar langit yang sedia ada, dalam pembinaan dan yang akan dibina di sana!!!

Burj Al-Arab Hotel (305 meter)

Burj Al-Alam (dlm pembinaan, dijangka setinggi 501 meter)

Burj Dubai (dalam pembinaan, dijangka setinggi 808 meter)

Al-Burj (akan dibina, dijangka setinggi 1200 meter)

Perbandingan antara menara Burj Dubai dgn pencakar langit lain di seluruh dunia

Tak tau nak kata apa.. lenguh dah leher aku mendongak, tinggi sangat bangunan2 ni ha.. huhu!!!



4 komen seterusnya...