Maxis Prepaid Broadband
oleh sorensen pada 12 Oktober 2009 dalam info, isp, kehidupan, teknologi, telco
Dalam situasi perkhidmatan uSPOT yg tak berapa menentu sekarang ni, aku bersyukur sgt2 sebab ada alternatif lain utk mengakses internet dari bilik. Akhirnya, tujuan utama aku membeli henfon 3G akhir tahun lepas menjadi kenyataan jugak.. apabila baru2 ni Maxis memperkenalkan prepaid broadband, sebagaimana yg telah diperkenalkan oleh Celcom sejak lama dahulu.
Berbanding dengan Celcom prepaid broadband, aku mmg definitely akan prefer yg Maxis punya yer. Ops, jgn salah faham.. takde kaitan langsung dgn entry mencharot Celcom yg sebelum ni yer. Kalau ada pun mungkin pengaruhnya cuma sikit je, sbb utamanya adalah dulu aku pernah try guna Celcom prepaid broadband guna henfon aku ni. Dan kesudahannya tersangatlah hampeh, buat rugi aku je bli RM6 utk akses sehari tapi langsung tak dpt connect. Mesti celcom tengah upgrade system masa tu kan? Ke tak cukup node sbb permintaan terlebih 50 juta kali ganda berbanding hari2 lain? Xpe, pegi mampos aku taknak tau..
Bila aku nampak iklan Maxis prepaid broadband bbrp minggu lepas, mmg aku dah nak try sbnrnya. Saje je nak tengok kualiti dia mcm mana, tapi ms tu takut membazir plak sbb uSPOT tgh mencanak laju katanyer. Tapi bila dah jadi mcm skrg ni yg buat lutut aku lemah. Bukan pe, sehari tak online boleh menggigil rsnya badan aku ni, silap2 parang panjang nanti terbang kat uSPOT center tu. Oleh tu, dua hari lepas aku pun try la beli access sehari punya (RM8). Dan inilah apa yg aku dapat:
Tu baru speed aku pakai henfon 3G biasa, belum pakai modem HSDPA lagi.. kalau tak xtau la brp speed aku blh dpt. So bila masalah uSPOT berulang lagi siang tadi, aku terus beli access utk seminggu (RM25) tanpa berfikir panjang. Bagi pengguna internet tegar mcm aku, harga biasanya tak jadi mslh. Celcom boleh kata diorg punya menang dr segi harga, sbb charge diorg seminggu cuma RM20 je. Tapi bab2 gangguan service mmg tak boleh dimaafkan, especially kalau mcm skrg ni mmg aku ada workload penting utk diselesaikan dan aku sgt memerlukan internet. Aku sebagai pengguna dah boleh memberi bukti nyata tentang service mana yg lebih sesuai digunakan. Apa kata korang? Tepuk dada, tanya selera. Tapi jgn tunggu sampai kena sawan ok, dah terlambat plak nanti :)
2 komen
-
sorensen
Oktober 13, 2009 4:47 PTGimanshah: jom ramai2 boikot celcom.. biar bankrap company TAMAK tu..!! ngeh3!!!
@socasnov
Pautan
Label
#stop114a
(1)
awards
(1)
belasungkawa
(3)
berita
(2)
blackberry
(2)
crocs
(2)
dubai
(4)
hiburan
(22)
info
(28)
isp
(4)
jiwa
(72)
kehidupan
(90)
mamee sllrrrp
(4)
omar
(20)
pengumuman
(1)
peristiwa
(32)
sony ericsson
(8)
teknologi
(37)
telco
(8)
youthsays
(2)
Oktober 13, 2009 4:04 PTG
wah berpaling tadah dah ni..