Rokok dan mentaliti masyarakat kita...

oleh sorensen pada 10 Oktober 2009 dalam ,

Entri kali ni bukanlah berniat utk menyinggung mana2 pihak, tapi hanya berdasarkan pendapat peribadi aku semata2. Dah lama juga kot rasanya aku pendamkan hal ni, dan secara kebetulan aku terbaca satu entri oleh saudara megat membuatkan aku rasa terpanggil utk memberi sedikit pandangan mengenainya.

Berbeza dengan kebanyakan pendapat lain, aku akan meletakkan pembaziran wang di tempat terakhir utk isu ni. Sbb tu bila aku terbaca beberapa entry tentang rungutan mengenai kenaikan harga rokok, bg aku ia tak menjadi mslh. Berdasarkan apa yg aku baca (aku hanya membaca dan tak pernah mengalaminya) rokok bagi para perokok sudah boleh diumpamakan sbg makanan ruji kedua. Kerana alasan yg diberi setiap kali mendapat larangan menghisap rokok (terutamanya dpd org yg tidak merokok) seolah2 mereka yg tidak merokok itu melakukan pencabulan hak asasi manusia kerana menasihati mereka. Tidak tahu pula aku rupanya nasihat ke arah kebaikan cuma relevan utk sesetengah masa saja. Rupanya, mengikut kepentingan juga ya ;)

Dan aku pun tak nak ambil tau psl kempen2 berhenti merokok terutamanya yg dianjurkan oleh kerajaan. Ya, yg itu mmg aku akui membazirkan duit kerajaan. Sbb nak buat iklan, nak cetak poster2 tu semua memakan kos yg tinggi, dan kalaulah benar tulisan luahan yg aku baca dari sesetengah perokok2 yg berkenaan.. sesiapapun tak layak memberikan nasihat kpd diorg melainkan cuma perokok tegar yg betul2 dah berjaya berhenti.. yg mana "stok2" golongan ni juga sangat terhad. Benar? ;)

Ketagihan rokok pada kebanyakan masa adalah didorong oleh kehendak psikologi. Aku terbaca satu artikel ringkas di sini dan ternyata ia diakui sendiri oleh para perokok. Ada perokok mengakui mereka mampu berhenti sementara ketika berpuasa, namun ketagihan itu akan kembali setelah ramadhan berlalu. Jangan ditanya pd aku apa sebabnya, hanya perokok yg berkenaan sajalah yg faham kenapa. Disebabkan itulah aku tak dpt nak terima, kalau ada perokok yg berniat utk berhenti memberikan alasan bahawa nikotin dan bahan2 kimia di dalam rokok adalah semata2 menjadi punca kepada ketagihan mereka.

Di sebalik semua alasan dan dalihan yg diberikan, ia berbalik kepada niat kita. Kpd para perokok, nasihat yg diberi adalah utk kebaikan anda juga. Ingatlah, semakin banyak alasan yg anda beri, semakin terjejas jugalah kesihatan anda. Dan anda mungkin akan melibatkan org di sekeliling juga secara tidak langsung, terutamanya ahli keluarga anda sendiri. Secondary smoker mendapat risiko berpenyakit lebih tinggi berbanding perokok sendiri, tidakkah anda kasihan pd mereka yg anda sayangi dan menyayangi anda? Ayah aku dulu merokok ketika zaman mudanya, dan sekarang dia mengalami gejala alergi udara (kesesakan nafas pd sesetengah waktu, disertai hidung tersumbat) dan aku turut mewarisi penyakit itu dpdnya wpun aku tak pernah merokok. Sanggupkah anda melihat anak2 anda menjadi seperti aku, mendapat penyakit yg diwarisi akibat perbuatan anda sebelumnya?

Isu ini tidak akan selesai selagi masih ada yg merokok. Oleh yg demikian utk para perokok, cubalah sedaya upaya untuk berhenti. Tidak boleh juga kalau mengatakan perokok mementingkan diri sendiri, kerana golongan yg berjaya berhenti merokok mmg ada dan aku kagum dgn usaha mereka. Kpd yg tak pernah atau belum pernah merokok, tidak perlulah memulakannya.

Diharap para perokok tidak berkecil hati dgn apa yg aku luahkan. Kalau ada yg terasa dgn tulisan ni, korang maafkanlah aku. Sekadar renungan kita bersama, ok :)


6 komen seterusnya...

6 komen

  • Megat

    tahniah atas catatan dan pandangan yang bagi aku cukup fair.

    aku faham, mungkin ramai yang melatah. tetapi mereka patut terima latahan mereka biarlah bertempat.

    fikirkan dari segala sudut bukan kerana berperasaan atau tidak suka.

    terima kasih atas pautan ke catatan di blog aku ;)

    ps - salam kenal

  • SoReNsEn

    thx 4 the visit bro megat, slm kenal juga. pd saya, sy lebih suka mencari jawapan utk masalah2 yg ada.. latahan2 yg bro lihat kat sini jauh sekali bermaksud membenci, sbb ramai juga kenalan2 sy sendiri yg merokok dan sy sgt terbuka mengenainya..

    cuma biasalah, dlm setiap mslh kita mmg ada pendapat yg berbeza.. dan apa yg bro baca kat atas ni itulah pandangan peribadi saya..