Blackberry Internet Service II - Umobile vs. Celcom Prepaid
oleh sorensen pada 21 Julai 2012 dalam blackberry, telco
Beberapa bulan lepas aku pernah membuat entry perbandingan kadar langganan prepaid Blackberry Internet Service (BIS) antara Celcom dan Maxis (rujuk sini) yang mana aku telah memutuskan bahawa kadar BIS prepaid Celcom adalah yang paling berpatutan pada ketika itu. Sebagaimana yang pernah diterangkan dalam entry tersebut, aku memilih Celcom BIS prepaid kerana kadarnya yang murah di samping ia memberikan akses data percuma untuk mobile internet sebanyak 250MB sebulan. Dan ia akan digunapakai untuk memberi akses internet kepada aplikasi-aplikasi bukan BIS bagi mengelakkan kredit dipotong.
Setelah beberapa bulan melanggan BIS Celcom, pola penggunaan Blackberry aku semakin jelas. Pada mulanya aku meramalkan pergantungan terhadap rangkaian 3G memandangkan pada awal tahun lalu perkhidmatan 2G Celcom di tempat kami masih terhad kepada rangkaian GPRS sahaja. Namun demikian bermula Mac lepas, perkhidmatan 2G Celcom di sini telah dinaiktaraf dan rangkaian EDGE mula diperluaskan. Kerana itu aku semakin jarang menggunakan tetapan 3G pada Blackberry kerana ia terlalu banyak menggunakan bateri. Dan walaupun hanya dengan menggunakan EDGE, Youtube dan online radio streaming masih boleh dilakukan dengan lancar. Walaubagaimanapun aku sangat jarang melakukan streaming melalui Blackberry dan kerap kali kuota data 250MB percuma tersebut tidak dihabiskan. Dan aku merasa rugi kerana membayar lebih untuk perkhidmatan yang jarang dimanfaatkan.
Kadar langganan terkini Umobile BIS Prepaid
Sekali lagi terfikir untuk berubah angin. Sebenarnya dari awal lagi aku sudah melihat potensi yang ada pada plan BIS Umobile, malah sejak aku baru memilih untuk menggunakan Celcom lagi. Sejak tahun lepas Umobile telah memperkenalkan kadar BIS prepaid bulanan RM19 tetapi hanya sebagai promosi untuk masa terhad. Mengikut perancangan ia sepatutnya telah dinaikkan semula kepada kadar asal iaitu RM25 bermula Jun lepas. Oleh itu aku enggan memilih Umobile terlebih dahulu kerana khuatir akan kerugian dari segi harga dan kualiti liputan. Namun setelah beberapa bulan, Umobile akhirnya akur kepada persaingan sengit dengan telco yang lain. Perancangan menaikkan semula kadar plan itu telah terbatal dan kadar RM19/300MB untuk langganan bulanan dikekalkan. Malah baru-baru ini Umobile telah memperkenalkan plan BIS prepaid dengan kadar lebih rendah iaitu langganan selama 2 bulan/600MB untuk RM34 sahaja. Dan ketika itu jugalah aku mula mempertimbangkan untuk beralih kepada Umobile BIS prepaid.
Dalam minggu ini aku telah melakukan proses migrasi telco (MNP) untuk nombor prepaid Maxis Hotlink yang ada kepada Umobile. Aku memilih untuk memigrasi nombor Hotlink kerana plan Youthclub nya akan tamat tempoh pada awal tahun hadapan. Dan aku tidak bercadang untuk meneruskan langganan Hotlink lantaran kadar panggilan dan SMS pada plan terbarunya yang semakin mahal dan mengelirukan berbanding Xpax X2 yang lebih jelas dan berpatutan. Proses port out ke Umobile telah berjaya dilakukan hanya dalam masa 3 hari dengan bantuan salah seorang ejen MNP di laman forum Lowyat.net
.
Peta liputan Umobile di seluruh negara setakat ini
Kita semua maklum bahawa buat masa sekarang, liputan Umobile pada kebanyakan kawasan masih lagi bergantung pada perkongsian infrastruktur liputan bersama Celcom (domestic roaming), tidak terkecuali di tempat aku. Namun liputan yang dikongsi hanyalah untuk servis 2G sahaja bermaksud kelajuannya di kawasan yang menggunakan kemudahan liputan Celcom terhad kepada EDGE. Walaupun secara teori kelajuan kedua-duanya mungkin tiada beza kerana berkongsi liputan dan infrastruktur yang sama, aku tetap menjalankan ujian speed-test untuk membandingkan kelajuan EDGE antara Celcom dan Umobile agar lebih jelas dan terbukti. Dan keputusannya adalah seperti dibawah:
Keputusan speed-test tersebut diperoleh dengan menetapkan tetapan APN kepada "celcom3G" pada kedua-dua nombor Celcom dan Umobile. Dan ujian memuat turun file secara manual melalui APN tersebut juga tidak mengecewakan apabila kelajuan kedua-duanya mencecah 200kbps, kelajuan standard bagi rangkaian EDGE yang pada pendapat aku sudah memadai untuk memenuhi keperluan BIS tipikal. Aku telah cuba menggunakan APN "my3G" (tetapan APN asal Umobile) pada nombor Umobile tersebut namun hasilnya kurang memuaskan apabila kelajuan maksimum yang berjaya dicapai hanyalah 96kbps. Oleh itu aku membuat kesimpulan bahawa APN "my3G" hanya sesuai digunakan di tempat-tempat yang mempunyai liputan Umobile 3G yang sebenar sahaja bukan ketika menggunakan kemudahan domestic roaming Celcom.
Dengan mengambilkira pola penggunaan, liputan/kelajuan rangkaian serta kadar langganan yang telah diterangkan aku merasakan plan Umobile BIS prepaid adalah paling sesuai dan lebih menguntungkan buat masa sekarang. Pada masa yang sama, cadangan Umobile untuk memperluaskan rangkaian 3G melalui perkongsian liputan dengan Maxis dalam masa beberapa bulan akan datang menambahkan lagi keyakinan aku terhadap stabiliti dan kekuatan telco berkenaan. Walau apapun, ini hanyalah permulaan migrasi aku bersama Umobile. Sama ada ia akan menjadi investment yang menguntungkan atau sebaliknya, sama-samalah kita tunggu.
UPDATE: Bermula September 2012, perkongsian liputan Umobile di seluruh negara telah ditukarkan sepenuhnya daripada Celcom kepada Maxis.
@socasnov
Pautan
Label
#stop114a
(1)
awards
(1)
belasungkawa
(3)
berita
(2)
blackberry
(2)
crocs
(2)
dubai
(4)
hiburan
(22)
info
(28)
isp
(4)
jiwa
(72)
kehidupan
(90)
mamee sllrrrp
(4)
omar
(20)
pengumuman
(1)
peristiwa
(32)
sony ericsson
(8)
teknologi
(37)
telco
(8)
youthsays
(2)
April 11, 2016 6:17 PG
Hi SisOren, sekarang 2016, saya baru membeli blackberry Q10 dan pakai plan Maxis Monthly BIS RM20. Internet kelajuan internet sangat sangat slow selepas Bonus 300MB habis dan BIS pun sangat slow. Apa SisOren cadangkan pilihan BIS servis provider yang paling baik di kawasan Larkin, Johor Bahru ?