Kisah Bicara Safiluk

oleh sorensen pada 24 November 2008 dalam

Sekarang mmg aku benar-benar percaya dgn keberkesanan karya seni. Penyampaian melalui ayat-ayat berlapik lebih ringkas, pd masa yg sama jauh lebih tajam daripada kata-kata yg terluah dalam perbualan harian. Seperti yg korang dah nampak dlm posting yg lalu, aku telah mencipta kisah tentang seorang manusia yang aku kononnya telah "kenali" sendiri perwatakan dirinya, serta mungkin serba sedikit tentang kehidupan peribadi dia dan teman hidupnya.

Benar, aku mmg tak pernah menjangkakan karya itu telah berjaya meracun fikirannya. Ia telah berjaya menjadi umpan utk aku melihat apa yg dia tidak berjaya selesaikan tentang aku (yg kononnya telah dia "kenali"), dan sejauh mana keberanian ia yang selama ini bacul dan selalu berselindung di sebalik batu hipokrit semata-mata kerana takut sekali dirinya dilupakan. Kepada yang seorang itu, tertancapnya mata kau sekali lagi, di laman ini pada hari ini telah menjadi KEJAYAAN AKU YANG KEDUA!

Apa yang aku ingin sampaikan selepas ini hanya ditujukan khas kepada seorang manusia, yang di sini akan ku gelarkan namanya sebagai Pangeran Safiluk Utara Borneo. Aku sabitkan dia atas kesalahan berlaku MUNAFIK. Bukan sekadar omong kosong, di sini aku kemukakan bukti kes terkumpul selama aku mengenali defenden Pangeran Safiluk. Ini genre yang berbeza. Buku lawannya ruas, justeru aku tahu inilah yang digemarinya.

I - Safiluk dan Persekitaran

Sekejap benar masa berlalu ya Safiluk? Belum lama rasanya aku mengenali kau daripada laman itu. Ya, laman yang satu tu! mungkin bukan lagi kelaziman kau datang ke situ sebab tempat tu dipenuhi masa lampau kau. Tapi apa kau ingat aku hairan? Sebagai orang yang sudah cukup mendalami perwatakan asal diri kau, rasanya aku tak perlu tahu dari mana kau dapat genetik KALINGGA itu. Sebab kau ni kalau bercakap, boleh dikiralah berapa banyak yang kau berani katakan mengenai kebenaran diri kau. Di mata orang lain, kau selalu ingin tampil hebat kan? Kegemaran kau, memperburukkan nama orang lain supaya kau la yang nampak paling sempurna di mata mereka, tak begitu? Tak perlu kau sentap bagai, aku dah muak dengan fiil kau. Dalam hidup kau, mana ada orang lain yang betul? Kawan sekerja kau, boss tempat kerja kau, "bekas-bekas" kau (kononnya) semuanya bagi kau teruk. Tapi apa saja yg kau berani buat? Ya, didepan orang kau kutuk2 pasal yang ni. Di depan yang lagi sorang.. kau kutuk2 yang lain pulak. Hey, siapa kawan kau sebenarnya selain daripada kaum keluarga kau? (yang aku tak tau kau kutuk di depan siapa pula?). Mengadu domba di sana sini, apa kau tak pernah rasa malu berperlakuan sebegitu pada usia HAMPIR 30 TAHUN?

II - Safiluk: Kenyataan dan Anganan

Kalau sudah perasan sempurna, pasti kita boleh lihat dari segi citarasanya. Lihat sahaja barangan yang diidamkannya. Aku sendiri pernah diminta oleh Safiluk utk memberi konsultasi tentang beberapa produk teknologi (bidang yang dia tahu memang aku sudah kuasai semenjak hampir 10 tahun). Walau dia mengakui dirinya sudah bergraduat daripada sebuah IPTA semenjak beberapa tahun lalu, sebenarnya dia seorang yang tersangatlah buta TEKNOLOGI (oh, itu zaman dia). Tapi apa kau ingat aku hairan? Kalau memang sudah tak berpengetahuan tapi suka tampil hebat, maruah pun kau sanggup gadaikan betul tak? Daripada laptop centrino (kau memilikinya 3 tahun selepas aku. Baru mampu?), NOKIA N95 (mulanya anganmu ingin melaram dgn E90 yang kau tak tau sebenar kegunaannya bukan. ya, aku masih ingat!), hingga yang terbaru CANON SLR 450D kau tu (yang secara dangkalnya kau bandingkan dengan SONY, HAIYO!!!), semuanya kau beli atas konsultasi aku kan? Lepas tu kononnya sekarang ni kau nak mengaku depan kawan-kawan kau, yang sebenarnya kau tu pandai la? Kenapa ya, ada sesetengah pemegang segulung ijazah ni pengetahuan dia sangat sempit jika dibandingkan dengan pemungut sampah di depan rumah? Itu barulah namanya memperbodohkan diri seperti badut di hadapan KELUARGA kau sendiri!

III - Sensitiviti dan Safiluk

Ada beberapa perkara yang tidak boleh disentuh langsung dalam hidup Safiluk ni. Pertama, tentang negeri asalnya (walau seingat aku, memang kegemaran dia sebenarnya menyalak di dalam tulisan). Tapi kalau sudah namanya aku, ada aku kisah? Kau nak menyalak, lantak pegi mampus la kau. Sebagaimana dia sayangkan negerinya, setaraf itu jugalah kutukan yang diberinya kepada orang yang berasal dari tempat lain. Kau dengar ya Safiluk. Apa kau ingat, orang negeri lain buta ke dengan masalah orang dari negeri kau? Sudahlah penuh dengan pendatang asing, ditambah pula fiil warga tempatan yang berfiil sama seumpama itu. Kau ingat aku hairan ya? Pernah tak kau tahu tentang masalah budak2 dari negeri kau bila sudah keluar dari kepompong utara tu? Sosial kau tau tak, budak perempuan dari negeri kau la yang paling banyak MENGANDUNG dalam ramai2 yang aku kenali dari sebuah negeri tu! Yang paling kuat beromen di luar kolej siapa kalau bukan budak dari NEGERI KAU? Ada kau berani cerita kat orang, ada kau berani nak ambil tau tentang perkara tu? NON ADO KEBERANIAN. Dengan itu, barulah difahami alasan kenapa kau terpaksa merempat ke negeri lain utk mencari JODOH (ke?).

IV - Seksualiti dan Safiluk

Kalau diungkit sedikit, berjelalah latah mulutnya laksana pondan yang baru belajar melatah menjadi perempuan. Namun, sesedikit mana pun pengetahuan aku tentang seksualiti manusia yang satu ini, mungkin sedikit lagi yang diketahui bakal teman hidup Safiluk tentang dirinya. Bukti kedua ada menyatakan tentang sifat suka berangan. Tidak terkecuali dalam perenggan ini. Walau sudah kononnya 60 peratus berjaya, Safiluk kelihatan belum mampu mengikis penuh masa silamnya dari menghantui diri. You can run, but you can't hide ;) Hey, apa kau ingat aku tak tau kau ada lagi kat laman tu? Ya laman yang satu tu. Sedar diri sikit boleh tak, yang kau dok menempel lagi kat situ kenapa? Dalam tulisan bukan main lagi mengutuk aku pasal benda satu ni, tapi yang kau bukak tu apa? Takpe aku faham, mesti duit elaun pedalaman kau dah habis buat makan dekat restoran besar dengan beli gadget yang kau tak reti pakai, sampai kau tak mampu beli CERMIN utk tengok muka sendiri, kan Safiluk? Kalau takdir menyebelah aku (sekali lagi) maka suatu hari nanti akan pengsanlah si perempuan itu seraya terbuka LAMAN CIPTAAN BERPUAKA tulisanmu, apabila melihat bahasanya! Itu belum diambilkira andaikata si dia ingin belajar mendalami ilmu baru yang perlu diketahuinya. Hah? Kau mampu ke bagi tunjuk ajar padanya dalam keadaan kau seperti itu. Permisi ya, aku PENGSAN seketika!

V - Safiluk: Suatu Kesimpulan

Mungkin banyak faktor yang membolehkan Safiluk mengakui konon dirinya dicemburui. Namun demikian, pada kebanyakan masa dia sebenarnya terlalu kuat berimaginasi. Mekanisme bela diri yang telah melekap sekian lama dalam dirinya, tanpa dia sedari membuatkan dirinya dirasakan terlalu sempurna di mata orang lain. Hey, kau ingat kau cantikkah Safiluk? Apa kau ingat laman kau itu murai.com.my versi kau? Apa kau ingat semua orang yang meluat dengan kau tu dengki kat kau ke? Ambillah kira aku. Aku tak hairan dengan apa yang ada pada kau Safiluk. Lima isi rumahku pekerjaannya sama sepertimu, dan aku dibesarkan dengan pendapatan dari pekerjaan itu. Tapi pernahkah kau ingat bagaimana keadaanmu sebelum ini? Pernah kau rasai apa yang pernah aku miliki? Pernahkah pengetahuanmu (selain pekerjaan) dimanfaatkan utk orang lain sebagaimana yang aku beri walau jasaku tak pernah dihargai? Tolonglah, pada firasat aku, masih ada seseorang yang perlu diselamatkan daripada menjadi mangsa kemunafikan kau yang memang sudah tertanam sejak *****!

Penutup

Nama penaku SoReNsEn, dan ini adalah pengakhiran kepada Kisah Bicara Safiluk naskhah yang pertama. Kisah ini belum tamat. Satu lagi jawaban sedang ku tunggu sebelum jawaban lain aku berikan pada kalian, dengan harapan kisah ini akan bisa lebih dikukuhkan.


Comments seterusnya...