4 Jun datang lagi...

oleh sorensen pada 04 Jun 2010 dalam

Ley? *matila lucah!!!

Alhamdulillah.. banyak birthday wishes yg aku terima kat fb tahun ni. Semua2 la, dpd member sekampus dlu, cousin2, member virtual yg dikenali mahupun tak.. amin, semoga makbullah doa2 kalian untukku.. terima kasih, aku amat menghargainya.

Jadi, apa sebenarnya yang dah aku pelajari sepanjang berusia 25 tahun? Well, banyak. In fact.. aku belajar terlalu banyak benda sepanjang tahun lalu. Dan aku menghargainya. Bagi sesetengah org, mungkin sudah agak lewat bagi aku utk baru mempelajari erti persahabatan, cinta dan perbezaan kepercayaan pada usia sebegini. Tapi pada aku tidak. Aku kenal diri sendiri, hidup aku tak banyak mengalami konflik baik dalaman mahupun sebaliknya seperti sesetengah insan lain. Pengalaman hidupku terlalu kurang. Dengan mengalami semuanya dlm usia sebegini, sekurang2nya aku sudah lebih bersedia dari sudut mental untuk menghadapi semuanya. Alhamdulillah, aku bersyukur pd Allah kerana selalu menyelamatkan diriku daripada kebingungan, tipu daya manusia dan perangkap2 lain yang boleh membawaku lebih jauh dari-Nya. Dan aku juga bersyukur kerana dikurniakan akal yang sempurna agar mampu berfikir dengan waras di kala musibah melanda.. walaupun adakalanya aku hampir tergelincir juga. Itu adalah lumrah, dan aku percaya itulah yang telah mematangkan fikiranku.

26 tahun sudah usiaku. Dan ketahuilah bahawa aku.. belum tua :)


4 komen seterusnya...

4 komen