Masa nan lalu...

oleh sorensen pada 30 Januari 2010 dalam

Those were the days my dear :)

Well, walaupun aku ni mmg sah2 jenis pelupa.. most of time aku akan selalu ingat 2 perkara, sama ada mende tu adalah mende yg sangat2 happy ataupun sangat2 sedih dlm hidup aku. Tah, nak katakan tu sbg satu ability pun takleh gaks.. sbb kdg2 kelemahan aku pun terserlah disebabkan faktor tu.. huhu..

Tapi, tetiba tadi aku terasa happy sangat bila mende nie berlaku..

Mcm yg aku selalu katakan, masa yg berlalu mmg la takkan kembali. Takleh salahkan masa, sbb apa2 perubahan yg berlaku pun akan berlaku gradually by time. Just that, kadang2 aku rindu pd masa lalu. Dan kalaulah aku tau, betapa payahnya utk aku mengulangi semula masa tu.. akan aku hargai setiap satu dpdnya tanpa membazirkan sesaat pun.. hatta satu mikro saat pun tak akan pernah. Tapi aku akui, aku sangat menghargainya.

Haih.. rindunya aku pada kenangan2 itu. Semuanya berlaku secara semulajadi tanpa paksaan sesiapapun, dan itu yg membuatkannya lebih indah. Hari2 di mana semuanya sangat seimbang, tidak sedikitpun berat ke arah satu yg lain. Semuanya sangat normal pada masa itu, membuatkannya sangat bahagia.

Mungkin sudah tiba masanya aku kutip semula sisa2 masa lalu itu, dan mencantumkan semuanya melalui bahagian2 diriku yg telah hilang ditelan masa dan perubahan. Aku percaya, kalau semuanya boleh berubah secara sendiri, tidak mustahil ia juga boleh dikembalikan secara semulajadi. Apa yg penting, aku tetap diriku.. tanpa merubah satu apapun dari yg sedia ada. Cuma harapanku kali ini, biarlah apa yg telah berlaku menjadikan proses saling memahami itu akhirnya akan menjadi kenyataan. Saling memahami. Itulah kunci kepada sebuah hubungan yang sebenar antara dua hati.



4 komen seterusnya...

1 jam...

oleh sorensen pada 22 Januari 2010 dalam

Berlalu saja mobil itu hilang dpd pandangan.. aku mula melangkah. Mendaki setiap satu anak tangga, dengan bibir mula bergetar dan mata basah, menunggu masa untuk mengalir lagi.. utk kesekian kalinya aku pun tak tahu.

Tiada seorang pun yang mengerti kesepian yang terbit dalam hatiku.

Menjadilah mangsa seorang teman yang mendengar, setiap bait keluhan, setiap butir rintihan dan setiap sedu tangis yang lahir dari sepi hati ini. Detik bersamanya telah lama ditunggu namun tidak sedikitpun mampu mengubat kesunyianku.

Aku dingin. Aku rindu pelukan penuh kasih dari seorang insan yang amat ku sayangi. Aku ingin merasa kasihnya dia terhadapku sekali sekala andai bertemu.

Sakitnya satu jam setelah kau pergi itu tiada siapapun yang tahu. Dingin hatiku setelah hilangmu dari pandangan menakutkan sanubariku.

Aku penat dengan cinta ini. Aku takut bercinta begini. Takut andaikata beku hatiku tiada jalan kembali. Aku takut kamu hilang dari hatiku, tapi aku juga takut kehilanganmu.

Terima kasih teman. Kesudianmu menjadikan senduku dalam satu jam itu sebagai halwa telingamu, walaupun untuk beberapa minit sudah cukup untuk mengembalikan rasionalku dan menulis catatan ini.

4 komen seterusnya...

Perubahan...

oleh sorensen pada 10 Januari 2010 dalam

Takkan ada satu pun perkara kat dunia ni akan sama selama2nya. Lambat laun sesuatu tetap akan berubah, tak kiralah sama ada menjadi lebih baik ataupun yang sebaliknya. Perubahan boleh berlaku daripada sebarang kemungkinan, dan ia jugak mungkin berlaku atas kerelaan kita ataupun tidak.

Manusia mampu berubah. Sebab aku pun manusia, pasti aku pun akan berubah. Tapi walau sebagaimana banyak pun perubahan aku, aku percaya aku tetap unik. Carilah manusia lain yang sebaik aku, carilah manusia lain yang sejahat aku.. takkan ada seorang pun orang lain yang ada persamaan dlm kedua2nya. Cuma bezanya, mungkin kadang kala ada salah satu daripadanya yang terlebih, ataupun terkurang. Sekuat2 aku menahan cabaran perasaan, adakalanya aku pun kalah juga pada permainannya.. walau seberapa daya aku menghalang diri dari tipuan syaitan.

Perasaan. Cintalah salah satu daripadanya. Kalau perasaan boleh berubah, adakah bermakna cinta juga mengalami nasib yang sama?

Aku pernah berpesan pada diri sendiri suatu masa dulu. Berpesan agar matanglah diri dan perasaan aku pada masa hadapan, kerana terputusnya hubungan dengan seseorang sangat sukar untuk mencari penawarnya. Tapi, pada akhirnya aku dapati diri aku masih lagi lemah. Aku sangkakan aku sudah berjaya berubah, rupanya tidak. Aku masih lagi seperti dulu, seorang yang lemah hati pada perasaan sendiri, seorang yang menangis andainya terasa kehilangan, dan seorang yang cepat berputus asa andaikata sesuatu berlaku tak seperti yang aku harapkan. Dan yang paling menyedihkan, aku masih lagi seorang yang selalu terperangkap pada saat2 manis masa lampauku yang amat ku harapkan untuk kekal selama2nya.

Aku bukanlah seorang yang mengada2. Tapi pada kau, cintaku.. apa yang aku harapkan cukuplah sekadar sedikit perhatian daripadamu, agar aku yakin bahawasanya akulah satu-satunya teman yang lebih sedikit istimewanya dalam hidupmu berbanding yang lain. Kadangkala aku juga perlu diingati, bahawa cintamu tak pernah berubah.. kiranya masih ada seorang insan yang selalu mengingatiku setiap detik dalam hidupnya, seperti dulu. Itu pun sudah cukup membuatkan aku merasa bahagia, dicintai dan disayangi.


3 komen seterusnya...

Happy New Year 2010

oleh sorensen pada 01 Januari 2010 dalam

Sempena tahun baru ni, aku berdoa semoga sejahteralah semua hendaknya. Walaupun hari ni aku sambut dengan sedikit sisa tekanan dan juga keadaan kesihatan yang kurang memuaskan, aku harap semuanya akan baik2 saja. Apapun azam tahun baru korang, aku harap semuanya akan tercapai. Utk diri sendiri, tak banyak yang aku harapkan. Cuma memohon agar berjayalah hendaknya dalam study dan juga kehidupan peribadi. Yang pasti, tahun ni bakal menjadi antara tahun yang paling mencabar dalam hidup aku. Tahun inilah yang akan menentukan masa depan dan menjadi penyuluh kehidupan aku menjelang tahun2 akan datang.

Insya allah, aku sudah bersedia untuk menempuh segalanya.


7 komen seterusnya...