Ratatouille (rat-a-too-ee)
oleh sorensen pada 20 Februari 2008 dalam hiburan

Lepas tengok balik, baru aku sedar rupa2nya ada banyak sangat babak2 yg menyentuh perasaaan dalam filem ni. Ntah mcm mana, lepas aku tengok cerita ni kali ke-2, aku boleh menangis! Dengan kualiti grafiknya yang sangat bermutu, semua ekspressi watak2 dapat disampaikan dengan baik. Di samping tu, ada banyak pengajaran yg kita dapat perolehi dpd cerita ni. Masa tengok kat cinema dulu aku tak berapa perasan sgt, sbb masa tu kan penonton ramai, pastu dgn kualiti gambar cinema yang agak kureng dan suhu yg sejuk telah menghilangkan sedikit feel pada masa tu.
Ni la antara babak2 yang berjaya menyentuh perasaan aku..
Masa Remy terpisah daripada keluarga
Dihalau daripada dapur restoran Gusteau
Pekerja lain meninggalkan restoran Gusteau (apabila mengetahui Linguini sebenarnya tidak pandai memasak)
Tikus2 lain membantu Remy memasak
Anton Ego terpegun dgn Ratatouille yg dibuat oleh Remy
Anton Ego: Not everyone can become a great artist, but great artist can come from anywhere
Scene ketika Anton Ego memakan Ratatouille juga telah berjaya membuatkan aku terliur dengan makanan tersebut. Mula2 aku fikir mustahil la, sbb aku anggap benda tu cuma rekaan dlm filem ni saja. Tak sangka pulak aku lepas surf kat internet, rupa2nya makanan bernama Ratatouille ni benar2 wujud!!!

Ni la dia Ratatouille. Nampak sedap kan?
Last skali, lagu tema filem ni juga tak mengecewakan. Walaupun dalam bahasa Perancis tapi lagunya mmg best. Korang leh cari kat imeem.com atau esnips.com, tajuk lagu Le Festin (by Camille).
Camille - Le Festin (written by Michael Giacchino)
Nous allons enfin nous réga....(ler)
(English Translation)
Carried through lifetimes, (and) spilled now and then
I am driven by hunger, so saddened to be
My hope is a banquet impatiently downed
If giving means taking, I’ll never succeed
For nothing worth stealing is
Bercuti di JB..
oleh sorensen pada 09 Februari 2008 dalam kehidupan

Shopping mall (ke?) kat Danga Bay (tu, Jai tgh enterframe)Traffic jam!!
Balik dpd Menara Pelangi
Pemandangan dpd rumah Sila
Banyak lagi pic2 lain yang aku dah amik sebenarnya, tapi cukupla yg ni utk tatapan korang kat sini sbb line internet kat kpz ni pun belum berapa nak stabil ok :) Jumpa lagi!!
Suka coklat tak?
oleh sorensen pada 30 Januari 2008 dalam info
BAHLOUL (بهلول)
Nak makan jangan lupa baca bismillah dulu tau.. HEHEHE!!!
Exam & paip pecah!!!
oleh sorensen pada 28 Januari 2008 dalam kehidupan
Benarkah dia "sahabatku"?
oleh sorensen pada 16 Januari 2008 dalam jiwa, kehidupan
Ktorang pun x kisah la, dan terus pergi ke kaunter.
Masa tengah duduk makan, aku perhatikan lagi wanita itu. Dia sedang berborak dengan temannya dlm bahasa cina. Kelihatan dia seperti sedang meluahkan perasaan. Temannya senyap sahaja, mendengar atau tidak, tidaklah aku pasti. Rancak benar dia berbicara, sehingga menarik perhatian pengunjung2 lain yang leka memandangnya termasuk aku dan nordin sendiri. Bukan, kami bukan busy body apatah lagi berniat untuk menjaga tepi kain orang. Tapi..
Dia tidak menggunakan telefon bimbit, dia tidak mengenakan sebarang handsfree dan yang lebih memilukan, temannya senyap sahaja kerana hakikatnya tiada sesiapa pun yang sedang duduk bersama2nya di meja itu. Dia hanya duduk seorang diri!
Sukar menerima kenyataan wanita sesempurna itu, sebenarnya mengalami masalah psikologi.
Kejadian ini benar2 menyentuh perasaan aku. Sebelum ini, aku hanya mendengar sahaja apa yang dikatakan sebagai "imaginary friend" atau "sahabat bayangan". Pertama kali aku mendengar istilah itu ketika membaca tentang kes kematian vokalis kumpulan Nirvana, Kurt Cobain pada tahun 1994. Beliau dikatakan pernah memiliki imaginary friend ketika melalui saat depression terlampau dalam hidupnya. Dan hari ini, mata kepala aku sendiri yang melihat bagaimana kejadian itu berlaku, dan aku merasa sangat sedih. Aku tak pasti apa yang ada dalam benak wanita itu pada ketika itu. Siapakah yang sedang "berbicara" dengannya? Di mana dia mengenali "sahabat setianya" itu? Benarkah "sahabat" itu sedang mendengar isi hatinya, ataupun adakah dia sedang "bercakap" dengan perasaannya sendiri? Apa agaknya peristiwa yang sudah dilaluinya, sehingga mendorongnya utk mencari "sahabat baru" yang tidak pernah kita ketahui kewujudannya?
Yang aku tahu, dia pasti merasa sangat kesunyian pada ketika itu.
Pada kesempatan ini, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kawan2 kerana sudi menerima aku seadanya. Aku nak korang tahu, apa pun yang berlaku korang tetap sahabat aku. Terima kasih kerana sudi mendengar luahan perasaan dan menjadi teman berkongsi masalah, dalam susah dan senang. Kita manusia biasa, xdpt lari daripada masalah hidup. Dan oleh kerana itulah, kita tidak dapat hidup bersendirian. Seperti korang, aku juga perlukan teman. Sebenar2 teman, bukan hanya bayangan.