Everyday Low Fares 1 million seats!

oleh sorensen pada 05 Mei 2008 dalam ,

Beberapa hari dlm minggu ni aku risau gak bila fikir psl tiket flight utk balik ke semenanjung. Ye lah, belajar dpd pengalaman kan, melihat harga tiket yg sangat murah masa cuti tahun baru cina lepas. Serba salah, nak beli tiket awal sgt takut ada offer pulak. Faham2 la kan AirAsia biasanya akan buat tawaran harga gila2 last minute tanpa diduga. So aku pun berdoa la semoga ada offer tiket supaya kurang la ckit beban aku nak balik nanti.

Aku ingatkan kenapa la perut aku tetiba sakit malam tadi, rupanya ada hikmah disebaliknya (huhuh!). Alhamdulillah doa aku dikabulkan. Dengan tak semena2 MAS bukak offer 1 juta tempat duduk free, dan tempahan bermula hari ini sehingga 19 Mei!!

Masa aku baru nak tido lepas terus2 pegi ke toilet awal pagi tadi, aku pun bukak la website paper Kosmo! dpd henfon. Kebetulan masa tu diorang dah update paper utk hari ni, dan kuar la berita psl offer tu. Aku tak buang masa, terus online.. amik no kad kredit bapak aku dan terus tempah utk aku balik 5/7 nanti. Harus la, kalau nak tunggu hari biasa xde maknanya tiket MAS harga RM120! (seat free, tu airport tax je.. hanjeng kan harga dia?) AirAsia masa ni pun, tiket yg sama harga RM184 belum termasuk baggage fee. Lepas siap tempah tu aku pun sebar2kan la berita tu dgn bbrp org member dan kazen mazen yg nak guna flight. Cousin aku yg sorg td suh check tiket SBW-KK 27/6.. malangnya dah abis ditempah. Sian gak kat dia. Masa ni pun, website MAS tengah sesak giler sbb ramai sgt org tgh online!

Tapi agak malang ckit sbb utk balik raya aku terpaksa guna AirAsia. Offer free seats MAS applied sehingga bulan disember, tapi seats utk flight bulan september dah habis di booking! Apa hal agaknya diorang ni kemaruk sgt???



Comments seterusnya...