AF dan memorinya...

oleh sorensen pada 18 Mei 2010 dalam ,

Menonton AF mungkin bukan menjadi trend lagi skrg ni. Buktinya? Aku pun tak tau kalau hujung minggu ni merupakan konsert final AF tahun ni (season berapa? 8 ke?). Kalau tak kerana member yg bgtau tadi aku mmg xkan ingat apa2 pun psl AF. Apa sebabnya? Mungkin sbb semakin lama, penonton dah makin bosan kot. Semua kejutan2 yg dibuat, daripada artis jemputan sehinggalah penyerapan masuk pelajar sudah dilakukan. Mungkin dah sampai masanya AF ditamatkan setakat musim ini?

Walau apapun, perkara yg aku nak ceritakan bukanlah psl AF tu sendiri. Tapi segala kenangan berkenaan AF dan aku serta kwn2. Banyak benar kenangan2 lucu.. itula yg aku dan omar duk imbas2 balik tadi..

AF paling meletop masa zaman ktorg kat unimas dulu.. terutamanya utk musim kedua (2004) dan musim ketiga (2005). Masa tu, punya la gila smp sanggup pergi mkn kat luar kampus setiap mlm ahad sbb nak tgk konsert AF. Tahla.. mmg semangat ms tu sgt kental, bukan ktorg je.. ramai lg student2 lain yg berbondong2 pergi ke warung 2000.. kedai makan paling popular di taman perumahan desa ilmu, kota samarahan.. dekat je dgn unimas blh jalan kaki.. utk tujuan yg sama. Pukul 7 mlm dah standby booking meja. Mcm2 la kerenah student dan org2 lain yg makan.. ada yg buat bising la, duk sibuk mengundi la.. tak terkecuali kwn2 aku.

Itu cerita ms ktorg stay kat kampus timur, xpe lg. At least dekat je dgn kwsn2 kedai di kota samarahan tu. Tapi bila masuk 2nd year tahun 2005, ktorg berpindah ke kampus barat, kampus unimas yg baru.. jarak beberapa kilometer dr tempat yg biasa ktorg pegi tu. Kalau tmpt tu meriah xpe.. ini mmg still dikelilingi hutan bakau di sekitarnya. So, mcm mana ktorg survive utk tengok AF?

Haha.. itu la yg menarik..

Pernah sekali, ktorg gigih nak tengok jugak konsert AF ni. Zaman2 mawi tgh meletop katakan. Kalau tak silap, konsert mlm tu ekin yg tersingkir rsnya. Ada brp org yg pegi skali, tapi lepas abis tengok konsert tu kat warung 2000, aku dgn omar stay kat rumah micheal.. kebetulan kat rumah kedai area desa ilmu tu jugak. Keesokan paginya, ktorg pun nak balik.. tah kenapa malang sgt nasib kami pagi tu. Van takde, pastu pak guard kat kampus timur tu plak tak sudi nak htr ktorg (huh, kalau budak pompuan dorg on je tu). Sudahnya, aku dgn omar terpaksa la menapak.. aku tak sure la, tapi dlm dekat sejam jugak kot baru smp kat kolej ktorg tu. Huhu.. dan bila tiba final concert plak, naik van lagi. Tapi final konsert tak tgk kat warung 2000, pegi noni chicken rice plak.. yg tu kat area desa ilmu fasa II. Aku ingat lagi omar, ko pukul2 paha aku sbb tak puas hati mawi menang.. ko kan minat amylea masa tu.. huhu.. Tapi masa nak balik tu la paling klakar, sbb kne bersesak2 naik van dgn brp org budak pompuan tu.. smp bila aku balik kolej, secret admirer aku msg tanya bdk2 tu sape.. Ha, yg tu korg tak tau yer.. hahah..

Tapi tu semua kenangan. Kdg2, aku rindu semua tu.. sbb zaman2 aku study kat upm dulu takde kot yg mcm tu. Bagi aku, byk kenangan pahit manis psl AF berlaku sejak kita tinggal kat kolej alamanda. Dan of course, termasuk perkara2 lain yg rasanya tak dpt aku ceritakan kat sini :)


6 komen seterusnya...

6 komen