Memaparkan catatan dengan label dubai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dubai. Papar semua catatan

Palazzo Versace Hotel Dubai

oleh sorensen pada 18 Disember 2008 dalam ,

Pantai berhawa dingin akan dibina di sebuah hotel mewah di Dubai sekali gus dianggap sebagai yang pertama di dunia, lapor sebuah akhbar semalam.

Pembinaan pantai itu membolehkan golongan kaya yang bercuti di Dubai tidak berasa panas ketika berjalan atau berjemur dalam cuaca panas.

Dubai yang terletak di Emiriah Arab Bersatu (UAE) memang terkenal dengan cuaca panas dan ledakan bangunan unik seperti hotel tertinggi di dunia.

Pantai berhawa dingin itu bakal terletak berhampiran Hotel Palazzo Versace yang baru dan dilengkapi dengan satu sistem penyedut haba.

Bagi membolehkan pengunjung-pengunjung pantai itu tidak diganggu dengan cuaca panas, paip-paip penyedut haba dibina di bawah pasir.

Beberapa peniup angin gergasi akan turut dibina dan direka bagi memastikan pengunjung-pengunjung pantai itu merasa suasana tidak terlalu panas.

Hotel Palazzo Versace itu bakal dibuka kepada orang ramai pada tahun depan atau awal 2010.

Suhu di pantai itu dikawal oleh termostat yang dihubungkan dengan komputer sekali gus menyejukkan suasana di kolam renang.

Bagaimanapun, rancangan itu mendapat kritikan daripada aktivis-aktivis alam sekitar kerana dibimbangi mampu mencetuskan kesan terhadap perubahan iklim dunia.

Seorang anggota kumpulan itu, Rachel Noble dari Tourism Concern berkata: "Dubai adalah umpama satu buih dunia di mana perkara berhubung perubahan iklim diabaikan menyebabkan orang ramai meneruskan gaya hidup yang memusnahkan alam."

Projek-projek mewah akan meningkatkan daya tarikan Dubai di kalangan selebriti dan golongan kaya di dunia.

Pembinaan projek--projek seumpama itu turut meningkatkan persaingan pelancongan di wilayah tersebut yang turut menempatkan hotel bertaraf tujuh bintang pertama dunia, Burj Al-Arab.

Bandar raya Dubai itu dijangka meningkatkan pengeluaran karbon di angkasa. Setiap individu yang tinggal di Dubai mengeluarkan karbon lebih 44 tan setahun.

Walaupun terdapat kebimbangan berhubung isu alam sekitar, pihak pengurusan Hotel Palazzo Versace memberi jaminan pantai itu mesra alam.

Presiden Hotel Palazzo Versace, Soheil Abedian berkata: "Kami akan menyedut haba panas keluar dari pasir bagi memastikan ia mempunyai suhu dingin yang secukupnya.

"Ini merupakan satu bentuk projek mewah yang orang ramai mahukan."

Satu sumber berkata: "Golongan terlalu kaya mahu kemewahan tulen. Mereka tidak mahu berjalan di pasir yang panas."

Sebuah firma British, Hyder Consulting akan memantau projek itu.

Pembinaan hotel setinggi 10 tingkat itu diharapkan akan dapat menarik kira-kira 800,000 pelancong Britain melawat Dubai pada setiap tahun.

Setakat ini, terdapat sebuah Hotel Palazzo Versace yang beroperasi di pantai Gold Coast, Australia yang berjaya menarik kehadiran golongan kaya dan terkenal.

Dipetik daripada Kosmo! Online


5 komen seterusnya...

Dubai City Tower (Dubai Vertical City)

oleh sorensen pada 18 November 2008 dalam , ,

Belum pun sempat menara Burj Dubai disiapkan sepenuhnya, dan juga belum sempat pembinaan Nakheel Tower (Al Burj) direalisasikan, satu lagi pencakar langit telah dirancang untuk dibangunkan di Dubai. Cadangan untuk membina Dubai City Tower (juga dikenali sebagai Dubai Vertical City) telah diumumkan pada 25 Ogos 2008 yang lalu. Pencakar langit ini dikatakan bakal memiliki ketinggian 2400 meter (2.4 kilometer/1.5 batu). Pembinaannya akan bermula pada tahun 2015, dan dijangka mengambil masa selama 20 tahun untuk disiapkan.

Trend terkini bagi konsep rekaan pencakar langit bukan lagi sekadar tertumpu kepada pembinaan menara, tapi lebih kepada konsep perbandaran di dalam satu bangunan. Dubai City Tower adalah bangunan 400 tingkat yang akan dilengkapi dengan "vertical bullet train" berkelajuan 200 km/j (125mph) yang berfungsi sebagai elevator utama. Mengambil rekabentuk menara Eiffel sebagai inspirasi, bangunan ini dikatakan mampu menampan tekanan angin kencang. Ia akan terbina dengan satu pusat tengah (central core) dikelilingi enam bangunan luaran, yang akan bersambung semula pada pusat itu di setiap 100 tingkat. Di samping menambah keluasan, rekaan ini akan turut membantu menstabilkan struktur bangunan berkenaan. Sebanyak 37,000MWH tenaga elektrik akan digunakan untuk menjana menara ini dalam setahun (15MW pada waktu puncak). Tenaga elektrik pada kebanyakan waktu akan dibekalkan melalui tenaga solar, termal dan kuasa angin.

Setelah siap, Dubai City Tower akan menjadi "perbandaran dalam bangunan" ketiga tertinggi di dunia yang berjaya direalisasikan. D
ua projek lain yang dikatakan telahpun dirancang adalah menara X-Seed 4000 (setinggi 4000 meter, dicadangkan pada tahun 1995) yang dirancang untuk dibangunkan di Jepun; serta Ultima Tower (setinggi 3350 meter, dicadangkan pada tahun 1991) yang belum diketahui tentang tempat dan masa pembinaannya.

Pelan atas Dubai City Tower

Perbandingan dengan pencakar langit lain di seluruh dunia

Dipetik dan diubahsuai daripada Wikipedia.


6 komen seterusnya...

Al-kisah Palm Jumeirah

oleh sorensen pada 28 Jun 2008 dalam , ,

Palm Jumeirah, Dubai

Cerita tentang Dubai memang tiada kesudahannya. Sebelum ni aku pernah buat entry tentang menara pencakar langit di sana, kali ni aku nak citer plak proses pembangunan Palm Jumeirah, antara pulau ciptaan manusia yg terbesar di dunia yang terbina hasil daripada penambakan laut di Dubai.

Trump International Hotel & Tower

Kontrak pembinaan Trump International Hotel & Tower di Palm Jumeirah bernilai AED 2.9 bilion (MYR 2.6 bilion) telah diumumkan awal bulan lalu. Menara setinggi 270 meter (62 tingkat) berkenaan merupakan dua menara yang bersambung pada tingkat ke-40, merangkumi 378 suite dan bilik hotel, 385 kondominium, 12 townhouses, 45,000 kaki persegi tapak perniagaan dan 60,000 kaki persegi tapak pejabat yang dilengkapi "pantai peribadi" dan super-marina. Jualan umumnya telah bermula pada 23 Jun lalu, yang mana Donald J. Trump (anak lelaki Donald Trump) sendiri telah menempah sebuah apartmen di dalam menara yang dijangka akan siap pada bulan Mei 2011.

Lobi Trump International Hotel & Tower

Senireka dalaman kediaman yang mewah

Dibina atas kerjasama syarikat pembinaan Al Habtoor/Murray & Roberts, menara keluli dan kaca itu akan menjadi mercu kepada Palm Jumeirah. Terletak di tengah-tengah pulau berkenaan, ia menawarkan pemandangan Teluk Arab dalam suasana yang sangat mewah. 399 buah apartmen di dalam bangunan berkenaan berkeluasan dalam lingkungan 890 hingga 7,500 kaki persegi, dengan pilihan antara satu hingga empat bilik dengan dilengkapi bilik mandi, dapur dan peralatan rumah terkini daripada tiga syarikat yang berbeza.

Dipetik dan diubahsuai daripada Gizmag.com


2 komen seterusnya...

Mencakar langit di DUBAI...

oleh sorensen pada 03 April 2008 dalam ,

Siapa sangka tanah gersang ini (tahun 1990)...

Akan membangun dengan pesat pada hari ini!!! (tahun 2007)

Dubai merupakan salah satu wilayah dalam Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang terletak di bahagian timur Semenanjung Arab. Pada hari ini, Dubai mempunyai populasi penduduk kedua terbesar di UAE selepas Abu Dhabi.

Terlalu banyak rasanya cerita yg boleh diperkatakan tentang kota Dubai ni. Untuk posting kali ni aku cuma nak berkongsi kekaguman aku terhadap hasil kejuruteraan megastructure di Dubai. Okeh.. jom kita tengok mcm mana rupa bangunan2 pencakar langit yang sedia ada, dalam pembinaan dan yang akan dibina di sana!!!

Burj Al-Arab Hotel (305 meter)

Burj Al-Alam (dlm pembinaan, dijangka setinggi 501 meter)

Burj Dubai (dalam pembinaan, dijangka setinggi 808 meter)

Al-Burj (akan dibina, dijangka setinggi 1200 meter)

Perbandingan antara menara Burj Dubai dgn pencakar langit lain di seluruh dunia

Tak tau nak kata apa.. lenguh dah leher aku mendongak, tinggi sangat bangunan2 ni ha.. huhu!!!



4 komen seterusnya...