Suka coklat tak?

oleh sorensen pada 30 Januari 2008 dalam

Korang suka tak makan coklat? Ha.. hari ni aku nak perkenalkan jenama coklat baru, kalau nak try korang carik la kat kedai atau supermarket ok. Coklat tu berjenama...

BAHLOUL (بهلول)

Nak makan jangan lupa baca bismillah dulu tau.. HEHEHE!!!



Comments seterusnya...

Exam & paip pecah!!!

oleh sorensen pada 28 Januari 2008 dalam

Panas semacam je rasa hati aku hari ni.. rasa mcm nak terbakar je. Mana taknya, aku expect hari ni ada 3 paper (1st test, bebanannya rasa mcm final exam korang tau x). 1st paper, subjek BBL sepatutnya pagi tadi pukul 10, tapi rupanya hari tu lecturer tu bagitau "just be prepared", maksudnya kalau x hari ni, hari rabu nanti! Dan, sebenarnya exam tu hari rabu!!! Aku tension tau x, kerana paper (yang tak jadi exam) tu aku tak study utk paper psikologi pukul 2 petang, lepas abis kelas BBL tu aku crammed 2 jam utk study 4 bab psikologi!!! Tu belum habis citer lagi, pukul 8.30 mlm aku ada exam plak paper MGM, lepas abis psikologi kne crammed lagi!! Kolej pulak takde air sampai pukul 5.30 petang tadi sebab paip antara blok pintar dgn blok cendi ni pecah. Petang tadi ok kejap, tapi baru kejap tadi paip tu dah pecah balik!!! Esok aku ada kelas psikologi pukul 7 pagi, pastu exam subjek BBI lagi pukul 10! Masalahnya sekarang... macam mana aku nak hadapi semua tu...
TANPA MANDI PAGI???!!!


Comments seterusnya...

Benarkah dia "sahabatku"?

oleh sorensen pada 16 Januari 2008 dalam ,

Selepas tamat kelas PRT petang tadi, tiba2 aku rasa bosan nak pulang ke kolej. Tahla, semenjak dua menjak ni makin tension rasanya kepala aku sbb workload dah mula melambak2.. maklumla awal2 sem ni macam2 benda nak kena buat. So, utk rilex ckit aku ajak la kawan aku nordin, keluar ke sri serdang (ktorang panggil SS besar) utk makan kat KFC. Sampai je kat ctu, ktorang pilih meja dan letak beg.. masa pg kaunter nak pesan makanan aku ternampak sorg remaja perempuan cina sedang duduk di meja di hadapan kaunter. Boleh tahan orangnya, rambut lurus sederhana panjang dan berpakaian biasa, mengenakan jeans singkat. Matanya melilau2 dan terpandang kami, tapi slps tu mengalih pandangan. Hanya segelas minuman di atas mejanya, tiada sebarang makanan.
Ktorang pun x kisah la, dan terus pergi ke kaunter.


Masa tengah duduk makan, aku perhatikan lagi wanita itu. Dia sedang berborak dengan temannya dlm bahasa cina. Kelihatan dia seperti sedang meluahkan perasaan. Temannya senyap sahaja, mendengar atau tidak, tidaklah aku pasti. Rancak benar dia berbicara, sehingga menarik perhatian pengunjung2 lain yang leka memandangnya termasuk aku dan nordin sendiri. Bukan, kami bukan busy body apatah lagi berniat untuk menjaga tepi kain orang. Tapi..

Dia tidak menggunakan telefon bimbit, dia tidak mengenakan sebarang handsfree dan yang lebih memilukan, temannya senyap sahaja kerana hakikatnya tiada sesiapa pun yang sedang duduk bersama2nya di meja itu. Dia hanya duduk seorang diri!

Sukar menerima kenyataan wanita sesempurna itu, sebenarnya mengalami masalah psikologi.

Kejadian ini benar2 menyentuh perasaan aku. Sebelum ini, aku hanya mendengar sahaja apa yang dikatakan sebagai "imaginary friend" atau "sahabat bayangan". Pertama kali aku mendengar istilah itu ketika membaca tentang kes kematian vokalis kumpulan Nirvana, Kurt Cobain pada tahun 1994. Beliau dikatakan pernah memiliki imaginary friend ketika melalui saat depression terlampau dalam hidupnya. Dan hari ini, mata kepala aku sendiri yang melihat bagaimana kejadian itu berlaku, dan aku merasa sangat sedih. Aku tak pasti apa yang ada dalam benak wanita itu pada ketika itu. Siapakah yang sedang "berbicara" dengannya? Di mana dia mengenali "sahabat setianya" itu? Benarkah "sahabat" itu sedang mendengar isi hatinya, ataupun adakah dia sedang "bercakap" dengan perasaannya sendiri? Apa agaknya peristiwa yang sudah dilaluinya, sehingga mendorongnya utk mencari "sahabat baru" yang tidak pernah kita ketahui kewujudannya?

Yang aku tahu, dia pasti merasa sangat kesunyian pada ketika itu.

Pada kesempatan ini, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kawan2 kerana sudi menerima aku seadanya. Aku nak korang tahu, apa pun yang berlaku korang tetap sahabat aku. Terima kasih kerana sudi mendengar luahan perasaan dan menjadi teman berkongsi masalah, dalam susah dan senang. Kita manusia biasa, xdpt lari daripada masalah hidup. Dan oleh kerana itulah, kita tidak dapat hidup bersendirian. Seperti korang, aku juga perlukan teman. Sebenar2 teman, bukan hanya bayangan.

Kepada wanita itu, aku ucapkan semoga tabah menempuh dugaan hidup. Yakinlah, suatu hari nanti kamu pasti tidak bersendirian lagi.


Comments seterusnya...

Sony Ericsson Z555i, W350i & W760i

oleh sorensen pada 13 Januari 2008 dalam


Tahun 2008 baru sahaja bermula, dan Sony Ericsson telahpun memperkenalkan 3 model henfon baru iaitu Z555i, W350i dan W760i pada 6 Januari lalu. Selepas meneliti model2 ni, aku agak tertarik dgn Z555i sebab design dia berbeza dpd model yg ada sebelum ni. Secara keseluruhannya, model baru ni biasa2 saja dari segi spesifikasinya, namun sudah cukup baik sebagai pembukaan tahun 2008 :) Apa kata korang?


Sony Ericsson W350i


Sony Ericsson W760i

Sony Ericsson Z555i



2 komen seterusnya...

Selamat Tahun Baru 2008!

oleh sorensen pada 01 Januari 2008 dalam

myspace codes

Sedar tak sedar, kita dah pun sampai ke penghujung tahun 2007. Hari ni, 2008 pun membuka tirainya. Aku pasti sebagaimana diri aku sendiri, pasti korang semua pun dah lalui banyak perkara, suka duka dan pahit manis sepanjang tahun 2007 kan? Walau apapun azam korang sempena tahun baru ni, aku harap semoga tercapailah semua cita2 dan impian yang belum terlaksana, semoga tabah mengharungi cabaran dan rintangan yang bakal mendatang.

Selamat Tahun Baru 2008!



1 komen seterusnya...