iPhone 4

oleh sorensen pada 24 Jun 2010 dalam

Tak amik port sangat pun pasal henfon ni. Tapi memandangkan ia dah menjadi fenomena sejak berminggu2 kebelakangan ni di kalangan masyarakat bermaklumat, maka aku pun secara tak langsung berminat jugak ler nak amik tau. Tak rugi pun kan, walaupon.. mmg sah2 tak mamphoo katanyer.


iPhone 4 telah dilancarkan secara rasminya oleh Apple pada 7 Jun yang lalu. Generasi keempat dalam keluarga iPhone ini didatangkan dengan beberapa ciri terbaru. Antaranya termasuklah penggunaan kaca aluminosilcate yang telah diperkuatkan sebagai bahan material fizikal. Bahan ini dikatakan 30 kali ganda lebih keras berbanding plastik, dan lebih kalis calar berbanding model-model sebelumnya. Manakala band keluli tahan karat pada rim sekelilingnya telah ditempah bersama aloi, menjadikannya lima kali lebih kuat berbanding keluli tahan karat biasa.

iPhone 4 akan berada di pasaran Amerika Syarikat, UK, Perancis, Jerman dan Jepun pada 24 Jun. Dan pasarannya akan diperluaskan ke Australia, Austria, Belgium, Kanada, Denmark, Finland, Hong Kong, Ireland, Itali, Luxembourg, Belanda, Norway, New Zealand, Singapura, Korea Selatan, Sepanyol, Sweden dan Switzerland menjelang akhir Julai.

Ciri-ciri lain yang ditampilkan dalam model ini adalah seperti berikut:

  • Kamera 5 megapiksel dengan flash LED
  • Pemprosesan A4 serasi dengan iPad
  • Mikrofon kedua untuk menyingkirkan kebisingan
  • Perakaman video 720p (30 kerangka sesaat) dengan fungsi fokus tap
  • Wi-Fi 802.11n
  • Quad-band HSUPA (7.2Mbps muat turun 5.8Mbps muat naik)
  • Panggilan video "FaceTime" (Wi-Fi sahaja)
  • 960 x 640 penampakan "Retina"
  • Gyro 3-axis sebagai tambahan kepada accelerometer untuk kawalan pergerakan 6-axis antaramuka PS3
  • Tujuh jam waktu berbual 3G, enam jam pelungsuran web 3G, 10 jam penggunaan video
  • Ketebalan 9.3mm
  • iOS 4.0 dengan fungsi pelbagai tugas and folder

    Dipetik, diterjemah dan diubahsuai daripada
    Gizmag.com


Comments seterusnya...

Pudu Jail (1895-2010)

oleh sorensen pada 22 Jun 2010 dalam ,



Dulu aku dgn kwn2 aku bergelak ketawa bila melintas penjara pudu ni. Sbb dah biasa jalan kaki dari lrt hang tuah ke times square. Aku ingat lagi, lukisan grafitti yg budak2 lukis antara dua lukisan pokok kelapa tembok penjara pudu tu. Kat tengah2 pokok tu dorg lukis hammock dan org tgh baring kat situ. Ktorg ketawa. Dan aku pernah cabar member, suruh dia buat berlakon keluar dari pintu penjara pudu tu dan jerit kuat2 "AKU DAH BEBAS!!!". Dan of course lah benda tu cuma utk gurauan saja. Tak pernah berlaku pun. Dan kami gelak lagi.

Tapi sekarang bila tengok tembok ni ditumbangkan, aku menangis. Dan aku percaya anak2 jati KL merasa lebih dpd sedih, menyaksikan bangunan bersejarah yg dorg dah tengok sejak lahir dihapuskan dari peta Kuala Lumpur. Dari lipatan sejarah negara.

Benar, ia cuma sebuah penjara. Namun nilai estetiknya, nilai sentimentalnya adalah lebih dari apa yg kita ketahui. Penjara Pudu terpaksa merelakan dirinya ditumbangkan demi sebuah pembangunan. Lupakan itu semua, kerana ia hanyalah sebuah bekas bangunan penjara. Benarkah?

Rekod lukisan mural terpanjang di dunia, ada di mana?

Apalah agaknya nasib stesen keretapi kuala lumpur suatu hari nanti?


Comments seterusnya...

Bermain gila dgn Maxis...

oleh sorensen pada 19 Jun 2010 dalam , ,

Bak kata mat saleh; fool me once, shame on you.. fool me twice, shame on me! Itu la yg berlaku antara aku dgn Maxis. Dari tahun lepas tak sudah2, semuanya psl sistem Maxis Prepaid Broadband yg gilababi tu la. Tak sudah2 duit kita dipotongnya tak tentu sebab. Kalau sekali dua takpe la, tapi kalau dah lebih dari 3 kali dgn jumlah yg tak patut2.. lebih2 lagi dgn transaction yg tak pernah dibuat.. tak ke melampau namanya tu?

Malam tadi mmg darah aku betul2 menyirap. Pukul 11.16pm, tiba2 satu sms masuk. Ia adlh sms pengesahan yg kononnya aku dah purchase Maxis Prepaid Broadband utk seminggu.. padahal henfon tu ada sepanjang masa dgn aku dan aku tak hantar apa2 pun. Skali aku check, mmg betul kredit aku dah dipotong RM25. Apa lagi, jin meroyan pun mula merasuk!

Mula2 aku call custcare dlm few minutes lps dpt message tu. Tapi biasalah, mcm pengalaman aku sebelum ni pun dia akan suruh tunggu selama 2 jam supaya sistem update dan dorg boleh check transaction terkini. Then dlm pukul 1 lebih, aku call balik suruh dorg check. Nak tau dia kata apa?

ENCIK MMG DAH PURCHASE SERVICE NI TADI. ENCIK SURE KE TAKDE SIAPA2 ORANG LAIN YANG BELI SERVICE TU MELALUI HENFON ENCIK? OWH, MAAF ENCIK KALAU MASALAH PEMOTONGAN KREDIT DPD SERVICE LAIN KAMI BOLEH TOLONG, TAPI PEMBELIAN PREPAID BROADBAND NI CUMA BOLEH DILAKUKAN DPD HENFON ENCIK SAJE.

Ley? Aku jawab la...

SAYA TAU MCM MANA PROSEDUR UTK BELI SERVICE TU, BUKAN SAYA TAK PERNAH BUAT. MSLHNYA SY TAK BUAT APAPUN, HENFON TU SEPANJANG MASA ADA KAT SAYA. KALAU MEMANG SAYA BUAT, NAK BUAT APA SAYA BUANG MASA BERCAKAP DGN U? SAYA TAK BELI SERVICE TU SBB KAT RUMAH NI SAYA GUNA STREAMYX!

Mrasa ley?

Pastu budak custcare cina tu suruh aku tunggu kejap, then dia forwardkan aku kpd sorg custcare indian. Yg ni relax sket.. dia tanya balik mslh aku then aku cerita. Dia ni boleh plak terima apa yg aku ckp, tak byk cengkadak mcm yg sorang td buat seolah2 aku ni nak menipu. Tapi kena jugakla tempias2 setan dpd aku, maklumla tgh naik darah. Nasib kau ler. Pastu dia kata dia akan create report dan suruh aku tunggu bahagian teknikal bagi maklumbalas dlm masa 3 hari. DAN.. kali ni AKU MINTAK CASE ID untuk report tu, yg mana belum pernah aku buat utk mana2 complaint sebelum ni.

Dan hasilnya?

Tengok la kat atas tu. Pukul 10.30 pagi tadi bahagian teknikal call aku, bagitau dorg dah settle refund balik duit tu kat aku. Itu pun dia kata, alasannya sbb aku purchase prepaid broadband tu tp refund balik sbb aku kata takleh guna! Cibai tak? Tapi aku malas nak kesah la, sbb dorg dh refund so buang tenaga aku je sambung bertekak dgn dorg.

So pengajarannya di sini?

Korang jangan takut tegakkan hak kita sebagai pengguna. Kalau org nak kata aku gila sbb meroyan nak complaint2 psl duit ciput tu, aku peduli apa? Ciput ke mslhnya? Company besar mcm tu membuat attempt mencuri duit org mcm org tak dapat buat apa2 adalah sangat HANJING! In fact, aku dh nekad dah. Kalau kali ni dorg tak settle balik dgn aku, mmg aku akan buat laporan polis terus. Aku takkan buat laporan melalui SKMM lagi.. ya.. SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA, SEBAB DORG BUAT KERJA MACAM TAIK!!!

Dan yang paling penting?

Sape2 yg guna maxis hotlink tu, pastikan balance kredit korang sentiasa kurang dpd RM25 utk mengelakkan kesulitan mcm yg aku alami ni. Nak bertekak dgn custcare dorg tu bukan senang, lain la kalau mulut korang mcm aku. Kalau kena jugak, jgn lupa.. buat complaint sampai dorg create report dan MINTAK CASE ID tu.. sbb benda tu la yg dorang paling takut skali. Kalau kita simpan case id, ia membolehkan kita sentiasa follow up case tu sampai selesai, ataupun mungkin lebih berguna in case kalau kita nak amik tindakan undang2 sekiranya mmg sah dorang melakukan penipuan.

So Maxis..
KAU BRANI LAGI BERMAIN GILER DGN AKU PASNIH???


1 komen seterusnya...

A devil and a white piece of cloth...

oleh sorensen pada 05 Jun 2010 dalam

A person had just turned back and chosen to change his path. It was a very tough time, a very hard decision and the most controversial thing that he might ever made for the entire of his life. If you are at his place, would you tolerate any interference or anything that might disturb you and your new believes?

What is your reason? Because you don't have a very strong faith towards your belief? Or because you think that it is totally fine to molest a 'baby' for the fact that you're a 'pedophile' since born?

Improve your way of living, that is the thing that you HAVE to do. I am not perfect, but still it is my responsibility too, to stop something that I know WILL be happening in the future, and the consequences that might be caused by YOUR action towards OUR religion.

I'm taking this seriously, as serious as the matter might be. So I'm warning you...

Or I will make sure you get it.

This is my pledge.


Comments seterusnya...

Saudara baru...

oleh sorensen pada dalam ,

Takdir Allah tiada siapapun yang mampu menduga. Aku kagum dgn semangat jiwanya yang kental, keberanian menghadapi keluarganya serta ikhtiarnya utk mencari kebenaran. Aku kagum dengan kamu sahabatku. Kau kini umpama sehelai kain putih, seorang bayi yang baru lahir dan putih bersih dari segala cacat cela. Itulah jihad, itulah makna keikhlasan yang sebenar-benarnya.

Sama-sama kita doakan kesejahteraan, petunjuk dan hidayah buat saudara baru kita, Muhammad Irfan Norman (William Norman Rudin) yang baru sahaja memeluk Islam kelmarin.

Semoga Allah merahmati kamu sahabatku.


Comments seterusnya...

4 Jun datang lagi...

oleh sorensen pada 04 Jun 2010 dalam

Ley? *matila lucah!!!

Alhamdulillah.. banyak birthday wishes yg aku terima kat fb tahun ni. Semua2 la, dpd member sekampus dlu, cousin2, member virtual yg dikenali mahupun tak.. amin, semoga makbullah doa2 kalian untukku.. terima kasih, aku amat menghargainya.

Jadi, apa sebenarnya yang dah aku pelajari sepanjang berusia 25 tahun? Well, banyak. In fact.. aku belajar terlalu banyak benda sepanjang tahun lalu. Dan aku menghargainya. Bagi sesetengah org, mungkin sudah agak lewat bagi aku utk baru mempelajari erti persahabatan, cinta dan perbezaan kepercayaan pada usia sebegini. Tapi pada aku tidak. Aku kenal diri sendiri, hidup aku tak banyak mengalami konflik baik dalaman mahupun sebaliknya seperti sesetengah insan lain. Pengalaman hidupku terlalu kurang. Dengan mengalami semuanya dlm usia sebegini, sekurang2nya aku sudah lebih bersedia dari sudut mental untuk menghadapi semuanya. Alhamdulillah, aku bersyukur pd Allah kerana selalu menyelamatkan diriku daripada kebingungan, tipu daya manusia dan perangkap2 lain yang boleh membawaku lebih jauh dari-Nya. Dan aku juga bersyukur kerana dikurniakan akal yang sempurna agar mampu berfikir dengan waras di kala musibah melanda.. walaupun adakalanya aku hampir tergelincir juga. Itu adalah lumrah, dan aku percaya itulah yang telah mematangkan fikiranku.

26 tahun sudah usiaku. Dan ketahuilah bahawa aku.. belum tua :)


4 komen seterusnya...

-3 tahun-

oleh sorensen pada 02 Jun 2010 dalam

Kasih sayang, minat dan suka. Itu sebenarnya mewujudkan kecintaan aku pd laman ini. Pada orang lain, mungkin ini sekadar sebuah laman. Tak lebih dari itu. Namun laman ni besar maknanya bagiku. Kelmarin 1 Jun, sudah lepaslah tiga tahun. Tiga tahun catatan demi catatan, suara dan perasaan yang terluah di tempat ini. Di mana ia sebenarnya? Atas langitkah.. bawah tanahkah? Aku tak tahu.

Yang pasti, catatan2 yang diketik oleh jemari aku sendiri itulah.. kadangkala kalau disingkap semula semuanya, menimbulkan kembali gelak tawa, menjatuhkan lagi titisan air mata.

Laman ini adalah bahuku. Kata-kata ini umpama rakaman perangkap masa bagiku. Tiada siapa pun yang tahu. Setiap bait kata-kata disini, itulah perasaanku. Yang mungkin tak dapat dirasai langsung oleh sesiapapun, walau setekun manapun kalian mendengarnya.

Laman inilah pendengar setia. Suaraku yang kamu dengar, ia dahulu mendengarnya. Seburuk manapun bisikanku pada ia, tiada keluhan yg ia pernah lemparkan. Dari itulah terbit rasa cinta ku padanya.

Cinta yang tak pernah menyakiti sesiapa. Namun akulah yang menyakitinya, walau mungkin ia tidak tahu.. bukan itulah kehendakku yang sebenarnya.


[s]emesta [s]orensen. Kini 3 tahun.


4 komen seterusnya...

Ain - Penanggung Sepi

oleh sorensen pada 01 Jun 2010 dalam

Aku mmg x ske wat mende ni sbnrnya (embed multimedia content dlm entry) sbb takut serabut. Tapi aku nak wat gak, sbb aku ske sgt music video lagu nih. Aku mmg dah lama minat music video yg manipulate speed, tak kira la sama ada dijadikan high-speed atau slow-mo. Sebenarnya music video adira pun guna teknik yg sama mcm yg ni (slow-mo) tapi shot dia takde variety sangat (untuk scene adira sendiri). So aku lagi minat lagu penanggung sepi ni. Simple je, shoot pun kat satu tempat tapi props dgn teknik focus dia mmg meletop. Before korg play, tolong off kan dlu player kat sblh kanan ni ye. Ok, enjoy.. Penanggung Sepi by Ain AF8.



Comments seterusnya...