Telefon bimbit solar dan kalis air keluaran Sharp
oleh sorensen pada 05 Jun 2009 dalam teknologi
Telefon selular dan pantai mungkin bukanlah satu kombinasi yang bagus. Namun bagi mereka yang ingin sentiasa berhubung walaupun sedang bersantai di bawah sinaran matahari, telefon bimbit solar dan kalis air keluaran terbaru Sharp mungkin menjadi pilihan. Dijangka akan dikeluarkan pada Jun 2009 di Jepun melalui penyedia pekhidmatan tanpa wayar KDDI, telefon bimbit ini akhirnya telah mendapat nama jolokan Solar Ketai (bermaksud Solar Mobile) dan akan dilancarkan sebagai sebahagian daripada talian 'au'.
Modul solar LR0GC02 ternipis di dunia keluaran Sharp
Telefon bimbit ini akan menjadi yang pertama seumpamanya di dunia sebagai telefon kalis air yang mempunyai panel solar pada penutupnya. Panel solar ini juga merupakan produk terbaru keluaran Sharp, yang mana telah diumumkan sebagai panel solar untuk peranti mobil ternipis di dunia (hanya berketebalan 0.8mm). Ia diperbuat daripada polycrystalline silicon dan menghasilkan kuasa 300 milliwatts (mW). Panel solar ini mampu mengecas sehingga 80% kapasiti bateri dan mampu menukarkan kuasa daripada 10 minit dedahan kepada tenaga suria, untuk satu minit panggilan atau dua jam masa tunggu sedia. Model ini tidak akan mempunyai ciri skrin sesentuh seperti model telefon bimbit Samsung yang telah diumumkan memiliki kuasa solar Blue Earth. Namun disebabkan masih tiada tarikh pelancaran yang diumumkan oleh Samsung untuk model berkenaan, Sharp berjaya mendahului saingannya buat masa ini.
Solar Ketai keluaran Sharp ini dijangka akan dijual pada harga 40,000 hingga 60,000 yen (+/- USD420-USD630) dan akan dilancarkan oleh KDDI pada musim panas ini. Tiada sebarang butiran tentang pelancaran model tersebut di luar Jepun buat masa ini.
Dipetik dan diterjemah daripada Gizmag.com
Solar Ketai keluaran Sharp ini dijangka akan dijual pada harga 40,000 hingga 60,000 yen (+/- USD420-USD630) dan akan dilancarkan oleh KDDI pada musim panas ini. Tiada sebarang butiran tentang pelancaran model tersebut di luar Jepun buat masa ini.
Dipetik dan diterjemah daripada Gizmag.com
5 komen
-
sorensen
Jun 05, 2009 7:00 PTGtaknak kot pakai hp tu.. sbb takde touch screen hihih.. my p1i skrg lagi best..
@socasnov
Pautan
Label
#stop114a
(1)
awards
(1)
belasungkawa
(3)
berita
(2)
blackberry
(2)
crocs
(2)
dubai
(4)
hiburan
(22)
info
(28)
isp
(4)
jiwa
(72)
kehidupan
(90)
mamee sllrrrp
(4)
omar
(20)
pengumuman
(1)
peristiwa
(32)
sony ericsson
(8)
teknologi
(37)
telco
(8)
youthsays
(2)
Jun 05, 2009 3:30 PTG
menarik, jimat bil elektrik tp aku bhgia ngn telefon bimbitku skng.