Diet! =D

oleh sorensen pada 02 Ogos 2010 dalam ,

"Ko nak tau tak, berat badan aku dah susut giler sekarang. Pinggang aku dulu 32, sekarang ni nak pakai seluar saiz 30 pun dah longgar ok!". Begitu kata Omar beberapa minggu lepas. Hebat betul dia berdiet, katanya dah lebih 5 bulan dia tak jamah nasi langsung. Kalau ada pun cuma dalam beberapa minggu sekali, itu pun tak sampai setengah pinggan.

Dengan sebab tu la katanyer aku skrg ni tgh bertekad nak ikut jejak langkah dia. Temanya, jangan sentuh nasik! Tapi mampu ke dengan keadaan aku yg mengidap gastrik ni kan? Nak tak nak kena la aku ubah sket tabiat pemakanan skrg ni. Dah 3 minggu kot aku selangkan makan nasi 3 hari sekali je, itu pun tak smpai setengah pinggan mcm yang Omar cakap. Nak tinggal terus takleh la kalau mcm aku ni, kalau buat dlm sebulan mau berlobang dinding perut aku huhu!!

Dan yang menariknya, skrg ni jugak aku kerap membuat eksperimen dgn mi segera. Ingat lagi entry pasal mamee sllrrrp hari tu? Ya, sebenarnya mamee sllrrrp dalam paket masih lagi dikeluarkan. Even sekarang ni pun dah macam2 perisa.. sampai perisa ayam kampung pun ada ok.

Hari tu aku try adjust betul2 mamee sllrrrp perisa asam laksa. Rasa dia jauh beza dgn yang jenama lagi satu tu.. ala, yang korang selalu sebut meg meg tuuu.. yang tu rasa dia masam cmtu je, kurang feel sket. Yang ni masam dia mcm tomyam, so bila aku buat resipi kat bawah ni memang maksimum giler la.. ala2 menikmati semangkuk mee tomyam di restoran tepi pantai krabi gitu katanyer! (mcm aku penah pegi sana je kan? T_T)

Pape pun, harap2 menjadi la diet aku kali ni. Di sebalik kesengsaraan menahan lapar nasik, harap2 ader la hikmah tersembunyi yg akan nmpk beberapa bulan akan dtg terhadap perut aku ni. Dengan erti kata sebenar, bagaikan udang di sebalik mamee sllrrrp asam laksa kat atas tu ha. Korang nak ke? Pegi beli sekarang!!

Kan best kalau bleh makan skali ngan Omar. Tunggu aku datang ye Omar ye.. kita masak sama2.


Comments seterusnya...