iPhone 4

oleh sorensen pada 24 Jun 2010 dalam

Tak amik port sangat pun pasal henfon ni. Tapi memandangkan ia dah menjadi fenomena sejak berminggu2 kebelakangan ni di kalangan masyarakat bermaklumat, maka aku pun secara tak langsung berminat jugak ler nak amik tau. Tak rugi pun kan, walaupon.. mmg sah2 tak mamphoo katanyer.


iPhone 4 telah dilancarkan secara rasminya oleh Apple pada 7 Jun yang lalu. Generasi keempat dalam keluarga iPhone ini didatangkan dengan beberapa ciri terbaru. Antaranya termasuklah penggunaan kaca aluminosilcate yang telah diperkuatkan sebagai bahan material fizikal. Bahan ini dikatakan 30 kali ganda lebih keras berbanding plastik, dan lebih kalis calar berbanding model-model sebelumnya. Manakala band keluli tahan karat pada rim sekelilingnya telah ditempah bersama aloi, menjadikannya lima kali lebih kuat berbanding keluli tahan karat biasa.

iPhone 4 akan berada di pasaran Amerika Syarikat, UK, Perancis, Jerman dan Jepun pada 24 Jun. Dan pasarannya akan diperluaskan ke Australia, Austria, Belgium, Kanada, Denmark, Finland, Hong Kong, Ireland, Itali, Luxembourg, Belanda, Norway, New Zealand, Singapura, Korea Selatan, Sepanyol, Sweden dan Switzerland menjelang akhir Julai.

Ciri-ciri lain yang ditampilkan dalam model ini adalah seperti berikut:

  • Kamera 5 megapiksel dengan flash LED
  • Pemprosesan A4 serasi dengan iPad
  • Mikrofon kedua untuk menyingkirkan kebisingan
  • Perakaman video 720p (30 kerangka sesaat) dengan fungsi fokus tap
  • Wi-Fi 802.11n
  • Quad-band HSUPA (7.2Mbps muat turun 5.8Mbps muat naik)
  • Panggilan video "FaceTime" (Wi-Fi sahaja)
  • 960 x 640 penampakan "Retina"
  • Gyro 3-axis sebagai tambahan kepada accelerometer untuk kawalan pergerakan 6-axis antaramuka PS3
  • Tujuh jam waktu berbual 3G, enam jam pelungsuran web 3G, 10 jam penggunaan video
  • Ketebalan 9.3mm
  • iOS 4.0 dengan fungsi pelbagai tugas and folder

    Dipetik, diterjemah dan diubahsuai daripada
    Gizmag.com


Comments seterusnya...