Ayat-ayat Cinta - Best!

oleh sorensen pada 13 Julai 2008 dalam

Mulanya aku malas nak tengok citer ni. Betul... tapi bila dah dapat recommendation yg berapi2 dpd merza minggu lepas.. aku dgn rela hatinya download la dpd youtube (ada 13 part semuanya) dgn harapan agar ceritanya berbeza dpd cerita2 cinta dlm sinetron biasa dr indonesia.

Dan.. ya.. mmg tak sama. Sepanjang hampir 2 jam durasi filem ni, ia berjaya membuatkan aku menangis sebanyak 5 kali.

Cerita ni mengisahkan tentang cabaran seorang lelaki bernama Fahri, seorang pelajar Universiti Al-Azhar Mesir. Dia sangat komited terhadap semua perkara dalam hidupnya, namun sangat takut tentang satu perkara iaitu perkahwinan. Apabila dia melanjutkan pelajarannya ke mesir, dia telah ditemukan dgn 4 orang wanita iaitu nurul, noura, aisha dan maria (seorang wanita beragama kristian). Kekuatan filem ini terletak pada bagaimana karakter Fahri menghadapi masalah cinta terhadap 4 wanita yg berlainan sifat dan latar belakang, di samping latar filem itu sendiri yang bercirikan kehidupan seharian tipikal di mesir.

Soundtrack filemnya juga tidak mengecewakan. Sebenarnya masa 1st time aku dgr soundtrack filem ni aku tak faham maksud liriknya, sehinggalah aku menonton sendiri filem tersebut. Dua buah soundtrack meletop tersebut bertajuk Ayat ayat Cinta dan Takdir Cinta (nyanyian Rossa).

Rossa - Takdir Cinta

Ku tutup mataku
Dari semua pandanganku
Bila melihat matamu
Kuyakin ada cinta
Ketulusan hati
Yang mengalir lembut

Penguasa alam
Tolonglah pegangi aku
Biar ku tak jatuh
Pada sumur dosa yang terkutuk
Dan menyesatkan cintaku

(Chorus)
Andaikan ku bisa
Lebih adil pada cinta kau dan dia
Aku bukan nabi yang bisa sempurna
Ku tak luput dari dosa

Biarlah ku hidup seperti ini
Takdir cinta harus begini
Ada kau dan dia bukan ku yang mau
Oh tuhan tuntunlah hatiku



6 komen seterusnya...

6 komen

  • Tanpa Nama

    kalo soren menangis 5x, aku pun tak tau berkali-kali aku menangis tgk citer tu, paling tharu part yg isteri fahri, aishah sdiri tlg prepare utk wedding husband die n maria, siap bagi cincin kahwin diorang utk disarungkan pada maria..pengorbanan cinta sejati..HuH