Alyah - Kisah Hati
oleh sorensen pada 28 April 2011 dalam hiburan
So, ini kot rasanya music video lagu melayu pertama dalam tahun 2011 yang berjaya mencuri perhatian aku. Mula-mula tengok kat facebook, dan 1st time tengok tu nampak macam biasa-biasa je sebab tak tengok betul-betul lagi. Tapi bila dah tengok 2-3 kali, ambik kau... berulang-ulang la sampai berpuluh kali katanya. Sebab lagu ni memang sangat sedap dan sinematografinya tersangatlah dramatik. Isk... tatau nak kata apa, memang best. So, layan jelah~
Alyah - Kisah Hati
Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu
Menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Oh... Oh... Oh...
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya
Alyah - Kisah Hati
2011-04-28T20:59:00+08:00
sorensen
hiburan|
Comments
seterusnya...
Facebook bakal ditutup 15 Mac?
oleh sorensen pada 11 Januari 2011 dalam info
Penat. Letih. Aku dah bosan nak memekak pasal benda ni di facebook sejak semalam. Pada mulanya aku fikir perkara ni akan reda selepas beberapa jam, namun demikian kelihatannya masih ramai lagi yang begitu bangang menyoal tentang kebenaran facebook akan ditutup di wall masing-masing, menyebabkan darah aku semakin menyirap dan hampir melimpah ruah melihat gelagat orang-orang kita.
Persoalannya, kenapa agaknya berita ini begitu cepat tersebar?

Adakah kerana laman Weeklyworldnews ditulis dalam bahasa Inggeris ditambah dengan sifat xenosentrism yang memang menebal dalam kalangan masyarakat Malaysia?
Mesti ada yang melatah. Mesti akan ada yang cuba nak maki hamun aku bila aku kutuk orang Malaysia bangang sebab cepat sangat percaya pasal benda ni. Tapi hey hey hey...! Tunggu dulu. Aku tak cakap macam tu aje ok? Selak mata korang luas-luas, tengok statistik orang yang cari keyword pasal benda ni, paling tinggi dari region mana sejak berapa hari yang lepas?
Suka tak?
Tak cukup dengan tu, media mainstream pun tumpang sekaki jugak!!!
Kagum kan?
Kadang-kadang aku pun bingung macam mana benda macam ni boleh berlaku. Teruk sangatkah pemahaman laras bahasa di kalangan masyarakat kita sampaikan ke satu tahap tidak ramai yang mampu faham yang mana suatu laras bahasa dalam bahan bacaan itu boleh dipercayai ataupun tidak? Apa kau ingat ilmu membaca sesuatu itu cukup sekadar pandai mengeja dan membuka kamus?
Peduli apa pasal laras bahasa? Kalau dah bangang tu bangang jugak la kan? Sebab bangang sangat la yang ramai guna ilmu hitam pun daripada orang kita jugak, tak gitu?
Senang cerita macam ni lah. Kalau pun malas sangat nak pening-pening nak belajar pasal bahasa, sekurang-kurangnya ringan-ringankanlah tangan korang, terutamanya jenis-jenis kepochi tu untuk membuka Google. Tak susah. Mencari bahan bacaan alternatif untuk sesuatu maklumat yang diterima itu sangat mudah, berbanding dengan kesan yang akan timbul sekiranya korang turutkan rasa BODOH korang yang kecoh tak bertempat tu. Dapat maklumat sikit, kecoh kat Facebook. Kecoh kat Twitter. Dan akhirnya, 1malaysia dapat impak tindakan bodoh korang tu. Itu yang korang suka kan?
Pesanan terakhir khas untuk golongan kepochi-kepochi tersebut...
Kalau lepas ni ada lagi yang sibuk nak tau benda ni betul ke tak, aku cadangkan korang deactivate akaun facebook korang sekarang dan lepas tu bolehlah pergi mati.
Terima kasih!
Facebook bakal ditutup 15 Mac?
2011-01-11T01:19:00+08:00
sorensen
info|
Comments
seterusnya...
Perutusan 2011
oleh sorensen pada 01 Januari 2011 dalam jiwa, kehidupan, peristiwa
Sebagaimana status yang tertulis di facebook beberapa hari yang lalu. Begitu banyak sekali perkara yang hendak diceritakan, begitu banyak sekali ruang yang ada di sini, namun agak malang sekali begitu sedikit daripadanya yang boleh disampaikan kepada orang. Dan sebagaimana banyaknya perubahan yang berlaku terhadap genre serta interface blog ini sepanjang tahun 2010, sebanyak itu jugalah usaha yang telah cuba aku lakukan untuk mengubah kebiasaan format penulisan yang pernah aku gunakan selama lebih 3 tahun menulis di sini. Dan untuk mengekalkan tradisi tahun-tahun sebelumnya, entry sempena tahun baru tetap akan aku tulis dengan unsur-unsur peribadi sepenuhnya.Entry ini dalam perancangan sepatutnya ditulis dalam bentuk kronologi. Tapi lepas difikirkan, cukuplah semuanya dilalui sekali sahaja. Membaca kembali entry-entry lepas pun tidak terperi sakitnya, apa lagi hendak menceritakannya kembali. Jadi aku batalkan saja niat itu.
Seboleh-bolehnya aku ingin sekali menghindar daripada bercerita tentang cinta yang telah berlaku pada tahun lalu. Tapi bohonglah kalau aku tidak kisah tentangnya, kerana sebahagian daripada cerita-cerita itu telah banyak mengubah aku menjadi apa yang ada sekarang. Pengalaman dalam tahun lalu banyak memberi pengajaran kepada aku bahawa cinta boleh berbeza-beza mengikut kehendak seseorang. Ada orang bercinta untuk mengubati rasa sunyi. Ada orang bercinta untuk memuaskan nafsu serakah. Dan ada juga yang bercinta kerana mahu mengambil kesempatan. Tapi apa yang aku tak tahu, ada sesetengah orang memilih untuk bercinta kerana takut dihantui cerita masa lalu. Dan tak terkecuali akulah orang itu. Kalau sebelum ini, pada aku cinta barulah yang akan menyelesaikan semuanya. Tapi akhirnya, tidak juga. Bahkan harga yang aku terpaksa bayar untuk cinta kali ini agak mahal, iaitu kehilangan hampir semua kepercayaan terhadap cinta-cinta yang akan datang. Bagaimana semua ini akan berubah kembali, biarlah masa saja yang menentukan.
Berakhirnya pengajian di UPM dalam tahun lalu bermakna berakhir jugalah zaman mengecapi kemanisan hidup di universiti. Walaupun aku pernah menyuarakan kerisauan tentang kesediaan untuk mengharungi kehidupan selepas belajar, tapi kehidupan selepas bergraduat tidaklah seteruk yang aku gambarkan. Memanglah, mencari dan menanti peluang pekerjaan bukan sesuatu yang menyeronokkan apatah lagi hendak dilakukan lama-lama. Tapi dengan situasi sekarang, tak banyak yang dapat dilakukan. Cuma aku tak sabar-sabar nak memulakan hidup bekerjaya. Nak pegang duit sendiri, nak beli apapun tak ada orang melarang. Yang penting, kalau ada rezeki beberapa bulan sekali aku akan turun ke KL menjengah kawan-kawan di sana. Aku rindukan mereka sepanjang masa. Cuma mungkin bukan rezeki aku untuk bekerja di sana, sebab aku mengambil keputusan untuk bekerja dan menetap dekat dengan keluarga. Sudah sampai masanya untuk berhenti merantau dan mula berbakti.
Walaupun tak dinafikan secara semulajadi aku memang rebellious (berjiwa penentang), tapi tidak pernah pula aku merasakan sisi penentang itu boleh menjadi sebagus yang telah aku bentuk dalam tahun ini. Aku merasakan sekarang aku lebih berani. Berani untuk menyuarakan pendapat, rasa tidak puas hati dan berani mengambil risiko untuk melakukan perubahan. Dan hasilnya, situasi hubungan kekeluargaan di rumah juga sudah boleh dirasakan perbezaannya. Berbanding sebelum ini ketika semuanya penuh dgn rahsia dan terlampau diskrit, sekurang-kurangnya apabila aku memberanikan diri untuk mengubah situasi itu keadaan menjadi bertambah baik dan nasib aku di mata ahli keluarga juga menjadi semakin terbela.
Tahun 2010 juga memperlihatkan aku telah mendaftar menjadi pengundi. Aku hargai bantuan seorang sahabat siber yang telah aku kenali lebih 4 tahun kerana banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar sehingga hatiku terbuka untuk melakukan perkara itu, yang sebelum ini lama aku rasa tidak akan mendatangkan sebarang faedah untuk dilakukan dalam negara satu parti politik dominan seperti negara kita. Alhamdulillah, semoga ini petanda bertapaknya selangkah lagi kematangan dan titik permulaan kepada satu perubahan.
Aku tak mahu berselindung tentang azam untuk tahun yang baru bermula ini. Yang aku mahu hanyalah pekerjaan, rezeki, duit, duit dan duit. Aku tak mahu mengharapkan perkara lain buat masa sekarang. Walau apapun yang berlaku, laptop yang uzur ini harus diganti dengan yang baru. Ya, 2011 bakal menjadi medan peperangan untuk mendapatkan duit a.k.a pekerjaan. Ada cabaran besar yang sedang menunggu di hadapan.
Selamat Menyambut Tahun Baru 2011. Sempena tahun baru ini aku doakan semoga keluarga, teman dan sahabat sekalian sentiasa dikurniakan lindungan dan limpahan rahmat dari Allah s.w.t.
Perutusan 2011
2011-01-01T03:20:00+08:00
sorensen
jiwa|kehidupan|peristiwa|
Comments
seterusnya...
MadnessDeal.com - Sepakat membawa JIMAT!
oleh sorensen pada 23 Disember 2010 dalam info
Begitulah lebih kurang kesimpulan aku terhadap laman online shopping ini. Konsepnya agak baru, tapi sangat mudah untuk difahami. MadnessDeal.com mengamalkan sistem pembelian pukal secara berkumpulan dengan harga diskaun terhad, di mana tawaran harga rendah untuk sesuatu produk atau servis itu akan diperolehi sekiranya jumlah para pelanggan yang bersetuju menempahnya mencapai sasaran yang telah ditetapkan sahaja. Sekiranya gagal mencapai sasaran pelanggan yang ditetapkan, maka tawaran tersebut akan ditutup dan para pelanggan yang telah membuat penempahan tadi tidak akan berjaya mendapatkan produk/servis tersebut pada harga istimewa yang telah ditawarkan.Pada masa ini, hanya satu produk yang ditawarkan pada satu-satu masa. Aku memilih untuk mendaftar di laman ini sebagai persediaan sekiranya ada di antara produk yang hendak ditawarkan itu nanti menepati keperluan atau kehendak aku. Siapa tahu mereka mungkin bakal menawarkan gadget berteknologi tinggi pada harga di luar jangkaan?
Jom, daftar DI SINI sekarang!
MadnessDeal.com - Sepakat membawa JIMAT!
2010-12-23T00:55:00+08:00
sorensen
info|
Comments
seterusnya...
BlogLarian - Satu revolusi blogwalking
oleh sorensen pada 09 Disember 2010 dalam info
Sebagaimana biasanya kita rasa tertanya-tanya apabila melihat sesuatu yang baru, macam itu jugalah rasanya fikiran aku bila pertama kali membuka laman BlogLarian. Pada mulanya aku kurang faham cara laman ini berfungsi, bagaimana ia memudahkan blogwalking. Kerana jika laman utamanya dibuka, apa yang tertera hanyalah beratus-ratus link ke laman blog lain. Dan blog aku adalah satu daripadanya, yang tertera di 'rumah' ke-3 laman BlogLarian. Masih samar-samar sehinggalah aku mengklik pada entry 'rumah' tersebut.Rupa-rupanya, WOW!!!
Barulah aku faham fungsi BlogLarian yang sebenarnya. Setiap satu entry yang telah direka itu bukan sekadar mengandungi senarai link, tapi sekiranya ia di klik kesemua halaman blog yang disenaraikan itu akan dipaparkan dalam satu page! Ini bukan sahaja memudahkan para blogger untuk melakukan blogwalking, tapi juga sangat membantu meningkatkan UV dengan lebih pantas. Tahniah kepada pereka BlogLarian iaitu saudara Padel dan Furdunesia, ia satu idea yang genius! :)Pada masa ini BlogLarian masih lagi dibangunkan. Dan kepada rakan-rakan blogger yang ingin blog mereka turut disenaraikan, bolehlah request permohonan anda di laman BlogLarian. Aku sudah melihat kelebihannya dari segi peningkatan UV. Tak percaya?
Akhir kata, sama-samalah kita memartabatkan industri berblogging negara. Wah!!! :P
BlogLarian - Satu revolusi blogwalking
2010-12-09T16:55:00+08:00
sorensen
info|
Comments
seterusnya...
@socasnov
Pautan
Label
#stop114a
(1)
awards
(1)
belasungkawa
(3)
berita
(2)
blackberry
(2)
crocs
(2)
dubai
(4)
hiburan
(22)
info
(28)
isp
(4)
jiwa
(72)
kehidupan
(90)
mamee sllrrrp
(4)
omar
(20)
pengumuman
(1)
peristiwa
(32)
sony ericsson
(8)
teknologi
(37)
telco
(8)
youthsays
(2)