Bagai ANJING melihat BAYANG
oleh sorensen pada 24 November 2008 dalam
Anjing itu fitrahnya menyalak. Tidak kiralah apapun yang dilihatnya. Baik atau buruk, ia akan menyalak. Waima bergurau sesama anjing pun ia menyalak, apalagi bila diganggu. Jadi kalau memang fitrah anjing dijadikan begitu, mampukah ia mengubah kejadian dirinya?
Tabiat anjing itu suka menyerang. Kadangkala orang yang melintas di depan kandangnya pun disalak. Terkejar-kejar ke sana ke mari, padahal apa sahaja menjadi puncanya? Hanya seketul tulang yang tidak mungkin bisa ia telan. Umpamanya sebagai manusia yang gila, selalu melakukan sesuatu yang tidak bersesuaian dengan keadaan.
Anjing juga tidak berilmu. Walau mengeluarkan bunyi yang banyak, tapi ia hakikatnya tidak bermakna. Semua yang dilakukan hanya bertujuan mempertahankan dirinya, benar atau salah itu tidak penting. Yang harus dilakukan adalah menyalak, supaya orang di sekeliling merasa gementar. Supaya dirinya ditakuti. Supaya orang sekeliling merasa tidak selamat.
Walaupun begitu, sangatlah sedikit kita dapati manusia yang membunuh anjing. Walau meragut nyawa sekalipun, anjing tidak berbaloi untuk dibunuh. Ia hanya perlu dikasihani dan disayangi, dengan harapan agar sifat liar itu dapat dikurangkan walaupun tidak sepenuhnya. Kalau memang fitrah anjing dijadikan begitu, mampukah ia mengubah kejadian dirinya?
Adakah anjing mengenal erti jasa? Kalau dikatakan anjing itu tidak berilmu, maka tidaklah ia tahu apa-apa. Haiwan seumpamanya tidak berfikir, tahunya cuma meminta makan apabila lapar. Bila gagal meminta, ia akan berbunyi. Tidak terkecuali anjing, tiadalah bunyi lain yang mampu dikeluarkannya melainkan cuma salakan sahaja.
Namun jangan dilupa, anjing juga punya nafsu. Umpamanya manusia, ia juga berkelamin untuk meneruskan kelangsungan hidup. Anjing betina beranak pinak, namun jaranglah kita melihat si jantan bersama membantu membesarkan dan melindungi ancaman. Tapi yang manakah lebih kuat menyalak? Ya, semestinya anjing jantan.
Amarah anjing tiada batasan. Ia tidak kenal erti kekeluargaan, tapi tetap suka bermusuhan. Musuh itu harus diganyang demi membuktikan kejagoan.
Kejar musuh itu, kerjakan ia. Kala salakmu disahut, balas saja kembali. Hingga mentari menyuluh pagi. Hingga kau sedar dihadapanmu hanyalah perigi. Hingga kau sedar musuhmu itu bayanganmu sendiri.

Kisah Bicara Safiluk
oleh sorensen pada dalam
Sekarang mmg aku benar-benar percaya dgn keberkesanan karya seni. Penyampaian melalui ayat-ayat berlapik lebih ringkas, pd masa yg sama jauh lebih tajam daripada kata-kata yg terluah dalam perbualan harian. Seperti yg korang dah nampak dlm posting yg lalu, aku telah mencipta kisah tentang seorang manusia yang aku kononnya telah "kenali" sendiri perwatakan dirinya, serta mungkin serba sedikit tentang kehidupan peribadi dia dan teman hidupnya.
Benar, aku mmg tak pernah menjangkakan karya itu telah berjaya meracun fikirannya. Ia telah berjaya menjadi umpan utk aku melihat apa yg dia tidak berjaya selesaikan tentang aku (yg kononnya telah dia "kenali"), dan sejauh mana keberanian ia yang selama ini bacul dan selalu berselindung di sebalik batu hipokrit semata-mata kerana takut sekali dirinya dilupakan. Kepada yang seorang itu, tertancapnya mata kau sekali lagi, di laman ini pada hari ini telah menjadi KEJAYAAN AKU YANG KEDUA!

Apa yang aku ingin sampaikan selepas ini hanya ditujukan khas kepada seorang manusia, yang di sini akan ku gelarkan namanya sebagai Pangeran Safiluk Utara Borneo. Aku sabitkan dia atas kesalahan berlaku MUNAFIK. Bukan sekadar omong kosong, di sini aku kemukakan bukti kes terkumpul selama aku mengenali defenden Pangeran Safiluk. Ini genre yang berbeza. Buku lawannya ruas, justeru aku tahu inilah yang digemarinya.
I - Safiluk dan Persekitaran
Sekejap benar masa berlalu ya Safiluk? Belum lama rasanya aku mengenali kau daripada laman itu. Ya, laman yang satu tu! mungkin bukan lagi kelaziman kau datang ke situ sebab tempat tu dipenuhi masa lampau kau. Tapi apa kau ingat aku hairan? Sebagai orang yang sudah cukup mendalami perwatakan asal diri kau, rasanya aku tak perlu tahu dari mana kau dapat genetik KALINGGA itu. Sebab kau ni kalau bercakap, boleh dikiralah berapa banyak yang kau berani katakan mengenai kebenaran diri kau. Di mata orang lain, kau selalu ingin tampil hebat kan? Kegemaran kau, memperburukkan nama orang lain supaya kau la yang nampak paling sempurna di mata mereka, tak begitu? Tak perlu kau sentap bagai, aku dah muak dengan fiil kau. Dalam hidup kau, mana ada orang lain yang betul? Kawan sekerja kau, boss tempat kerja kau, "bekas-bekas" kau (kononnya) semuanya bagi kau teruk. Tapi apa saja yg kau berani buat? Ya, didepan orang kau kutuk2 pasal yang ni. Di depan yang lagi sorang.. kau kutuk2 yang lain pulak. Hey, siapa kawan kau sebenarnya selain daripada kaum keluarga kau? (yang aku tak tau kau kutuk di depan siapa pula?). Mengadu domba di sana sini, apa kau tak pernah rasa malu berperlakuan sebegitu pada usia HAMPIR 30 TAHUN?
II - Safiluk: Kenyataan dan Anganan
Kalau sudah perasan sempurna, pasti kita boleh lihat dari segi citarasanya. Lihat sahaja barangan yang diidamkannya. Aku sendiri pernah diminta oleh Safiluk utk memberi konsultasi tentang beberapa produk teknologi (bidang yang dia tahu memang aku sudah kuasai semenjak hampir 10 tahun). Walau dia mengakui dirinya sudah bergraduat daripada sebuah IPTA semenjak beberapa tahun lalu, sebenarnya dia seorang yang tersangatlah buta TEKNOLOGI (oh, itu zaman dia). Tapi apa kau ingat aku hairan? Kalau memang sudah tak berpengetahuan tapi suka tampil hebat, maruah pun kau sanggup gadaikan betul tak? Daripada laptop centrino (kau memilikinya 3 tahun selepas aku. Baru mampu?), NOKIA N95 (mulanya anganmu ingin melaram dgn E90 yang kau tak tau sebenar kegunaannya bukan. ya, aku masih ingat!), hingga yang terbaru CANON SLR 450D kau tu (yang secara dangkalnya kau bandingkan dengan SONY, HAIYO!!!), semuanya kau beli atas konsultasi aku kan? Lepas tu kononnya sekarang ni kau nak mengaku depan kawan-kawan kau, yang sebenarnya kau tu pandai la? Kenapa ya, ada sesetengah pemegang segulung ijazah ni pengetahuan dia sangat sempit jika dibandingkan dengan pemungut sampah di depan rumah? Itu barulah namanya memperbodohkan diri seperti badut di hadapan KELUARGA kau sendiri!
III - Sensitiviti dan Safiluk
Ada beberapa perkara yang tidak boleh disentuh langsung dalam hidup Safiluk ni. Pertama, tentang negeri asalnya (walau seingat aku, memang kegemaran dia sebenarnya menyalak di dalam tulisan). Tapi kalau sudah namanya aku, ada aku kisah? Kau nak menyalak, lantak pegi mampus la kau. Sebagaimana dia sayangkan negerinya, setaraf itu jugalah kutukan yang diberinya kepada orang yang berasal dari tempat lain. Kau dengar ya Safiluk. Apa kau ingat, orang negeri lain buta ke dengan masalah orang dari negeri kau? Sudahlah penuh dengan pendatang asing, ditambah pula fiil warga tempatan yang berfiil sama seumpama itu. Kau ingat aku hairan ya? Pernah tak kau tahu tentang masalah budak2 dari negeri kau bila sudah keluar dari kepompong utara tu? Sosial kau tau tak, budak perempuan dari negeri kau la yang paling banyak MENGANDUNG dalam ramai2 yang aku kenali dari sebuah negeri tu! Yang paling kuat beromen di luar kolej siapa kalau bukan budak dari NEGERI KAU? Ada kau berani cerita kat orang, ada kau berani nak ambil tau tentang perkara tu? NON ADO KEBERANIAN. Dengan itu, barulah difahami alasan kenapa kau terpaksa merempat ke negeri lain utk mencari JODOH (ke?).
IV - Seksualiti dan Safiluk
Kalau diungkit sedikit, berjelalah latah mulutnya laksana pondan yang baru belajar melatah menjadi perempuan. Namun, sesedikit mana pun pengetahuan aku tentang seksualiti manusia yang satu ini, mungkin sedikit lagi yang diketahui bakal teman hidup Safiluk tentang dirinya. Bukti kedua ada menyatakan tentang sifat suka berangan. Tidak terkecuali dalam perenggan ini. Walau sudah kononnya 60 peratus berjaya, Safiluk kelihatan belum mampu mengikis penuh masa silamnya dari menghantui diri. You can run, but you can't hide ;) Hey, apa kau ingat aku tak tau kau ada lagi kat laman tu? Ya laman yang satu tu. Sedar diri sikit boleh tak, yang kau dok menempel lagi kat situ kenapa? Dalam tulisan bukan main lagi mengutuk aku pasal benda satu ni, tapi yang kau bukak tu apa? Takpe aku faham, mesti duit elaun pedalaman kau dah habis buat makan dekat restoran besar dengan beli gadget yang kau tak reti pakai, sampai kau tak mampu beli CERMIN utk tengok muka sendiri, kan Safiluk? Kalau takdir menyebelah aku (sekali lagi) maka suatu hari nanti akan pengsanlah si perempuan itu seraya terbuka LAMAN CIPTAAN BERPUAKA tulisanmu, apabila melihat bahasanya! Itu belum diambilkira andaikata si dia ingin belajar mendalami ilmu baru yang perlu diketahuinya. Hah? Kau mampu ke bagi tunjuk ajar padanya dalam keadaan kau seperti itu. Permisi ya, aku PENGSAN seketika!
V - Safiluk: Suatu Kesimpulan
Mungkin banyak faktor yang membolehkan Safiluk mengakui konon dirinya dicemburui. Namun demikian, pada kebanyakan masa dia sebenarnya terlalu kuat berimaginasi. Mekanisme bela diri yang telah melekap sekian lama dalam dirinya, tanpa dia sedari membuatkan dirinya dirasakan terlalu sempurna di mata orang lain. Hey, kau ingat kau cantikkah Safiluk? Apa kau ingat laman kau itu murai.com.my versi kau? Apa kau ingat semua orang yang meluat dengan kau tu dengki kat kau ke? Ambillah kira aku. Aku tak hairan dengan apa yang ada pada kau Safiluk. Lima isi rumahku pekerjaannya sama sepertimu, dan aku dibesarkan dengan pendapatan dari pekerjaan itu. Tapi pernahkah kau ingat bagaimana keadaanmu sebelum ini? Pernah kau rasai apa yang pernah aku miliki? Pernahkah pengetahuanmu (selain pekerjaan) dimanfaatkan utk orang lain sebagaimana yang aku beri walau jasaku tak pernah dihargai? Tolonglah, pada firasat aku, masih ada seseorang yang perlu diselamatkan daripada menjadi mangsa kemunafikan kau yang memang sudah tertanam sejak *****!
Penutup
Nama penaku SoReNsEn, dan ini adalah pengakhiran kepada Kisah Bicara Safiluk naskhah yang pertama. Kisah ini belum tamat. Satu lagi jawaban sedang ku tunggu sebelum jawaban lain aku berikan pada kalian, dengan harapan kisah ini akan bisa lebih dikukuhkan.
Kisah Bicara Safiluk
2008-11-24T16:04:00+08:00
sorensen
Comments
seterusnya...
Dubai City Tower (Dubai Vertical City)
oleh sorensen pada 18 November 2008 dalam dubai, info, teknologi
Belum pun sempat menara Burj Dubai disiapkan sepenuhnya, dan juga belum sempat pembinaan Nakheel Tower (Al Burj) direalisasikan, satu lagi pencakar langit telah dirancang untuk dibangunkan di Dubai. Cadangan untuk membina Dubai City Tower (juga dikenali sebagai Dubai Vertical City) telah diumumkan pada 25 Ogos 2008 yang lalu. Pencakar langit ini dikatakan bakal memiliki ketinggian 2400 meter (2.4 kilometer/1.5 batu). Pembinaannya akan bermula pada tahun 2015, dan dijangka mengambil masa selama 20 tahun untuk disiapkan.
Trend terkini bagi konsep rekaan pencakar langit bukan lagi sekadar tertumpu kepada pembinaan menara, tapi lebih kepada konsep perbandaran di dalam satu bangunan. Dubai City Tower adalah bangunan 400 tingkat yang akan dilengkapi dengan "vertical bullet train" berkelajuan 200 km/j (125mph) yang berfungsi sebagai elevator utama. Mengambil rekabentuk menara Eiffel sebagai inspirasi, bangunan ini dikatakan mampu menampan tekanan angin kencang. Ia akan terbina dengan satu pusat tengah (central core) dikelilingi enam bangunan luaran, yang akan bersambung semula pada pusat itu di setiap 100 tingkat. Di samping menambah keluasan, rekaan ini akan turut membantu menstabilkan struktur bangunan berkenaan. Sebanyak 37,000MWH tenaga elektrik akan digunakan untuk menjana menara ini dalam setahun (15MW pada waktu puncak). Tenaga elektrik pada kebanyakan waktu akan dibekalkan melalui tenaga solar, termal dan kuasa angin.
Setelah siap, Dubai City Tower akan menjadi "perbandaran dalam bangunan" ketiga tertinggi di dunia yang berjaya direalisasikan. Dua projek lain yang dikatakan telahpun dirancang adalah menara X-Seed 4000 (setinggi 4000 meter, dicadangkan pada tahun 1995) yang dirancang untuk dibangunkan di Jepun; serta Ultima Tower (setinggi 3350 meter, dicadangkan pada tahun 1991) yang belum diketahui tentang tempat dan masa pembinaannya.
Pelan atas Dubai City Tower
Perbandingan dengan pencakar langit lain di seluruh dunia
Perbandingan dengan pencakar langit lain di seluruh dunia
Dipetik dan diubahsuai daripada Wikipedia.
TEKNOLOGI dan MARUAH
oleh sorensen pada 15 November 2008 dalam kehidupan, teknologi
Malam semalam aku benar2 terkejut dgn apa yg berlaku pada henfon aku. Rosak? Kalau rosak takdelah aku nak pakai perkataan "maruah" segala kan.. huhuh. Takde.. ni pasal masalah network service provider henfon yg mampu mengganggu gugat nama baik dan maruah kita.. harap2 korang akan take note dgn apa yg aku nak ceritakan ni ok..
Masalah tu bermula lebih kurang dalam pukul 11.45 malam, apabila aku terperasan pada screen henfon aku terpapar notice message successfully delivered. Ya, bukan aku tak biasa tengok notis tu setiap kali aku htr sebarang sms atau mms pd orang. Tapi malam tadi, notis tu tiba2 terkeluar tanpa aku ada menghantar sebarang message pun, dan nombor yg kononnya telah aku "hantarkan" message tu juga bukan nombor yg aku kenali. So pd mulanya aku buat dek aje la, sbb aku ingat masalah network biasa kan.
Tapi tak lama lepas tu, nombor yg terpapar kat screen henfon aku tu tadi tiba2 call. Aku jadi makin hairan la, so aku angkat aje. Caller nye sorang pompuan, yg tiba2 tanya aku ni siapa. Aku pun tanya dia gak sape tapi dia tanak bgtau. Yang mengejutkan aku, dia kata dia ada menerima MMS GAMBAR LUCAH DPD NOMBOR AKU!!!
Aku beristighfar, sbb dlm henfon aku mmg aku tak pernah simpan pun gambar2 mcm tu. So aku tak buang masa, lepas tu aku terus tanya dkt sebuah forum yg aku biasa pegi kat internet.. kot2 ada sesiapa yg pernah mengalami masalah sama. Aku bernasib baik sbb ramai yg membantu, ada yg bgtau tu masalah virus dan sebagainya. Dan kebetulan ada sorang dpd yg tolong tu bgtau dia mmg bekerja di company service provider tu. Dia minta maklumat peribadi aku sbb dia nak check kat ofis hari ni berkenaan transaksi panggilan dan mesej yang dah berlaku pada nombor aku pada masa tu semalam. Dan pagi tadi, dia inform kat aku bhw sbnrnya mmg nombor aku tak hantar sebarang mms pada sesiapa pun malam tadi.
Tapi ceritanya belum habis lagi. Petang tadi, aku terima satu sms dpd org yg tak dikenali. Katanya dia adalah teman lelaki pompuan yg call aku semalam tu. Mulanya dia mcm nak marah aku jugak la, tanya kenapa aku ganggu girlfriend dia. Then bila aku explain, baru dia mengaku bahawa sebenarnya DIA YANG HANTAR MMS TU KAT GIRLFRIEND DIA. Tapi kat screen henfon pompuan tu terpapar nombor aku sbg sender mms tu. Aku tergamam, sbb aku tak pernah sangka benda2 mcm ni akan berlaku pada aku.
Aku harap korang ambil la iktibar dpd cerita aku tu. Teknologi mmg tak dapat dipisahkan dpd kita hari ni, tapi kena ingat gak ttg kesan buruk dan bgmana sebenarnya teknologi tu boleh menggugat nama baik dan maruah kita. Masalah tu mungkin nampak simple (cuma crossline dlm network service provider) tapi cuba korang bayangkan.. kalau perkara ni dipanjangkan ke pihak atasan, tak mustahil aku boleh naik turun mahkamah semata2 utk menjernihkan air muka aku yg dah tercalar tu.
Kepada teman lelaki pompuan tersebut, aku nasihatkan supaya henti2kan la menghantar benda2 yg tak elok mcm tu melalui henfon. Mmg itu hal peribadi korang, tapi kena ingat gak kesan yg akan timbul sekiranya perkara2 yg tak diingini mcm ni berlaku. Tambahan pulak, apa faedahnya menghantar gambar lucah melalui mms walau dia tu girlfriend u sekalipun? (Tapi pelik kan, dia tau gambar tu dia yg htr.. tapi still accuse aku jugak kacau girlfriend dia. Cmne tu?)
Kepada service provider tu plak.. harap ambil perhatian tentang masalah ni. Bukan apa, sbb org mcm aku ni cuma pengguna biasa yg secara elok2 melanggan perkhidmatan korang. Kalau disebabkan melanggan perkhidmatan korang aku boleh didakwa, benda tu bukan cuma akan mencemarkan nama baik aku.. tapi jugak nama baik company korang sbb ianya timbul akibat masalah teknikal.
Haih... berat betul subjek yg aku baru belajar ni :)

No-key Keyboard - Papan kekunci tanpa butang
oleh sorensen pada 14 November 2008 dalam teknologi
Halus, lutsinar dan nipis adalah objektif utama untuk mencipta keyboard tanpa butang ini. Ia diilhamkan oleh Kong Fanwen's dan diberi nama No-key Keyboard. Anda boleh menggunakan keyboard ini walaupun tiada butang seperti keyboard yang lain. Selain mempunyai permukaan yang rata seperti telefon bimbit, TV dan iPod, No-key Keyboard juga melangkah maju ke depan dengan memperkenalkan fungsi touch screen. Keyboard ini kalis air dan tidak mudah rosak, dan ia merupakan ciptaan pertama di dunia yang menggunakan sepenuhnya papan kekunci QWERTY dengan permukaan berkaca, kamera dan lampu. Semua konsep alternatif keyboard ini menggunakan teknologi terkini motion captures yang dapat mengesan rangsangan jari anda.
Dipetik daripada majalah E-ring keluaran November '08
No-key Keyboard - Papan kekunci tanpa butang
2008-11-14T01:13:00+08:00
sorensen
teknologi|
Comments
seterusnya...
Suatu Fitrah Azali
oleh sorensen pada 11 November 2008 dalam jiwa
Suatu Fitrah Azali
Cahaya malap suatu pagi
Membawa bersama ketenangan abadi
Bunga tersenyum berbisik hati
Pesan takdir dari Azali?
Dari kejauhan terdengar bunyi
Sempurna sekali ciptaan Ilahi
Bunga tersenyum sekali lagi
Ada apa hari ini?
Namun hairan silih berganti
Biasa diri tak pernah begini
Lumrah Kumbang bukankah mencari
Bagai tak pernah aku diseri.
Tampang itu bukan tak lazim
Tiada Kumbang datang bermusim
Bunga juga bukan yang alim
Namun Tuhan tiadalah zalim.
Bunga tahu siapa dirinya
Sekadar penghuni hutan belantara
Disunting Kumbang harus berbangga
Dirinya menang dek Bunga Kota.
Kumbang bahagia bila berjaya
Lupa ketika tiada sempurna
Bunga hanya memandang sahaja
Bila naif menambat hatinya.
Jauh terbenam di kamar jiwa
Kumbang menyimpan satu rahsia
Namun demi kerana cinta
Korban derita untuk Bunganya.
Bebaslah Kumbang meniti fitrah
Pahit getir harus kau pasrah
Menongkah arus bukanlah mudah
Namun semuanya di tangan Allah.
(MGB, 11 November 2008)
Cahaya malap suatu pagi
Membawa bersama ketenangan abadi
Bunga tersenyum berbisik hati
Pesan takdir dari Azali?
Dari kejauhan terdengar bunyi
Sempurna sekali ciptaan Ilahi
Bunga tersenyum sekali lagi
Ada apa hari ini?
Namun hairan silih berganti
Biasa diri tak pernah begini
Lumrah Kumbang bukankah mencari
Bagai tak pernah aku diseri.
Tampang itu bukan tak lazim
Tiada Kumbang datang bermusim
Bunga juga bukan yang alim
Namun Tuhan tiadalah zalim.
Bunga tahu siapa dirinya
Sekadar penghuni hutan belantara
Disunting Kumbang harus berbangga
Dirinya menang dek Bunga Kota.
Kumbang bahagia bila berjaya
Lupa ketika tiada sempurna
Bunga hanya memandang sahaja
Bila naif menambat hatinya.
Jauh terbenam di kamar jiwa
Kumbang menyimpan satu rahsia
Namun demi kerana cinta
Korban derita untuk Bunganya.
Bebaslah Kumbang meniti fitrah
Pahit getir harus kau pasrah
Menongkah arus bukanlah mudah
Namun semuanya di tangan Allah.
(MGB, 11 November 2008)
Suatu Fitrah Azali
2008-11-11T01:31:00+08:00
sorensen
jiwa|
Comments
seterusnya...
Ke Sepang sebelum pulang..
oleh sorensen pada 10 November 2008 dalam kehidupan
Hari sabtu lepas, merza dgn member dia aduka dtg jemput aku kat kolej. Motifnya sbb dia nak bawak aku lepak sekejap kat rumah member dia yg lagi sorg, nama imran dkt kuarters klinik sg. pelek, sepang. Sbb next day tu (pagi semalam) aku punya flight pukul 7 pagi, so takde la jauh sgt dia nak hantarkan aku ke lcct keesokannya. Mula2 segan gak, maklumla aku tak familiar dgn kawan2 merza tu coz ni 1st time jumpa diorg. Tapi lepas jumpa tu.. wah, best jugak lepak dgn diorg ni rupanya. Mmg happening sgt, maklumla diorg sbnrnya member sekampus merza masa study kat uitm jengka dulu2. Hahah.. perangai diorg mmg sebijik mcm merza.. tapi lagi klaka la.. especially aduka tu, mmg suka sgt bikin havoc.. aku asik tergelak aje tengok dia..
Petang tu ktorg terus ke rumah je, tak singgah memana pun. Tapi malam tu, imran bawak ktorg gi restoran seafood kat bagan lalang. Mmg sedap makanan seafood kat situ.. still teringat lg dgn udang goreng dan sotong bakar yg pedas giler!! Fuh.. mmg smp tahap meleleh air mata la.. tp mmg best. Thx imran, wah tak bgtau pun nak sponsor ye.. hehe!
Lepas tu ktorg gi lepak jap kat tepi pantai bagan lalang. Gigih ni nak scanning wpun tgh2 malam ms tu, dah dekat pkl 10 ok.. huhu. Tapi takde la nak scanning sgt sbb lps tu, ktorang tengok2 barang je dekat gerai kat tepi pantai tu. Pelik ckit la, sbb souvenir yg diorg jual tu kebanyakannya dari sarawak ok.. bangga kejap aku ekekek! Aku beli selimut kecik je, diorg yg lain ada yg beli patung kayu dgn buluh yg berbunyi2 tu.. malas la aku.. tak larat nak bawak..
So, pagi semalam awal2 lagi diorg dah tolong hantarkan aku ke lcct. Dlm pkl 4.30 am ktorg turun. Ingatkan nak ajak diorg lepak2 minum dlu ke kat kafe lepas aku check in tu.. tp tengok2 diorg terus balik. Apa2 aku ucapkan thx kat korg sbb sudi tumpangkan aku lepak skali k.. wpun sekejap, tapi hepi sgt sbb dpt kawan2 baru. Next time ada ms, aku dtg lagi ok ;)
Slmt bercuti kepada member2 sekuliah. Jaga diri, jgn merayau2 tak tentu hala! (chewah!)

2008-11-10T12:53:00+08:00
sorensen
kehidupan|
Comments
seterusnya...
@socasnov
Pautan
Label
#stop114a
(1)
awards
(1)
belasungkawa
(3)
berita
(2)
blackberry
(2)
crocs
(2)
dubai
(4)
hiburan
(22)
info
(28)
isp
(4)
jiwa
(72)
kehidupan
(90)
mamee sllrrrp
(4)
omar
(20)
pengumuman
(1)
peristiwa
(32)
sony ericsson
(8)
teknologi
(37)
telco
(8)
youthsays
(2)