Jemputan ke Google+
oleh sorensen pada 15 Ogos 2011 dalam info

Kalau ditanya pada aku, setelah beberapa hari mengkaji sistem penggunaan Google+ aku mendapati terdapat beberapa perbezaan dan pembaharuan features berbanding Facebook. Perbezaan utama terletak pada cara kita berinteraksi dengan kenalan di dalam senarai. Google+ tidak menggelarkan teman kita sebagai "friends" sebagaimana Facebook tetapi mereka dikenali sebagai "circles". Kita bebas untuk meletakkan sesiapa sahaja ke dalam "circles" yang kita inginkan tanpa perlu menunggu mereka meluluskan permintaan kawan. Dan sekiranya mereka juga beminat untuk mengetahui updates yang kita tulis pada stream maka mereka juga boleh memasukkan kita ke dalam "circles" mereka. Perlu diingatkan juga bahawa kita boleh mencipta sebanyak mana "circles" yang kita ingini dan meletakkan hanya pengguna-pengguna tertentu sahaja di dalamnya. Sebagai contoh, kita boleh mengasingkan teman sekolah, teman sekampus dan ahli keluarga ke dalam "circles" yang berbeza. Oleh yang demikian, setiap kali kita hendak menulis update kita boleh memilih "circles" yang mana sahaja boleh melihat update tersebut.
Sistem borak melalui webcam di Google+ pula dikenali sebagai "Hangouts". Mengapa digelar "Hangouts" dan bukan video call seperti di Facebook? Ini kerana fungsi "Hangouts" membolehkan kita membuat panggilan video kepada lebih daripada seorang teman pada satu-satu masa. Dari sudut ini, walaupun Facebook baru sahaja memperkenalkan fungsi integrasi video call tidak berapa lama dulu namun nampaknya fungsi tersebut sudah agak ketinggalan. Selain itu terdapat juga fungsi-fungsi lain seperti "sparks" dan permainan yang belum aku cuba setakat ini.
Dengan ini, aku menjemput korang yang berminat untuk turut sama menyertai Google+ dan mencubanya sendiri. Cuma tinggal dalam 140 jemputan melalui akaun aku. Sebelum mendaftar pastikan korang login ke dalam akaun Google terlebih dahulu (jangan logout) dan kemudian barulah klik pada invitation link di bawah. Siapa cepat dia dapat! :)
@socasnov
Pautan
Label
#stop114a
(1)
awards
(1)
belasungkawa
(3)
berita
(2)
blackberry
(2)
crocs
(2)
dubai
(4)
hiburan
(22)
info
(28)
isp
(4)
jiwa
(72)
kehidupan
(90)
mamee sllrrrp
(4)
omar
(20)
pengumuman
(1)
peristiwa
(32)
sony ericsson
(8)
teknologi
(37)
telco
(8)
youthsays
(2)