Jemputan ke Google+

oleh sorensen pada 15 Ogos 2011 dalam

Sebagaimana yang mungkin telah korang semua ketahui, Google+ adalah sebuah rangkaian sosial terbaru yang diperkenalkan oleh Google. Buat masa ini ia masih lagi di peringkat percubaan, dan pendaftaran di laman sosial ini sangat terhad iaitu hanya boleh dilakukan melalui jemputan sahaja pada masa sekarang. Wujudnya Google+ akan memberikan nafas baru dan saingan kepada laman sosial popular sedia ada seperti Facebook dan Twitter. Pasti ada yang tertanya-tanya, mengapa perlu ada Google+ sedangkan sudah ada Facebook yang telah terbukti berfungsi sebagai rangkaian sosial yang berkesan?



Kalau ditanya pada aku, setelah beberapa hari mengkaji sistem penggunaan Google+ aku mendapati terdapat beberapa perbezaan dan pembaharuan features berbanding Facebook. Perbezaan utama terletak pada cara kita berinteraksi dengan kenalan di dalam senarai. Google+ tidak menggelarkan teman kita sebagai "friends" sebagaimana Facebook tetapi mereka dikenali sebagai "circles". Kita bebas untuk meletakkan sesiapa sahaja ke dalam "circles" yang kita inginkan tanpa perlu menunggu mereka meluluskan permintaan kawan. Dan sekiranya mereka juga beminat untuk mengetahui updates yang kita tulis pada stream maka mereka juga boleh memasukkan kita ke dalam "circles" mereka. Perlu diingatkan juga bahawa kita boleh mencipta sebanyak mana "circles" yang kita ingini dan meletakkan hanya pengguna-pengguna tertentu sahaja di dalamnya. Sebagai contoh, kita boleh mengasingkan teman sekolah, teman sekampus dan ahli keluarga ke dalam "circles" yang berbeza. Oleh yang demikian, setiap kali kita hendak menulis update kita boleh memilih "circles" yang mana sahaja boleh melihat update tersebut.

Sistem borak melalui webcam di Google+ pula dikenali sebagai "Hangouts". Mengapa digelar "Hangouts" dan bukan video call seperti di Facebook? Ini kerana fungsi "Hangouts" membolehkan kita membuat panggilan video kepada lebih daripada seorang teman pada satu-satu masa. Dari sudut ini, walaupun Facebook baru sahaja memperkenalkan fungsi integrasi video call tidak berapa lama dulu namun nampaknya fungsi tersebut sudah agak ketinggalan. Selain itu terdapat juga fungsi-fungsi lain seperti "sparks" dan permainan yang belum aku cuba setakat ini.

Dengan ini, aku menjemput korang yang berminat untuk turut sama menyertai Google+ dan mencubanya sendiri. Cuma tinggal dalam 140 jemputan melalui akaun aku. Sebelum mendaftar pastikan korang login ke dalam akaun Google terlebih dahulu (jangan logout) dan kemudian barulah klik pada invitation link di bawah. Siapa cepat dia dapat! :)



1 komen seterusnya...

1 komen

  • sorensen

    Update: Setelah hampir 8 tahun beroperasi, Google+ akhirnya telah ditamatkan pada 2 April 2019 kerana tidak mendapat sambutan daripada pengguna.