Pudu Jail (1895-2010)

oleh sorensen pada 22 Jun 2010 dalam ,



Dulu aku dgn kwn2 aku bergelak ketawa bila melintas penjara pudu ni. Sbb dah biasa jalan kaki dari lrt hang tuah ke times square. Aku ingat lagi, lukisan grafitti yg budak2 lukis antara dua lukisan pokok kelapa tembok penjara pudu tu. Kat tengah2 pokok tu dorg lukis hammock dan org tgh baring kat situ. Ktorg ketawa. Dan aku pernah cabar member, suruh dia buat berlakon keluar dari pintu penjara pudu tu dan jerit kuat2 "AKU DAH BEBAS!!!". Dan of course lah benda tu cuma utk gurauan saja. Tak pernah berlaku pun. Dan kami gelak lagi.

Tapi sekarang bila tengok tembok ni ditumbangkan, aku menangis. Dan aku percaya anak2 jati KL merasa lebih dpd sedih, menyaksikan bangunan bersejarah yg dorg dah tengok sejak lahir dihapuskan dari peta Kuala Lumpur. Dari lipatan sejarah negara.

Benar, ia cuma sebuah penjara. Namun nilai estetiknya, nilai sentimentalnya adalah lebih dari apa yg kita ketahui. Penjara Pudu terpaksa merelakan dirinya ditumbangkan demi sebuah pembangunan. Lupakan itu semua, kerana ia hanyalah sebuah bekas bangunan penjara. Benarkah?

Rekod lukisan mural terpanjang di dunia, ada di mana?

Apalah agaknya nasib stesen keretapi kuala lumpur suatu hari nanti?


Comments seterusnya...