Bercuti di JB..

oleh sorensen pada 09 Februari 2008 dalam

Minggu ni tadi merupakan cuti pertengahan penggal. Aku xdpt balik kampung cuti kali ni, sbb tiket flight dah murah teramat sangat sampai aku pun jadi teramat mampu utk membelinya. Yela.. sbb sambutan CNY kan so tiket2 sume dah full book. Mula2 hari tu aku malas la nak pegi mana2, ingat nak stay je kat kolej KPZ hanya yg terbaik ni for the whole week. Tapi memandangkan kafe kolej pun tak buka masa2 cuti ni, terpaksa la jugak aku cari tempat utk melarikan diri. Kalau tak, mati kebulur la aku sbb rice cooker takleh bawak masuk kolej. Pulak tu, kedai jauh dpd sini. Aku dah desperate sgt hari tu, sume org yg aku tanya dah tak peduli dah sbb masing2 nak balik, even ada member yg dah decide nak stay skali dgn aku pun nak chow.

Tapi dalam pada aku desperate tu, lain pulak jadi ceritanya.

Tiba2 cousin aku, Jai yg tengah training dgn petronas kat kuala terengganu tu msg aku. Dia kata, Sila (cousin ktorang yg jadi FRU kat JB) nak ajak dia stay kat sana utk sepanjang minggu cuti CNY ni. Jai kata, kalau aku sudi temankan dia kat rumah Sila baru dia setuju pegi ke sana. Maklumla, Sila pun baru kawin & stay berdua je dgn isteri dia masa ni. So, Jai pun tak brp selesa pegi sana sorang2 je. Memandangkan aku pun tak pernah ke sana, apa lagi.. i grabbed the chance. JB, here i come!!

Ni la antara gambar yg aku sempat capture masa kat sana. Aku amik mana2 je tau, dan ada certain tempat yg aku dah tak ingat namanya hehe. Jom ikut aku!!
Dalam Plaza Angsana (atas)
Pemandangan2 di Danga Bay (bawah)

Shopping mall (ke?) kat Danga Bay (tu, Jai tgh enterframe)

Traffic jam!!

Balik dpd Menara Pelangi

Pemandangan dpd rumah Sila

Banyak lagi pic2 lain yang aku dah amik sebenarnya, tapi cukupla yg ni utk tatapan korang kat sini sbb line internet kat kpz ni pun belum berapa nak stabil ok :) Jumpa lagi!!



Comments seterusnya...