Memaparkan catatan dengan label belasungkawa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label belasungkawa. Papar semua catatan
Perginya kamu tiada pengganti...
oleh sorensen pada 17 September 2012 dalam belasungkawa, kehidupan, omar
Seorang demi seorang sahabat karibku kembali menghadap Ilahi. Hari ini aku dikejutkan dengan pemergian Omar, yang telah lama aku mengenalinya dan yang telah sama-sama menghadapi pengalaman bersama sepanjang mengharungi usia dewasa.
Aku mengenalinya sejak zaman pengajian di UNIMAS pada tahun 2004. Sebagaimana yang banyak tercatat di dalam laman ini, hubungan kami tidak pernah terputus sejak kami meninggalkan kampus itu dan membawa haluan masing-masing. Antara ramai rakan bekas sepengajian di UNIMAS, akulah antara teman yang paling rapat dengannya lantaran hanya kami berdua yang boleh bertutur dalam Bahasa Melanau.
Pahit getir zaman kampusku di UPM, Omarlah yang banyak mengetahuinya. Sakitnya aku kerana dikecewakan seseorang dulu, Omar jugalah yang banyak membantuku untuk bangkit kembali sehinggalah aku tamat pengajian.
Aku tak tahu kalau aku pernah menjadi teman yang terbaik buatmu. Tapi percayalah, sepanjang perkenalan kita engkau lebih dari sekadar sahabat buatku. Dan hari ini kau telah menyedarkan aku, bahawa di dunia ini tiada apapun yang kekal abadi. Dan walau bagaimana sayangnya aku kepada kamu, sahabatku... kau tetap akan pergi. Ke tempat yang suatu hari nanti tetap juga akan aku susuli.
Maafkan aku sahabat, kalau selama perkenalan kita aku pernah menyakiti hatimu. Aku maafkan segala kesalahanmu, aku halalkan segala makan minummu dan aku redha atas pemergianmu. Tapi aku tak dapat membendung kesedihan ini kerana engkau terlalu istimewa, sahabatku.
Pemergianmu sangat dirasai. Dan pastinya aku akan amat merinduimu.
Ya Allah, Ya Tuhanku... Kau rahmatilah Omar bin Abbas, ampunkanlah segala dosa yang telah dilakukannya dan tempatkanlah dia di kalangan orang-orang yang beriman.

Al- Fatihah buat Omar bin Abbas @ Imar Fover
(1984-2012)
Belasungkawa Kunaini Bohri (1984-2011)
oleh sorensen pada 01 Jun 2011 dalam belasungkawa, jiwa, kehidupan
Sahabat,
Kau pernah membuat aku ketawa. Mana mungkin aku lupa?
Aku mengenalimu sejak tingkatan 4, dan sehingga sejak ini aku dan teman-teman kita tak pernah melupakanmu. Siapa mungkin bisa lupa Kunaini Bohri, yang lawak jenaka lucunya tidak pernah membuat kami kering gusi bersama kamu. Sebut saja dari dalam kelas, sehinggalah di luar malah di rumahku juga kau tak pernah berhenti membuat aku ketawa. Malah, ibuku pernah berkata pada kamu. Andaikata di rumah ini dia tidak pernah mendengar aku ketawa seperti itu sehinggalah kamu datang ke sini. Itulah yang aku kenang, Kunai.
Kau pernah membuat aku kagum. Mana mungkin aku lupa?
Hahah. Sejak kita bertemu kembali dalam beberapa tahun kebelakangan, nampaknya kau sudah begitu berjaya dengan bisnes itu. Malah kau pernah memujukku untuk menyertainya tapi aku enggan. Apalah dayaku yang belum bekerja ini, ingin menyertai perniagaan bermodal besar seperti itu? Dan pernah juga beberapa ketika aku berdolak dalih denganmu dengan pelbagai alasan untuk tidak menyertai apa yang kau telah promosikan itu tapi aku masih enggan. Namun begitu, aku tumpang gembira melihat kejayaanmu. Ketika hayatmu kau sempat menjelajah ke beberapa negara hasil titik peluh dan usahamu, sememangnya rezeki yang Allah turunkan kepadamu kerana kau seorang yang tabah, dan tidak mudah patah semangat untuk memperbaiki mutu hidup keluargamu. Itulah yang aku kenang, Kunai.
Dan hari ini, kau membuatkan kami semua terkedu.
Entri ini akan menjadi kenanganku buat selama-lamanya. Rata-rata teman kita sukar mempercayai kau telah tiada lagi bersama kami. Pahit bagi kami menerima pemergianmu, aku rasa lebih pahit lagi buat ahli keluargamu untuk menerimanya. Kunai, kamu tidak pantas meninggalkan kami secepat ini. Kenangan persahabatan kita terasa masih terlalu baru, dan rasanya aku masih belum sempat untuk meminta maaf kepadamu atas segala kesalahan yang pernah aku lakukan. Aku sayangkan kamu sahabatku, walau apapun yang pernah aku lakukan dan perkatakan tentangmu.

Dan andaikata ini warkah pertama dan terakhir yang pernah akan kutujukan kepadamu, walau tidak sempat memohon maaf sekalipun, izinkanlah aku menyedekahkan Al-Fatihah. Sebagai tanda aku sangat menyayangimu. Semoga kau tenang di alam baqa'. Segala kemesraan, senda gurau dan gelak tawamu pasti akan sangat kami rindui.

2011-06-01T16:57:00+08:00
sorensen
belasungkawa|jiwa|kehidupan|
Comments
seterusnya...
Belasungkawa: Yasmin Ahmad (1958-2009)
oleh sorensen pada 27 Julai 2009 dalam belasungkawa, hiburan
Mungkin ada di antara kita yg tak pernah kenal dgn pengarah filem yg satu ni.. atau mungkin juga ada yg pernah mendengar namanya tapi tak tahu siapa orangnya. Dialah Yasmin Ahmad. Ya, pengarah filem berbakat dan dikagumi ramai golongan, dan dia baru sahaja meninggal dunia dua hari yang lalu.Mulanya dulu, aku sebenarnya kurang senang dengan sesetengah karya Yasmin Ahmad ni. Sbb bagi aku karya-karya dia; tak kiralah sama ada filem ataupun iklan, kerap menimbulkan kontroversi2 baru dan kebanyakannya menyentuh tentang aspek perpaduan. Tapi bila dah banyak melihat karya dia, aku jadi seronok pula. Sbb idea2 yg dia ketengahkan kebanyakannya tak pernah ditonjolkan oleh pengarah filem yang lain. Paling excited skali bila musim perayaan. Aku tau bukan aku sorang je yg menunggu iklan terbaru arahannya setiap kali hari raya, tahun baru cina dan perayaan2 lain bakal menjelang. Sbb semuanya unik, dan sbg penggemar bidang sinematografi aku sgt kagum dgn mutu audio visual setiap karyanya.
Tak tau la kenapa, bila dengar berita dia dah meninggal dunia.. tiba2 hati rasa sunyi sangat. Sbb aku tau pada hari raya yang akan datang nanti, tak mungkin ada lagi hasil tangannya utk kita semua hayati.
Al-Fatihah buat Yasmin Ahmad, penglipurlara kesayangan rakyat Malaysia.
Sedikit biodata Yasmin Ahmad:
PROFIL
Nama : Yasmin Ahmad
Jawatan: Penulis/Pengarah Filem/Penerbit
Tempat Lahir: Bukit Treh, Muar, Johor
Tarikh Lahir: 1958
Meninggal Dunia : 26 Julai 2009
Status Perkahwinan: Berkahwin
Suami: Abdullah Tan Yew Leong (berkahwin Januari 2003)
AKADEMIK
Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru
PROFIL KARIER
Profesion:* Penulis, Ogilvy & Mather* Pengarah Eksekutif Kreatif, Leo Burnett
2003-2009 Pengarah FilemFilem:2003 Rabun2005 Sepet2006 Gubra2007 Mukhsin
Iklan:* Suratkhabar Lama* Makan Bola (sempena Bolasepak Piala Dunia)* Forgiving (iklan terbitan Petronas)
Berlakon Dalam Drama:2003 Min2006 Tai yang yue (Rain Dogs)
Penerbit: 2005 Raining Amber
ANUGERAH
* Biasiswa, Kementerian Pendidikan* Juara, Talentime Ested Fodd, Wales
PENCAPAIAN LAIN
1975 Naib Johan, Bintang RTM '75
2003 Filem ASEAN Terbaik (Rabun), Anugerah Video Malaysia ke-8, Kuala Lumpur
2004 Filem Reka Bentuk Terbaik ASEAN (Sepet), Anugerah Video Malaysia ke-9
2005 Filem Terbaik (Sepet), Festival Filem Wanita Antarabangsa Creteil, Perancis
2005 Cerita Asal Terbaik (Sepet), Festival Filem Malaysia ke-18 (FFM18)
2005 Filem Terbaik (Sepet), Festival Filem Malaysia ke-18 (FFM18)
2005 Poster Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-18 (FFM)
2005 Filem Asia Terbaik (Sepet), Festival Filem Antarabangsa Tokyo
2005 Filem Terbaik (Sepet), Global Chinese Golden Arts, Genting Highlands
2006 Filem Terbaik (Gubra), Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)
2006 Pelakon Wanita Terbaik (Gubra),Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)
2006 Lakon Layar Terbaik (Gubra), Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)
2006 Poster Terbaik (Gubra), Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)
2007 Pingat perak (Mukhsin), Netpac Festival, Jojagkarta
2007 Anugerah Filem Terbaik Kategori Generasi Baru (Mukhsin), Festival FilemAntarabangsa Berlin ke-57
2007 Tempat kedua Anugerah Juri Kanak-Kanak (Mukhsin), Festival FilemAntarabangsa Berlin ke-57
2007 Filem Cereka Terbaik Asia Tenggara (Mukhsin), Festival FilemAntarabangsa Cinemanila, Filipina
PENERBITAN
Artikel: 2005-2006 Menulis kolum di New Straits Times Press
LAIN-LAIN MAKLUMAT
Keluarga:
Bapa - Ahmad Hashim
Ibu - Inom Yon
Filem yang ditayangkan dan menyertai Festival Filem Antarabangsa;
2003 Rabun, Festival Filem Antarabangsa, Singapura
2003 Rabun, Festival Filem Asia Cinemaya, New Delhi
2003 Rabun, Festival Filem Torino, Itali
2005 Sepet, Festival Filem San Francisco
2005 Sepet, Festival Filem Asia, Barcelona
2005 Sepet, Festival Filem Wanita Antarabangsa Creteil, Perancis
2007 Mukhsin, Festival Filem Antarabangsa Berlin ke-57
2006 Ahli panel Debat Budaya 1 bertajuk Filem Melayu, Filem Malaysia... Ke Arah Mana Sinema Malaysia
2006 Juri, Pertandingan Filem Pendek BMW (BMW Shortie's)
2007 Juri, Festival Filem Thessaloniki ke-48, Greece
2008 Juri, Festival Filem Antarabangsa Berlin (Berlinate) ke-58
BLOG RASMI YASMIN AHMAD
http://yasminthefilmmaker.blogspot.com/
(dipetik daripada Mstar Online)
@socasnov
Pautan
Label
#stop114a
(1)
awards
(1)
belasungkawa
(3)
berita
(2)
blackberry
(2)
crocs
(2)
dubai
(4)
hiburan
(22)
info
(28)
isp
(4)
jiwa
(72)
kehidupan
(90)
mamee sllrrrp
(4)
omar
(20)
pengumuman
(1)
peristiwa
(32)
sony ericsson
(8)
teknologi
(37)
telco
(8)
youthsays
(2)