Survey MOSTI yang celaru!

oleh sorensen pada 02 Disember 2008 dalam

Petang tadi, abg aku bagi satu paperbag bertulis IIUM yg berisi penuh dgn kertas OMR. Katanya nak minta tolong aku settlekan, sbb tu adalah borang kaji selidik yg diedarkan oleh kementerian sains, teknologi dan inovasi (mosti) dgn kerjasama universiti islam antarabangsa malaysia (iium). Kajiselidik tu mengkaji ttg kesedaran dan pengetahuan rakyat malaysia dalam bidang sains dan teknologi. Mula2 aku fikir, mcm ok jugak.. sbb dgr kata kalau berjaya settlekan borang2 survey tu ada bayaran yang diberi pada kitorang.

Tapi lepas tu, semangat aku merudum. Sampai tahap aku menarik diri sbb confuse yang teramat dengan survey yang hendak dibuat oleh kementerian yang satu ni. Pengalaman membuat kajiselidik utk pengajian aku sebelum ni sbnrnya menjadikan aku sgt2 concern tentang dapatan daripada satu2 survey. Survey hakikatnya bukanlah benda yg boleh dibuat main2, kerana kita tak tau apa kesan yg akan berlaku hasil dpd research yg bakal dibuat itu nanti. Itulah kesimpulan yg aku peroleh setelah melihat sistem yang hendak digunakan oleh mosti.

Kelemahan pertama yg dpt aku kesan adalah, sistem survey itu sendiri melanggar etika yg ia sendiri telah tetapkan. Dalam surat rasmi yg disertakan, telah tertulis bahawa semua maklumat yg diperoleh adalah rahsia. Polisi itu sudah bercanggah apabila aku dapati, kediaman yg bakal aku kunjungi utk survey itu telahpun ditetapkan.. siap ada map dan nombor rumah lagi! Tercengang aku.. mana tidaknya, kalau sudah ditetapkan no rumah, apakah tahap anonimiti questionnaire itu juga boleh dipersoalkan? Aku tanya abg aku, kenapa diorg tak buat saja kaji selidik tu secara rawak. Abg aku kata, diorang takut para pembanci akan menipu. Dia kata, ada satu jabatan sebelum ni telah bertindak menelefon ke rumah2 yg diorang telah edarkan questionnaire, utk confirmkan bhw rumah diorg mmg pernah didatangi pembanci dari jabatan diorang. Itu lagi satu hal yg buat aku tergelak. Kalau kena dgn jenis responden yg faham, takkan la diorang nak mengaku pernah didatangi pembanci, sbb maklumat adalah rahsia. Kalau diorang mengaku, rahsia lagi ke maklumat2 yg diorang dah bagi tu?

Masalah kedua adalah taburan rumah responden yg bersepah. Terus terang aku bgtau, sepanjang 14 tahun aku menetap di kampung aku ni, rsnya tak sampai 10% pun rumah yg aku benar2 ketahui kedudukannya. Sbb kampung aku ni besar, kena pulak dgn target survey tu utk rumah2 area tepi sungai, lagi la aku blur. Sbb kebanyakan lorong tu takleh masuk moto dgn kereta.. kne jalan kaki. Aku dah try cari rumah2 yg tersenarai tu ptg td, dan utk bahagian kampung ni mmg aku serender. Byk sgt rumah yg aku tak jumpa. Sblh malam, aku ajak plak zaki pegi ke satu taman perumahan yg menjadi target kedua survey tu. Itu lagi la mengejutkan aku, nama saja taman perumahan, tapi tag nombor rumah pun banyak yg dah takde sbb ramai di kalangan diorg tgh renovate rumah masing2! Haihh.. tah pape la nasib aku ni..

So, aku amik keputusan taknak teruskan kerjasama utk buat survey ni. Di samping masalah2 yg timbul kat atas tu, aku juga sgt menghormati ilmu yg pernah aku pelajari ttg hal ni. Membuat kesilapan terhadap sesuatu yg mmg sudah kita ketahui adalah silap, bagi aku sangat memalukan. Apatah lagi kalau kita dibayar utk melakukan tugasan itu. Prinsip itulah yg aku pegang utk mengekalkan kualiti diri.. kalau tidak, apa bezanya aku dgn org yg tak berpelajaran?


2 komen seterusnya...

2 komen

  • SoReNsEn

    mula2 fikir cmtu gak ferr.. tp mmg byk sgt problem hari tu.. dan masa cuma ada seminggu je nak buat.. tu gak sbb kne tarik diri, takut tak sempat siap..