Akhirnya, 3G...

oleh sorensen pada 24 Disember 2009 dalam ,

Celcom 3G? How exciting :-|

Sudah menjadi buah mulut di kalangan penduduk tempat aku, bila perkhidmatan Celcom 3G sudahpun dimulakan di Saratok sejak semalam. Pada yang masih ingat, dalam pertengahan tahun ni aku pernah buka satu entry bertajuk Alahai 3G yang mana ada menerangkan secara agak terperinci tentang masalah perkhidmatan broadband di hometown aku.

Benarlah kenyataan satu artikel yang aku pernah baca dari sebuah blog, mengatakan Celcom 3G akan diperluaskan ke kawasan2 bandar kecil di Sarawak menjelang akhir tahun 2009. Well, walaupun tak seperti yang aku harapkan (untuk melihat Maxis broadband yang diperluaskan ke sini, bukannya Celcom) tapi at least separuh daripada 'kemelaratan' penduduk di tempat aku ni sudah pun selesai. Semalam ada member inform, bahawa 3G service yang baru diperluaskan ni bukan sekadar 3G biasa, tapi berkelajuan HSDPA. Yang tu memang membuatkan aku terkejut sket la, sbb aku expect kalau ada 3G pun kat sini mesti Celcom akan pasang yang cikai2 je.. maklum la.. "rural area" kata diorang. But member aku tu kata, dia dah try speed memang ok. Tak sure la sbb service mmg tiptop, ataupun sbb tak ramai yg guna lagi. Dan yang paling menakutkan aku, itu mungkin salah satu 'umpan' kepada pelanggan2 baru yang belum tau selok belok kehanjingan local mobile operator untuk mendapatkan pelanggan baru. So far takmo komen yg tu dlu, wait and see lah.

So sekarang ni, aku nak tengok apa pula tindakan Maxis. Maklumbalas yg aku terima dpd Maxis berhubung aduan aku kpd SKMM dulu agak tak memuaskan jawapannya. Yang aku tau, even kawasan bandar mcm sibu pun belum ada Maxis 3G lagi, so apa sangatlah masa depan yang diharapkan utk pekan kecil macam saratok ni. Isu sebenar yang selalu timbul adalah pilihan, macam yang aku katakan dulu. Apabila kekurangan pilihan, maka faham2lah sendiri kalau ada sebuah telco yang didokong kerajaan akan memonopoli perkhidmatan tersebut di sini. Persaingan yang teruk, sememangnya menghasilkan kualiti perkhidmatan yang teruk juga. Mangsanya? __________ (kau isi sendirik).

Apa pula tindakan aku? Hehe. Macam dah terbau2 je henfon baru ni. Asal tahun baru je, mesti penyakit meroyan nak henfon baru pun datang gak. Tengok la balik kl nnt, nak tengok apa plak jenis henfon yang HSDPA enabled paling affordable utk dimiliki. Seperti biasa, aku memang akan improve gadget2 yang aku ada mengikut perkembangan facilities yang sedia ada. Jangan amalkan sifat show-off dalam diri, kerana membazir itu amalan syaitan.. ok!



Comments seterusnya...

Kerana GOOGLE...

oleh sorensen pada 19 Disember 2009 dalam

Kata orang, hidup perlu diteruskan. Tapi hakikatnya, peristiwa yang sudah tercoret di dalam sejarah hidup kita sememangnya tak akan padam sampai bila2. Memori manusia boleh menipu, tapi coretan2 lampau yg tersimpan di dlm sebuah server komputer tak mungkin akan berbohong tentang apa yg telah tertulis padanya.

Kerana GOOGLE, hari ini.. aku terasa diri ini umpama sangat kerdil dalam duniaku sendiri. Betapa aku sebenarnya telah banyak membazirkan ruang waktu bersama diriku sendiri tanpa pernah cuba membuka mata sebesar-besarnya, memandang alam dan ragam manusia yang luas terbentang tidak terkira. Mengenali, mereka yang sepatutnya sudah lama aku kenali. Kerana GOOGLE juga, aku dapat merasakan betapa rapuhnya cinta, kebahagiaan, kewujudan dan sesuatu yang kita miliki pada masa sekarang. Ia boleh hilang bila2 sahaja.. cuma hanya Dia mengetahui bila agaknya sesuatu itu akan diambil kembali oleh-Nya.

Ingatlah SoReNsEn. Itu CERITA, kau dan dia. Itu CINTA, kau dan dia. Jangan salahkan sesiapa kerana pengalamannya. Kalian sama sahaja tiada beza. Bila suatu hari nanti kau sudah hilang dari pandangan mata, namamu mungkin masih terpahat di hati mereka. Cuma hakikatnya, kau telahpun dilupakan.



8 komen seterusnya...

Chukupp....!!!!!!

oleh sorensen pada 16 Disember 2009 dalam

Yes I did...

Kalau dah nature banyak bercakap tu, sampai bila2 pun xkan berubah. Ingatkan nak rest dlu blog ni rupanyer aku tak boleh. Yer la, 10 hari ni aku stop entry tapi tengok kat visiting hits tu tetap la hidup jugak lagi. As a blogger, jadi satu kesalahan bagi aku kalau tak hapdate blog dan mengecewakan para pembaca setia, walaupun SEDIKIT!

Hehe..

Dalam beberapa ketika ni, aku agak banyak berfikir gak lew. Kecuali pasal project paper aku (bley?), mcm2 benda lain yg selalu merewang dlm palotak nie. Tak sabar nak habiskan cuti la, psl jadual sem depan la, hinggalah ke masa yg kat depan lagi.. iaitu nasib aku selepas tamat study pd akhir sem nanti.

Aku dah start bincang dgn ayah aku psl plan aku nak cari keje kat KL dulu lepas habis study nanti. Mungkin some part, temanyer ala2 'buang emak buang sedara, kerana kasih hamba turutkan' kot (matilaaku!!!). Tapi takder la jugak sbnrnya. Aku pikir, lepas habis nanti apa aku nak buat. Kalau aku balik sini, alamat tanam anggur la aku utk bbrp tempoh ketika. Takkan sampai bila2 aku nak bercucuk tanam kat farmville je kan, BIL STREAMYX nak kne bayo jugak.. MAKAN TU TAK KESAH la sgt.. (jgn marah bangggg!!!). Pastu dgn ptptn lagi, by june 2010 aku kne start bayar dah sbb permohonan penangguhan yg aku apply dlu mmg takat tu je. Tak brani nak main2 sgt dgn regim ptptn ni, kang silap2 takley lak nak gi dating kat oversea sbb perjalanan kne sekat. Gtew.

Tadi pun aku ada mintak opinion dpd kakak ipar aku gak. Dia kata, depends dgn aku la. Pasal family katanyer xyah la risau.. sbb dia dan abg aku ada utk temankan mak dgn bapak kat rumah nie. Aku nie set2 home person jugak lew kalau duk sini, cuma kalau aku kuar dpd sini aku rasa aku bleh jadi diri sendiri pd kebanyakan masa.

So, tengok jela nanti apa yg aku leh buat. Pada sesape yg ada cadangan atau pendapat lain tu.. sila2 la komen. Kot2 ada yg tau ke kat mana tmpt keje dan tmpt tinggal yg senang nak arrange kat sekitar kl atau putrajaya, opinion sgt dialu2kan. Wpun lambat lg, nak kne bertindak cepat jugak lew.. kata org rezeki tak datang bergolek2, tul tak? :D



6 komen seterusnya...

I need a break..

oleh sorensen pada 06 Disember 2009 dalam

Kekontangan idea dan fenatzz...

Hihih..

Lebih dua tahun aku berblog, baru aku rasa situasi mcm ni. Kepala rasa kosong je, skill2 menulis yg ada pada aku sebelum ni pun terasa seakan hilang tak tau ke mana. Entahla, mungkin tu tandanya aku perlu berehat sementara waktu dari ruang penulisan virtual ni kot.

Pape pun, aku tetap sayang blog ni. Aku belum berhenti tau.

Doakan aku kembali dgn idea yg lebih fresh dan mantap dari sebelum2 ni. Yang penting, doakan aku kembali dgn siapa aku yg sebenarnya, tanpa mengubah sedikit apa pun dari yang sedia ada. Buat pengunjung setia, thx for your support.. aku sayang korang sumer.

D' alam maya SoReNsEn. Tulisanku adalah transkripsi, cuma tanpa tinta. Luahanku adalah ekspresi, cuma tanpa suara.


4 komen seterusnya...

Salam Aidiladha...

oleh sorensen pada 26 November 2009 dalam

Hidup memerlukan PENGORBANAN...
Pengorbanan memerlukan PERJUANGAN...
Perjuangan memerlukan KETABAHAN...
Ketabahan memerlukan KEYAKINAN...
Keyakinan untuk mendapatkan KEBAHAGIAAN!



2 komen seterusnya...