TEKNOLOGI dan MARUAH

oleh sorensen pada 15 November 2008 dalam ,

Malam semalam aku benar2 terkejut dgn apa yg berlaku pada henfon aku. Rosak? Kalau rosak takdelah aku nak pakai perkataan "maruah" segala kan.. huhuh. Takde.. ni pasal masalah network service provider henfon yg mampu mengganggu gugat nama baik dan maruah kita.. harap2 korang akan take note dgn apa yg aku nak ceritakan ni ok..

Masalah tu bermula lebih kurang dalam pukul 11.45 malam, apabila aku terperasan pada screen henfon aku terpapar notice message successfully delivered. Ya, bukan aku tak biasa tengok notis tu setiap kali aku htr sebarang sms atau mms pd orang. Tapi malam tadi, notis tu tiba2 terkeluar tanpa aku ada menghantar sebarang message pun, dan nombor yg kononnya telah aku "hantarkan" message tu juga bukan nombor yg aku kenali. So pd mulanya aku buat dek aje la, sbb aku ingat masalah network biasa kan.

Tapi tak lama lepas tu, nombor yg terpapar kat screen henfon aku tu tadi tiba2 call. Aku jadi makin hairan la, so aku angkat aje. Caller nye sorang pompuan, yg tiba2 tanya aku ni siapa. Aku pun tanya dia gak sape tapi dia tanak bgtau. Yang mengejutkan aku, dia kata dia ada menerima MMS GAMBAR LUCAH DPD NOMBOR AKU!!!

Aku beristighfar, sbb dlm henfon aku mmg aku tak pernah simpan pun gambar2 mcm tu. So aku tak buang masa, lepas tu aku terus tanya dkt sebuah forum yg aku biasa pegi kat internet.. kot2 ada sesiapa yg pernah mengalami masalah sama. Aku bernasib baik sbb ramai yg membantu, ada yg bgtau tu masalah virus dan sebagainya. Dan kebetulan ada sorang dpd yg tolong tu bgtau dia mmg bekerja di company service provider tu. Dia minta maklumat peribadi aku sbb dia nak check kat ofis hari ni berkenaan transaksi panggilan dan mesej yang dah berlaku pada nombor aku pada masa tu semalam. Dan pagi tadi, dia inform kat aku bhw sbnrnya mmg nombor aku tak hantar sebarang mms pada sesiapa pun malam tadi.

Tapi ceritanya belum habis lagi. Petang tadi, aku terima satu sms dpd org yg tak dikenali. Katanya dia adalah teman lelaki pompuan yg call aku semalam tu. Mulanya dia mcm nak marah aku jugak la, tanya kenapa aku ganggu girlfriend dia. Then bila aku explain, baru dia mengaku bahawa sebenarnya DIA YANG HANTAR MMS TU KAT GIRLFRIEND DIA. Tapi kat screen henfon pompuan tu terpapar nombor aku sbg sender mms tu. Aku tergamam, sbb aku tak pernah sangka benda2 mcm ni akan berlaku pada aku.

Aku harap korang ambil la iktibar dpd cerita aku tu. Teknologi mmg tak dapat dipisahkan dpd kita hari ni, tapi kena ingat gak ttg kesan buruk dan bgmana sebenarnya teknologi tu boleh menggugat nama baik dan maruah kita. Masalah tu mungkin nampak simple (cuma crossline dlm network service provider) tapi cuba korang bayangkan.. kalau perkara ni dipanjangkan ke pihak atasan, tak mustahil aku boleh naik turun mahkamah semata2 utk menjernihkan air muka aku yg dah tercalar tu.

Kepada teman lelaki pompuan tersebut, aku nasihatkan supaya henti2kan la menghantar benda2 yg tak elok mcm tu melalui henfon. Mmg itu hal peribadi korang, tapi kena ingat gak kesan yg akan timbul sekiranya perkara2 yg tak diingini mcm ni berlaku. Tambahan pulak, apa faedahnya menghantar gambar lucah melalui mms walau dia tu girlfriend u sekalipun? (Tapi pelik kan, dia tau gambar tu dia yg htr.. tapi still accuse aku jugak kacau girlfriend dia. Cmne tu?)

Kepada service provider tu plak.. harap ambil perhatian tentang masalah ni. Bukan apa, sbb org mcm aku ni cuma pengguna biasa yg secara elok2 melanggan perkhidmatan korang. Kalau disebabkan melanggan perkhidmatan korang aku boleh didakwa, benda tu bukan cuma akan mencemarkan nama baik aku.. tapi jugak nama baik company korang sbb ianya timbul akibat masalah teknikal.

Haih... berat betul subjek yg aku baru belajar ni :)


5 komen seterusnya...

5 komen

  • sorensen

    hehe.. biasala ferr, hidup pun kne cool selalu. isk, tapi kalau ikutkan mmg la naik angin gak coz i mmg x salah kan..

    pape pun.. forum tu tetap biarlah rahsia ye.. ngee! :D

  • Tanpa Nama

    weh bahaya kalu mcm tu..tp yg si Boyfriend hantar benda2 mcm tu kat girlfriend tu apahal pulak? dah kemaruk sangat ke? he he

  • sorensen

    tu la pasal etomyam.. ms girlfriend dia call i tu, suara dia mcm ketakutan. means dia pun sbnrnya tak biasa receive benda cmtu. siap cakap lagi.. "ya allah sape la yg hantar mms ni kat saya"..

    boyfriend dia tu yg tengah sangap kot.. erkk..