Menenangkan fikiran...

oleh sorensen pada 23 Oktober 2008 dalam ,

Kalau ikutkan.. mmg malas betul rasanya aku nak balik ke kolej hari ni. Mana taknya.. minggu ni dah masuk study week. Balik ni pun sbb nak settlekan penempahan bilik stor utk tinggalkan barang2 masa cuti nanti, dan sbb nak htr email kat lecturer aku utk siapkan assignment wikisite ktorang tu. Semenjak isnin lepas sampai pagi tadi sebenarnya aku lepak rumah omar kat cheras. Bosan.. kalau lama2 sgt terperam kat kolej ni aku boleh jadi gila!

Tak pegi mana2 sgt pun ms lepak dgn omar hari tu. Cuma hari selasa tu, aku bernasib baik sgt sbb housemate omar, paan, tak gi keje sbb cuti. So dia pun ajak la aku, omar dgn boy kuar, hilangkan bosan. Lepas bincang2 dan setuju utk share duit minyak kereta, teka dia bawak ktorang ronda pegi mana?

Seremban, N9.
(buruk benar shot gmbr tu.. huhu)


First skali, paan bawak ktorang pegi ke taman malaysia. Rasa nak tergelak jugak aku. Mana taknya, bayangkan masa tu jam dah dekat 5.30 petang.. pastu tetiba kuar dpd kereta rasa mcm amazing race plak bila paan bawak jalan2 sekitar taman tu. Cantik tempatnya, mengingatkan aku pada taman sebangkoi kat sarikei.




Lepas habis ronda taman malaysia, ktorang ke jusco seremban 2. Besar shopping complex ni rupanya, sebijik mcm pavilion kat kl. Temankan diorang karaoke, pastu gi mcd beli aiskrim.

Aku terharu betul dgn paan ni. Dia mmg baik sgt. Ingatkan cuma ajak ronda bandar seremban je. Rupanya lepas tu dia ajak ktorang gi rumah grandparents dia k.. sempat lagi ktorang merasa masakan tradisi nogori tok wan dan kuih2 raya yg masih ada. Thx paan.. insya allah next time kami bertandang lagi.

So masa yg lebih tu, ktorang duk kat penara je (nama flat omar). Sekali sekala pegi cc, 'scanning' apa yg patut dan balik tido ;)


Comments seterusnya...