Jemputan ke Google+
oleh sorensen pada 15 Ogos 2011 dalam info
Sebagaimana yang mungkin telah korang semua ketahui, Google+ adalah sebuah rangkaian sosial terbaru yang diperkenalkan oleh Google. Buat masa ini ia masih lagi di peringkat percubaan, dan pendaftaran di laman sosial ini sangat terhad iaitu hanya boleh dilakukan melalui jemputan sahaja pada masa sekarang. Wujudnya Google+ akan memberikan nafas baru dan saingan kepada laman sosial popular sedia ada seperti Facebook dan Twitter. Pasti ada yang tertanya-tanya, mengapa perlu ada Google+ sedangkan sudah ada Facebook yang telah terbukti berfungsi sebagai rangkaian sosial yang berkesan? Kalau ditanya pada aku, setelah beberapa hari mengkaji sistem penggunaan Google+ aku mendapati terdapat beberapa perbezaan dan pembaharuan features berbanding Facebook. Perbezaan utama terletak pada cara kita berinteraksi dengan kenalan di dalam senarai. Google+ tidak menggelarkan teman kita sebagai "friends" sebagaimana Facebook tetapi mereka dikenali sebagai "circles". Kita bebas untuk meletakkan sesiapa sahaja ke dalam "circles" yang kita inginkan tanpa perlu menunggu mereka meluluskan permintaan kawan. Dan sekiranya mereka juga beminat untuk mengetahui updates yang kita tulis pada stream maka mereka juga boleh memasukkan kita ke dalam "circles" mereka. Perlu diingatkan juga bahawa kita boleh mencipta sebanyak mana "circles" yang kita ingini dan meletakkan hanya pengguna-pengguna tertentu sahaja di dalamnya. Sebagai contoh, kita boleh mengasingkan teman sekolah, teman sekampus dan ahli keluarga ke dalam "circles" yang berbeza. Oleh yang demikian, setiap kali kita hendak menulis update kita boleh memilih "circles" yang mana sahaja boleh melihat update tersebut.
Sistem borak melalui webcam di Google+ pula dikenali sebagai "Hangouts". Mengapa digelar "Hangouts" dan bukan video call seperti di Facebook? Ini kerana fungsi "Hangouts" membolehkan kita membuat panggilan video kepada lebih daripada seorang teman pada satu-satu masa. Dari sudut ini, walaupun Facebook baru sahaja memperkenalkan fungsi integrasi video call tidak berapa lama dulu namun nampaknya fungsi tersebut sudah agak ketinggalan. Selain itu terdapat juga fungsi-fungsi lain seperti "sparks" dan permainan yang belum aku cuba setakat ini.
Dengan ini, aku menjemput korang yang berminat untuk turut sama menyertai Google+ dan mencubanya sendiri. Cuma tinggal dalam 140 jemputan melalui akaun aku. Sebelum mendaftar pastikan korang login ke dalam akaun Google terlebih dahulu (jangan logout) dan kemudian barulah klik pada invitation link di bawah. Siapa cepat dia dapat! :)
Zon Inggar bersama Kak Lehot
oleh sorensen pada 27 Jun 2011 dalam hiburan
Adakah korang berasal dari Sarawak? Atau memiliki ramai teman dan sahabat dari Sarawak dan mengaku korang sangat memahami bahasa melayu Sarawak dengan excellent? Sekiranya korang fikir begitu, sila fikir sekali lagi.
Adakah pemahaman bahasa melayu Sarawak anda setanding dengan KAK LEHOT? KAWU TEK KACAK MADAH KO MPUN PANDEY KAKAR SERAWAK???
Hahahaha!
Aku sendiri baru tahu tentang kewujudan segmen ini beberapa minggu lepas melalui seorang kawan. Dan apa yang aku tak tahu, rupa-rupanya segmen ini memang sudah menjadi buah mulut rakyat Sarawak sejak ia disiarkan bermula awal Mei lepas setiap pagi di CATS FM. Segmen ini berkisar tentang seorang watak wanita tua dikenali sebagai Kak Lehot (identiti sebenarnya tidak diketahui) yang akan berceloteh mengenai pelbagai isu semasa. Berbekalkan tagline "Kau Tek Kacak?" (yang bermaksud "Cantikkah Kau?"), berserta loghat bahasa melayu Sarawak yang sangat pekat dan kadang kala aku sendiri pun tidak memahami sesetengah istilah yang digunakannya, ditambah pula dengan gaya penyampaian watak ini yang mengajuk cara tipikal membebel ala-ala golongan warga emas melayu Sarawak, tidak dinafikan setiap episod membuatkan para pendengar yang memahami apa yang diperkatakan watak ini tidak kering gusi.
Zon Inggar bersama Kak Lehot ("inggar" bermaksud "menyampah") boleh diikuti setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 8.30 pagi (ulangan 9.30 pagi) di CATS FM. Ia juga boleh didengar secara online melalui laman web CATS FM (http://www.catsfm.my/).
...dan juga di Youtube (http://www.youtube.com/user/sisorensen)
Siapa tuan punya channel Youtube tu tak penting. Yang pastinya, SITOK KU NYETEREKA MUKA KO SIA! KAU TEK KACHAKK??? Hahahahahahaha!!!
Zon Inggar bersama Kak Lehot
2011-06-27T23:41:00+08:00
sorensen
hiburan|
Comments
seterusnya...
Antara cinta & keluarga
oleh sorensen pada 17 Jun 2011 dalam jiwa
Bila aku mula bersuara bisu di sini, bermakna memang aku sudah tiada tempat lain untuk mengadu. Kecuali ya, cuma beberapa orang teman rapat saja yang tahu perihal perit ini secara terperinci.
Ke mana aku nak pergi?
Kata orang keluarga itulah segalanya. Dari ibu bapa kita dilahirkan, dan pertalian darah antara saudara pula tak akan putus biar berpatah arang sekalipun. Tapi bagaimana pula kalau suatu hari tiba-tiba kita menyedari, andai ada sesuatu di luar sana yang mampu menjadi punca kebahagiaan yang memenuhi satu ruang kosong dalam hati?
Tanpa menyedari, sesuatu itu adalah satu cebisan kisah pahit saudara sendiri?
Ini pertama kali aku mengalaminya. Dan ia sangat menyakitkan, bahkan aku sendiri tak pernah menyangka akan terjebak dalam kisah cinta seperti ini. Apa dunia ini terlampau kecil sehingga aku perlu dipertemukan dengannya? Dan kalau itu belum memadai, insan itu juga tetap tidak lari dari kelemahan-kelemahan yang pernah aku temui sebelumnya. Kenapa aku perlu melalui semua ini, apa memang tidak wujudkah jalan kebahagiaan lagi untuk aku?
Kadang-kadang aku semakin penat dipertemukan dengan orang yang salah. Aku penat untuk berkorban, memberikan komitmen sehabis baik dan menghabiskan waktu dengan harapan akhirnya pengorbanan aku akan dihargai. Walhal aku tak pernah sekalipun mengharapkan apa-apa balasan material, cukuplah seandainya cinta yang aku beri pada seseorang itu terbalas dengan cara yang wajar.
Atau memang aku silap kerana memaksa diri menjadi terlampau setia pada seseorang, sehingga pada satu tahap aku merasa diri sendiri sudah tiada nilainya dan langsung tidak berguna? Mungkin juga wujudnya aku di atas muka bumi ini semata-mata untuk berkorban demi kebahagiaan orang lain? Dan andaikata pengorbanan ini mampu membahagiakan kamu saudaraku, biar aku berkorban. Walaupun sangat sukar melupakannya, kerana untuk seketika dia pernah membantu melenyapkan kesakitan lama dari hatiku. Kali ini, cuma masa yang akan menentukan kalau aku masih layak, dan sudi menerima cinta lagi. Kepercayaan yang ada dihadapan bagiku sekarang hanyalah jalan-jalan kegelapan.
Kerana aku sudah terlalu penat untuk berkorban.

2011-06-17T00:09:00+08:00
sorensen
jiwa|
Comments
seterusnya...
Belasungkawa Kunaini Bohri (1984-2011)
oleh sorensen pada 01 Jun 2011 dalam belasungkawa, jiwa, kehidupan
Sahabat,
Kau pernah membuat aku ketawa. Mana mungkin aku lupa?
Aku mengenalimu sejak tingkatan 4, dan sehingga sejak ini aku dan teman-teman kita tak pernah melupakanmu. Siapa mungkin bisa lupa Kunaini Bohri, yang lawak jenaka lucunya tidak pernah membuat kami kering gusi bersama kamu. Sebut saja dari dalam kelas, sehinggalah di luar malah di rumahku juga kau tak pernah berhenti membuat aku ketawa. Malah, ibuku pernah berkata pada kamu. Andaikata di rumah ini dia tidak pernah mendengar aku ketawa seperti itu sehinggalah kamu datang ke sini. Itulah yang aku kenang, Kunai.
Kau pernah membuat aku kagum. Mana mungkin aku lupa?
Hahah. Sejak kita bertemu kembali dalam beberapa tahun kebelakangan, nampaknya kau sudah begitu berjaya dengan bisnes itu. Malah kau pernah memujukku untuk menyertainya tapi aku enggan. Apalah dayaku yang belum bekerja ini, ingin menyertai perniagaan bermodal besar seperti itu? Dan pernah juga beberapa ketika aku berdolak dalih denganmu dengan pelbagai alasan untuk tidak menyertai apa yang kau telah promosikan itu tapi aku masih enggan. Namun begitu, aku tumpang gembira melihat kejayaanmu. Ketika hayatmu kau sempat menjelajah ke beberapa negara hasil titik peluh dan usahamu, sememangnya rezeki yang Allah turunkan kepadamu kerana kau seorang yang tabah, dan tidak mudah patah semangat untuk memperbaiki mutu hidup keluargamu. Itulah yang aku kenang, Kunai.
Dan hari ini, kau membuatkan kami semua terkedu.
Entri ini akan menjadi kenanganku buat selama-lamanya. Rata-rata teman kita sukar mempercayai kau telah tiada lagi bersama kami. Pahit bagi kami menerima pemergianmu, aku rasa lebih pahit lagi buat ahli keluargamu untuk menerimanya. Kunai, kamu tidak pantas meninggalkan kami secepat ini. Kenangan persahabatan kita terasa masih terlalu baru, dan rasanya aku masih belum sempat untuk meminta maaf kepadamu atas segala kesalahan yang pernah aku lakukan. Aku sayangkan kamu sahabatku, walau apapun yang pernah aku lakukan dan perkatakan tentangmu.

Dan andaikata ini warkah pertama dan terakhir yang pernah akan kutujukan kepadamu, walau tidak sempat memohon maaf sekalipun, izinkanlah aku menyedekahkan Al-Fatihah. Sebagai tanda aku sangat menyayangimu. Semoga kau tenang di alam baqa'. Segala kemesraan, senda gurau dan gelak tawamu pasti akan sangat kami rindui.

2011-06-01T16:57:00+08:00
sorensen
belasungkawa|jiwa|kehidupan|
Comments
seterusnya...
Alyah - Kisah Hati
oleh sorensen pada 28 April 2011 dalam hiburan
So, ini kot rasanya music video lagu melayu pertama dalam tahun 2011 yang berjaya mencuri perhatian aku. Mula-mula tengok kat facebook, dan 1st time tengok tu nampak macam biasa-biasa je sebab tak tengok betul-betul lagi. Tapi bila dah tengok 2-3 kali, ambik kau... berulang-ulang la sampai berpuluh kali katanya. Sebab lagu ni memang sangat sedap dan sinematografinya tersangatlah dramatik. Isk... tatau nak kata apa, memang best. So, layan jelah~
Alyah - Kisah Hati
Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu
Menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Oh... Oh... Oh...
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya
Alyah - Kisah Hati
2011-04-28T20:59:00+08:00
sorensen
hiburan|
Comments
seterusnya...
@socasnov
Pautan
Label
#stop114a
(1)
awards
(1)
belasungkawa
(3)
berita
(2)
blackberry
(2)
crocs
(2)
dubai
(4)
hiburan
(22)
info
(28)
isp
(4)
jiwa
(72)
kehidupan
(90)
mamee sllrrrp
(4)
omar
(20)
pengumuman
(1)
peristiwa
(32)
sony ericsson
(8)
teknologi
(37)
telco
(8)
youthsays
(2)