Exam & paip pecah!!!

oleh sorensen pada 28 Januari 2008 dalam

Panas semacam je rasa hati aku hari ni.. rasa mcm nak terbakar je. Mana taknya, aku expect hari ni ada 3 paper (1st test, bebanannya rasa mcm final exam korang tau x). 1st paper, subjek BBL sepatutnya pagi tadi pukul 10, tapi rupanya hari tu lecturer tu bagitau "just be prepared", maksudnya kalau x hari ni, hari rabu nanti! Dan, sebenarnya exam tu hari rabu!!! Aku tension tau x, kerana paper (yang tak jadi exam) tu aku tak study utk paper psikologi pukul 2 petang, lepas abis kelas BBL tu aku crammed 2 jam utk study 4 bab psikologi!!! Tu belum habis citer lagi, pukul 8.30 mlm aku ada exam plak paper MGM, lepas abis psikologi kne crammed lagi!! Kolej pulak takde air sampai pukul 5.30 petang tadi sebab paip antara blok pintar dgn blok cendi ni pecah. Petang tadi ok kejap, tapi baru kejap tadi paip tu dah pecah balik!!! Esok aku ada kelas psikologi pukul 7 pagi, pastu exam subjek BBI lagi pukul 10! Masalahnya sekarang... macam mana aku nak hadapi semua tu...
TANPA MANDI PAGI???!!!


Comments seterusnya...