Dubai City Tower (Dubai Vertical City)

oleh sorensen pada 18 November 2008 dalam , ,

Belum pun sempat menara Burj Dubai disiapkan sepenuhnya, dan juga belum sempat pembinaan Nakheel Tower (Al Burj) direalisasikan, satu lagi pencakar langit telah dirancang untuk dibangunkan di Dubai. Cadangan untuk membina Dubai City Tower (juga dikenali sebagai Dubai Vertical City) telah diumumkan pada 25 Ogos 2008 yang lalu. Pencakar langit ini dikatakan bakal memiliki ketinggian 2400 meter (2.4 kilometer/1.5 batu). Pembinaannya akan bermula pada tahun 2015, dan dijangka mengambil masa selama 20 tahun untuk disiapkan.

Trend terkini bagi konsep rekaan pencakar langit bukan lagi sekadar tertumpu kepada pembinaan menara, tapi lebih kepada konsep perbandaran di dalam satu bangunan. Dubai City Tower adalah bangunan 400 tingkat yang akan dilengkapi dengan "vertical bullet train" berkelajuan 200 km/j (125mph) yang berfungsi sebagai elevator utama. Mengambil rekabentuk menara Eiffel sebagai inspirasi, bangunan ini dikatakan mampu menampan tekanan angin kencang. Ia akan terbina dengan satu pusat tengah (central core) dikelilingi enam bangunan luaran, yang akan bersambung semula pada pusat itu di setiap 100 tingkat. Di samping menambah keluasan, rekaan ini akan turut membantu menstabilkan struktur bangunan berkenaan. Sebanyak 37,000MWH tenaga elektrik akan digunakan untuk menjana menara ini dalam setahun (15MW pada waktu puncak). Tenaga elektrik pada kebanyakan waktu akan dibekalkan melalui tenaga solar, termal dan kuasa angin.

Setelah siap, Dubai City Tower akan menjadi "perbandaran dalam bangunan" ketiga tertinggi di dunia yang berjaya direalisasikan. D
ua projek lain yang dikatakan telahpun dirancang adalah menara X-Seed 4000 (setinggi 4000 meter, dicadangkan pada tahun 1995) yang dirancang untuk dibangunkan di Jepun; serta Ultima Tower (setinggi 3350 meter, dicadangkan pada tahun 1991) yang belum diketahui tentang tempat dan masa pembinaannya.

Pelan atas Dubai City Tower

Perbandingan dengan pencakar langit lain di seluruh dunia

Dipetik dan diubahsuai daripada Wikipedia.


6 komen seterusnya...

6 komen