Kesenian Animated GIF

oleh sorensen pada 01 Ogos 2010 dalam

Kalau tak disebabkan buat banner tu semalam, mungkin sampai skrg ni pun aku dah lupa kesenian dan kemahiran membuat GIF beranimasi (animated GIF). Dah lama sangat rupanya aku tak buat, dekat 10 tahun jugak la rasanya. Yelah, sbb teknologi kan dan makin canggih. Skrg ni pun animated GIF ni org dah tak berapa nak pandang. Mungkin atas faktor saiz, sbb saiz animated GIF kdg2 beberapa kali ganda lagi besar daripada flash animation yg banyak org guna skrg nih. Dan flash animation punya kualiti imej pun lagi lawa, menyebabkan animasi format GIF semakin terpinggir.

Mulanya aku ingat benda ni familiar, sbb tengok ramai je org yg buat. Tapi aku lupa, kat internet kan banyak animated GIF generator, so kemungkinan generasi baru pengguna internet skrg ni ramai yg tak tahu mcm mana sebenarnya proses menganimasikan GIF yang sebenarnya secara manual. Tapi bila ada sorang kawan blogger bertanya tentang hal ni membuatkan aku sedar, bahawa software utk buat benda ni dah tak banyak lagi mcm dulu. Kalau ada pun mungkin tak bagus mcm software2 lama yg aku pernah guna. Jadi untuk entry ni, aku nak memperkenalkan satu software GIF animator yg pada aku adalah yg terbaik sepanjang zaman.. haha!!

Ulead GIF Animator 5.0

Pada era awal 2000, aku mmg banyak explore software2 digital imaging dan yg seumpamanya. Ulead GIF Animator ni aku pernah guna sejak version 4.0 lagi (tahun 2000) sehingga versi 5.0 ni release pada tahun 2001, yg merupakan versi terakhir Ulead GIF Animator. Aku pernah guna Adobe ImageReady gak selepas tu dulu (versi terakhir Adobe ImageReady CS2 pada tahun 2007). Tapi biasalah, produk2 Adobe memang terkenal dgn saiznya yg bapak besar dan lambat utk dioperasikan dengan komputer zaman2 Pentium II. So, aku tetap pilih Ulead ni gak, sbb ringan.. dan compression ratenya pun sgt bagus utk mengoptimumkan saiz GIF korang.

Harus diingatkan bahawa penggunaan mana2 GIF animator secara manual perlulah disertai dgn kemahiran menggunakan software imaging mcm Adobe Photoshop dan lain2. Sebab software animator ni cuma membantu utk menganimasikan imej yang korang telah hasilkan. Boleh je kalau korang nak guna template yg ada dlm animator tu, tapi hasilnya kurang memuaskan dan mungkin membataskan kreativiti korang. Seelok2nya korang cipta sendiri imej yang nak dibuat tu frame by frame, bila dah lengkap baru proses jadi animation. Memang susah dan memakan masa, tapi itulah ertikata sebenar kesenian membuat animated GIF! ;)

Okeh, cakap banyak pun tak guna. Kalau korang berminat nak cuba software ni, download link ada kat bawah. Jangan risau, ia versi penuh berserta dgn krek skali heheh! Selamat belajar!

Download: Ulead GIF Animator 5.0


Comments seterusnya...