Zon Inggar bersama Kak Lehot

oleh sorensen pada 27 Jun 2011 dalam

Adakah korang berasal dari Sarawak? Atau memiliki ramai teman dan sahabat dari Sarawak dan mengaku korang sangat memahami bahasa melayu Sarawak dengan excellent? Sekiranya korang fikir begitu, sila fikir sekali lagi.

Adakah pemahaman bahasa melayu Sarawak anda setanding dengan KAK LEHOT? KAWU TEK KACAK MADAH KO MPUN PANDEY KAKAR SERAWAK???

Hahahaha!


Aku sendiri baru tahu tentang kewujudan segmen ini beberapa minggu lepas melalui seorang kawan. Dan apa yang aku tak tahu, rupa-rupanya segmen ini memang sudah menjadi buah mulut rakyat Sarawak sejak ia disiarkan bermula awal Mei lepas setiap pagi di CATS FM. Segmen ini berkisar tentang seorang watak wanita tua dikenali sebagai Kak Lehot (identiti sebenarnya tidak diketahui) yang akan berceloteh mengenai pelbagai isu semasa. Berbekalkan tagline "Kau Tek Kacak?" (yang bermaksud "Cantikkah Kau?"), berserta loghat bahasa melayu Sarawak yang sangat pekat dan kadang kala aku sendiri pun tidak memahami sesetengah istilah yang digunakannya, ditambah pula dengan gaya penyampaian watak ini yang mengajuk cara tipikal membebel ala-ala golongan warga emas melayu Sarawak, tidak dinafikan setiap episod membuatkan para pendengar yang memahami apa yang diperkatakan watak ini tidak kering gusi.

Zon Inggar bersama Kak Lehot ("inggar" bermaksud "menyampah") boleh diikuti setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 8.30 pagi (ulangan 9.30 pagi) di CATS FM. Ia juga boleh didengar secara online melalui laman web CATS FM (http://www.catsfm.my/).

...dan juga di Youtube (http://www.youtube.com/user/sisorensen)

Siapa tuan punya channel Youtube tu tak penting. Yang pastinya, SITOK KU NYETEREKA MUKA KO SIA! KAU TEK KACHAKK??? Hahahahahahaha!!!


Comments seterusnya...