DURIAN pun nak kecoh ke?

oleh sorensen pada 31 Julai 2008 dalam ,

Aku berbulu betul dgn orang yg selalu kutuk2 buah ni, sbb buah ni mmg feveret aku. Tapi itu la yg berlaku semenjak minggu lepas. Ya, hanya kerana buah durian aku rasa direndah-rendahkan, kalau dgn foreigner takpe.. ni org yg sebangsa dgn aku!

Durian yg menjadi kontroversi (gred D24 ok, ingat calang2 ke?)

Ceritanya bermula masa aku dgn shahrul keluar ke midvalley hari sabtu lepas. Saje jalan2 sbnrnya, tak terfikir plak on the way ke situ tetiba aku asik teringatkan durian. Seolah2 memanggil bau tu, bila menjejakkan kaki menuju ke jejantas midvalley. Utk pengetahuan kat carrefour midvalley mmg menjual durian sepanjang tahun, mana diorg dapat stok aku pun xtau. Durian kawin kot, sbb tu tak bermusim. Satu bekas (mcm dlm gmbr tu) harganya rm15, tapi memandangkan shahrul pun beli skali dia bagi la rm10 satu bekas. Kuar dpd midvalley tu aku ngan shahrul selamba jela, bt mcm xde pape yg berlaku.

Tah tetiba, kedengaranla suara2 sumbang beberapa org "bumiputera" ni yg menyebut2 nama durian masa ktorg tgh tunggu komuter. Pastu ada brp org lagi yg dah mula buat muka, tapi takde la pandang kat ktorang sbb diorg tak tau bau tu dtg dpd mana. Aku dgn shahrul pun rs semacam la, sbb xtau rupanya ktorang ni dikelilingi oleh "mat saleh berangan" yg kononnya tak pernah cium bau durian. Sampai ktorang terpaksa bubuh mende tu kat bawah kerusi dlm komuter, sbb takut org terhidu bau dia.

Tu tak habis lagi. Beberapa hari lepas (dan juga hari ni) ada sorang tauke chinese ni dan wife dia jual durian kat fakulti aku. Dah dikeluarkan isinya, dan harga rm4 je sebekas. Maunye aku tak beli kan. Dan yes, masalah "mat saleh berangan" rupanya bukan berlaku kat luar je, malah dlm universiti ni pun ramai jugak rupanya! Dlm bas ada la brp org yg tegur bau durian dgn nada yg bengang sambil kipas2...

Perkara ni buat aku terfikir.. ada apa sebenarnya dgn durian? Menyampah aku tengok org melayu sendiri yg bencikan buah tu, mcm la aku tak tau 95% dpdnya mmg berasal dpd ceruk2 kampung dpd seluruh malaysia ni. Aku tak kisah sgt kalau ada yg xpandai makan durian, tapi boleh tolong tak supaya jgn buat penggemar durian mcm aku ni, rasa mcm penjenayah setiap kali aku bawak buah tu? Buah tu mahal ok, yg dok kutuk2 tu.. tak reti nak makan ke ataupun tak mampu nak beli sebenarnya? Piiraaah!

Kalau la lepas ni tetiba ada undang2 yg mengharamkan rakyat malaysia makan durian, aku bersumpah aku akan bawak semua org yg aku pernah jumpa makan BELACAN depan aku ke mahkamah kerana menyebabkan aku terbersin!!


10 komen seterusnya...

10 komen

  • add_asyraf

    i think kan...kalo ade org berangan mat saleh yg x leh bau durian...u amik durian tue tonyoh jer kat mulut die...tue semua taktik jer nak berangan...tah tah kat umah siap bekas tue dijilatnye...huhu...sedapnye durian...

  • sorensen

    mmg ingat nak buat cmtu pun sbnrnya asyraf.. supaya dia bleh ingat balik apa yg dia selalu suap dlm mulut dia ms kecik kat kampung dulu.. takleh salahkan diorg, diorg cuma "hilang ingatan" je tu..

    :P

  • Tanpa Nama

    terus terang aku alergi gak bau durian.. bau dia jer buat aku pening pale.. tapi kalu dah terbau tu, xdelah la sampai nak kecoh2..diam2 udah ler..bukan boleh disekat bau tu..betol x?? kalu xnak bau, pinjam baju angkasawan kat dr sh. muzafar.. :P

  • sorensen

    tu la khai.. mcm yg aku bgtau aku xkisah kalau ada yg xleh mkn durian.. nak wat cmne kan.. tapi ni tak, dkt public dok merungut2.. malu la org yg bawak durian tu.. mcm jadi kesalahan plak sbb makan buah tu..

  • Tanpa Nama

    aku rasa anatara sebabnya sebab dorg xmampun beli durian yang mahal 2... kan epal lagi murah... mane xmurah, import dari china... anggur pun murah skang ni... so berangan la org2 yang mcm 2, katenyer busuk la pae la... padahal, xmampu n berangan jadi omputih.... chooyyyy

  • sorensen

    kan dbong.. org cmtu, kalau tetiba dpt durian family dia kirim dpd kampung.. harus smp kulit2 durian tu dijilatnya..

    LICIIINNN... wakakaka!!!

  • Tanpa Nama

    hahahahha..kesian ngan soren, sabar yer. Mat Saleh Celup memang perasan, tapi kan bau durian seribu kali lebih baik dr bau mulut ! Ahaks ! Ader org tu lagi tak sedar diri, mulut bau longkang tapi ckp air liur terpercik-percik.. hehehehe