Jalan-jalan kat KL...
oleh sorensen pada 26 Ogos 2007 dalam kehidupan
Low Yat!!! I'm coming!!!
Aiyo.. seriously, aku mmg dah lama sgt nak jejak tempat ni. utk pengetahuan korg yg tak tau lagi, plaza low yat adlh shopping emporium yg terbesar kat malaysia, khas utk menjual barang2 keperluan IT. korang carik la apa pun, dpd henfon, komputer sehinggalah perkakasan audio visual, semuanya lengkap! tak heran la kalau kedai2 henfon/komputer lain kat malaysia ni menjadikan harga barang2 kat plaza low yat sebagai benchmark utk harga kat kedai diorang. tak sia2 aku dgn dabong bersesak2 amik komuter smp kl sentral, pastu sambung plak naik monorail smp kat imbi, jalan kaki plak baru smp kat sini. dekat 2 jam jugak ler..
masuk je kat dlm tu, terus je nmpak kedai henfon. kagum betul aku, 4 tingkat pertama.. semuanya henfon. dahla kat sini byk kedai jual sony ericsson.. lagi la aku seronok ahak2! lepas jalan2 tgk sekeliling, baru la aku dgn dabong start cari benda alah external hard disk tu. erm, part ni mmg agak frustrated la ktorang, sbb harganya tak seperti yg dijangkakan. mahal lagi la, malas la nak sebut kat sini, aku kechiwa huhu..
tapi, bukan la maknanya aku tak beli pape langsung.. heheh. tengok earphone aku skrg ni dah longgar ler, dah tampal selotep pon. aku beli la jgk earphone phillips yg baru (jenis yg sangkut kat cuping telinga tu) nak cari sony tak jumpa pulak.. pastu hampir2 nak beli usb wifi (utk kuatkan reception wireless kat bilik) tapi mcm malas la plak, sbb bilik dabong ada line, kuat plak tu. tak gitu dabong? ekekeke!
kuar dpd low yat, tgk masa awal lagi.. erm, jalan lagi la kan dabong? ktorang singgah kat berjaya time square tengok2 barang. pun boleh tahan gak tempat ni, barang elok2 semuanya.. banyak sale plak tu. bila aku terpandang je kedai chargers terus aku ajak dabong masuk.. dapat lagi baju sehelai.. hihih..
ktorang balik dlm pukul 3 lebih. mcm biasala.. bersemput2 dlm monorail & komuter smp ke serdang, pastu naik bas upm balik kampus, tapi tak hantar smp kolej la plak. berjalan la aku dgn dabong dpd KMR balik ke KPZ. WAHHH!! WHAT A HECTIC DAY!!!
FINALLY...
oleh sorensen pada 14 Ogos 2007 dalam sony ericsson
Sony Ericsson K850i
KLIK PIC ATAS TU KALAU NAK TENGOK SPECS DIA.
TAK LARAT NAK CAKAP.
AKU TING TONG!!!
Hahahah!! I'm BACK!!!
oleh sorensen pada 07 Ogos 2007 dalam kehidupan
Oklah, entry kali ni aku nak mulakan dgn memperkenalkan member2 baru yg ada kat sini. Dorang ni memang la havoc x hengat, xtau la nak explain cmner. Cuma kalau dah namanya dapat jadi kawan aku tu, faham2 jela ye huhu (member2 UN***S mst tgh angguk kepala skrg ni, ehek2!) Aa.. utk pgtahuan korang, kat sini aku ada bbrp kategori member, mcm biasala sbb kpz ni kira agak "bersaiz" la jugak kan, so xdpt la nak kenal semua org sepenuhnya. Dan ada ketikanya aku pun xtau sape nama org yg pnh panggil nama aku huhu, maafla sume.. aku ni mmg pelupa cket. Muka org pun payah nak cam apa lagi nak ingat nama, even brader2 dgn hakaq2 PU masa mgu orientasi hari tu. K.. kategori member tu adalah member "sekuliah" dan member "seblok". Berbeza dgn member2 UN***S dulu, member sekuliah kat sini x semestinya kenal dgn member seblok tau, so kiranya ada 2 dunia yg berlainan la setiap kali aku b'kumpul dgn 2 group ni. Bdk2 satu kelas dgn aku yg sama2 amik BA(ENG) ni, aku kamceng dgn kema, pdot, ida & fiza. Tahla, aku pun x ingatla mcm mana bleh tiba2 rapat dgn diorg ni. Mungkin sbb byk sgt gelak kot.. terutamannya si fiza tu ekekeke! Ha, kenapa aku ckp mcm tu? Sbb ktorang hari tu dah sepakat tubuhkan unit masing2 dlm kumpulan ni, dan unit2nya adalah seperti berikut:
Aku = UNIT PSIKOLOGI DAN JERITAN BATIN (sbb aku pandai saiko org smp menjerit2)
Hehehe.. member2 seblok plak? Aaa... mcm biasala, of coz yg sebijik mcm member2 aku kat U dlu tu.. ngee! Member2 baru satu blok kat sini adlh: angah (dan yg ade relation dgnnya), dabong, shafik, nordin dll lagi la. Shahrul, patrick, jojo, ali dan.. dan.. hehe, hai siput, hai haris.. pekaba? dah makan? ehek3!! bukan apa, mula2 dulu rapat dgn angah & the geng je lepas baru habis mgu orientasi. Bila dah ramai senior2 balik kolej, barula tau rupanya diorg ni mmg rapat dgn angah, so selalu la terjumpa masa tgh lepak2 kat bilik tu. Suasana kat bilik angah tu jgn cakap la, mengalahkan ofis CNN.. x gitu dabong? heheheh!
K ar, nak citer psl kehidupan harian plak.. biasalakan kalau dh namanya student U, harusla pegi kuliah kan. Tapi aku beruntung sbb jadual aku kira banyak gap jgkla. Cuma hari isnin dgn rabu je agak pack cket.. yg lain2 tu.. selasa kelas 1 period kul 8 mlm je, pastu hari khamis xde kelas langsung. Dan biasanya aku dgn member2 sekuliah aku tu (rujuk senarai di atas) kalau free, ktorg suka pg sri serdang dgn mines shopping complex hilangkan boring. cuma ada la dlm 2 kali aku dgn diorang ni kuar pegi midvalley, skali tu aku dgn pdot je masa balik dpd arkib negara cari bahan assignment. saje jalan2, tak beli pape pun.. eh ye ke? aku dapat baju soda sehelai, pdot beli sandal.. pastu makan eskrim ekekeke! tu je.. thx hilmi bwk ktorang ronda2 kl guna keta k.. ada masa nnt bawak la lagi, kui3..
Penuh manusia kat klcc, maklumla sabtu pertama..
Bangunan mana tah kat shah alam, aku tangkap muat je
Ada masa nnt aku akan citer plak ttg permasalahan dan konflik2 yg berlaku dlm kehidupan yg aku baru lalui tak sampai 2 bulan ni. Di samping dpt member2 baru, musuh2 baru pun ada gak. Rupanya ada jgk manusia yg lebih hanjeng dpd si bobby kat UN***S dlu? Betul tim, betul on, betul merza!!! Nauzubillah, aku terkedu! Klunya adlh, MAS**NA & M**R! Apa bendanya tu? Itukah makna sebenar makhluk yg sejak AZALINYA TIDAK BERTAMADUN? TUNGGUUU!!!
Binatang apakah ini? Opss!!!