Perajurit Cinta
oleh sorensen pada 25 Mac 2010 dalam jiwa
Perajurit Cinta
Merenung bulan gerhana
Butir mutiara hangat itu jatuh lagi
Untuk kesekian kali
Ingin kutebarkan saja kedua sayap
Andai ada takdir untukku terbang
Mencari benih emas yang hilang dari hati
Kiranya ia tiada pengganti.
Datanglah teman tempat berlindung
Pancarkan halilintar menerangkan
Lepaskan panah api menghangatkan
Titiskan sinar air menyegarkan
Rantaikan bibit hati menenangkan
Asal aku tahu
Kalian selalu dekat dalam jiwaku.
Alun rambutmu
Umpama gelora ombak melemaskan nafasku berlari
Tapak tanganmu
Biar menggoncang gempita bumi tempatku berdiri
Tiada sedikitpun mencalar mencemar satu jasad
Jeritan maut memekik bergema
Tiada pernah akan memekak menuli dua telinga
Kerana dinding waja ini telah kukuh
Berdiri senyap, teguh dan utuh
Untuk sekian lama.
Jika benih bintang hatiku itu mahumu
Maka ambillah ia
Mungkin singgahsana kaca itulah tempat untukku
Bersemayam bersama hati yang beku
Biarkan aku seorang diri
Terus menunggu cahaya kembali
Menemani lagi diri yang sepi.
Walau berbaju kelasi cuma
Ketahuilah semua laskar yang ada
Bahawasanya akulah Perajurit Cinta
Yang terulung tiada tolok bandingnya
Seantero alam maya
Seluruh pelusuk cakerawala.
MGB, 250310.

2010-03-25T20:01:00+08:00
sorensen
jiwa|
Comments
seterusnya...
Owh, dunia bertambah kecil...
oleh sorensen pada 22 Mac 2010 dalam jiwa
Hihih, nape la mata aku buta sgt ye selama ni. Dbong.. dbong.. keji sgt korang tak bagitau aku pasal budak tu selama ni kan? Patutla aku rasa mcm ada pintasan elektrik tiap kali aku terserempak dgn dia tu dulu. Rupanya?
Dan korang sangat keji sbb tak bagitau aku betapa b*tchnya perangai budak tu semasa berada dlm keliling korang dulu! Haiyooo... kalau tak, dah lama aku makan daging mentah kat K12 nih! Dah lama dah!!!
Kalau itulah maknanya body seorang manusia yg sangat murahanjeng...
Owh, dunia bertambah kecil...
2010-03-22T19:36:00+08:00
sorensen
jiwa|
Comments
seterusnya...
Incompatibility...
oleh sorensen pada dalam jiwa
Tett..! Padanan yang salah.
Pernahkah korang rasa tergamam apabila dengan tak semena2 diri korang di approach oleh seseorang? Pernahkah korang rasa teragak2 utk menerima seseorg yg baru dikenali atas alasan belum mengenali seseorang itu secara mendalam? Atau pernahkah korang mengalami situasi di mana terpaksa menerima seseorang dalam hidup korang kerana dia kelihatan terlalu terdesak untuk mendapatkan korang untuk mengubati kesunyiannya? Bagi korang yang pernah mengalami situasi ini, mesti korang akan tersenyum membaca soalan2 aku kat atas tu. Nampak mengarut, mudah dijawab dan tak mustahil berbaur 'perasan chantek', tapi itulah yang 'hampir' terpaksa aku hadapi kebelakangan ni.
Aku pun sunyi jugak masa ni. Ntah, nak kata seronok sgt tu tidak la.. biasa2 aje, dan tak jugak terlalu desperate utk mencari cinta baru buat masa skrg. Harus la kan, dgn keje melambak sampai kiamat tak habis2, brangan la nak cari cinta katanyer. Mungkin sbb kekangan masa tu satu, utk mengelakkan gangguan psikologi pun mungkin jugak. Tapi alasan utamanya adalah, sbb aku bukan jenis yang mudah utk jatuh cinta pd seseorg. Sangat2 susah untuk jatuh cinta, waima utk seseorg yg dah dikenali utk beberapa tempoh waktu pun.. apatah lagi dgn yg baru je dikenali tak sampai sebulan. Kelihatan seperti memakan masa? Well, itulah aku.
Ada sebabnya kenapa aku mcm tu. Sbb pada aku, peringkat awal satu2 relationship adalah peringkat utk mengenali hati budi masing2. Aku tak tau kenapa ada sstgh org boleh bercinta selama sebulan dua aje, even yg seminggu dua pun ada jugak. Cinta apa namanya yg mcm tu? Betul ke perasaan tu cinta, ataupun sekadar utk mengisi kesunyian diri semata2? Kalau ada yg fikir mcm tu, maaflah sbb aku terpaksa mengatakan pendirian korang salah. Untuk yang bercinta secara short-term, mahupun yang mudah jatuh cinta dlm masa yg singkat.. fikirkanlah. Sebagaimana kata org kepercayaan perlu dipupuk, begitu jugalah cinta. Mungkin memakan masa sekejap ataupun lama, tapi kalau ia berbaloi utk ditunggu.. apa salahnya?
Wak,
Maaflah sbb decision sy mungkin mengecewakan awak. Sy cuma nak awak tau, buat masa ni sy belum bersedia lagi. Kita baru kenal, itu satu hal. Lagi satu, sy dpt rasakan takde (belum ada) keserasian antara kita utk sebuah relationship. Saya terima kalau awak kata awak taknak hubungan terputus dan jadi kawan saja, tapi biarlah ia sekadar kawan. Untuk selamanya pun takpe. Yang penting, dengarlah nasihat saya. Jangan pernah 'sayang' sy sbg kawan awak, cukup sekadar beri 'respect' sebagai seorg kawan.. itu pun dah lebih dari memadai.
Sbb sy taknak bila suatu hari nanti, awak terlalu 'sayang' sy sbg kawan, ditambah dgn perkenalan kita yg semakin lama dan kita semakin mengenali antara satu sama lain, awak akan berubah hati. Dan awak mungkin akan mengecewakan seseorg yg telah sanggup menerima awak ke dalam hidupnya. Sy tak sanggup berada di tempat seperti itu. Saya harap suatu hari awak akan faham kenapa. Sebab perihal seperti ini berada di luar jangkaan kita. Kalau awak kata awak taknak berjanji utk apa yg saya ingini, itu terserahlah pd awak. Yang penting, awak jagalah batas2 yang perlu.
Awak baik. Dan saya tau, utk berjumpa yg seperti awak bukanlah mudah. Tapi, mungkin sayalah orangnya yang tidak cukup baik utk awak. Saya doakan yg terbaik utk awak dan dia k. Buat masa ni, sy lebih selesa hidup mcm ni. Biarlah masa menentukan, dengan siapa sy akan bersama pd masa hadapan.

2010-03-22T17:11:00+08:00
sorensen
jiwa|
Comments
seterusnya...
Masa depan
oleh sorensen pada 19 Mac 2010 dalam jiwa
Complicated utk diterangkan. Tapi kalau ms tengah termenung sorg2, mende ni la yg selalu aku fikir. Kdg2 aku rasa, aku yg dulu jauh lebih kuat dpd aku yg skrg. Yelah, dulu aku berani buat keputusan. Even kalau toleh belakang pun rasanya mcm tak sanggup aku nak mengadap keberanian aku yg dulu. Skrg ni, aku rasa aku ni mcm manja sikit la. Kdg2 aku rasa aku perlukan guideline dpd org lain utk tentukan apa yg perlu aku buat pd ms akan dtg.. wpun aku percaya sbnrnya aku tak perlukan semua tu.
Insya Allah, sikit masa lagi tamatlah pengajian aku. Member sume masing2 tak sabar2 nak kuar dr sini. Tapi ntahlah, aku rasa mcm tak bersedia lagi utk melangkah ke stage seterusnya. Sepatutnya pd umur2 mcm ni, aku dah lebih dpd bersedia. Application DPLI hari tu pun aku mls nak isi dulu.. harap2 bapak fhm la knp aku buat mcm tu. Wpun mgkn course aku ni lebih menjurus kpd bekerja sbg guru, frankly speaking aku x minat sbnrnya. Serius, mm x minat langsung. Seboleh2nya aku harap ada la keje lain yg aku boleh hadap.. tp jgn la yg satu tu. Bukan mksdnya aku pandang negatif, ataupun taknak teruskan tradisi keluarga.. tapi aku rasa minat aku ni lain sket.
One more thing. Aku berat hati nak balik ke sana. Memanglah, kata org mana ada lagi tempat yg lebih membahagiakan selain dpd tempat asal sendiri. Mungkin pd sstgh org, benda tu betul. Tp pd aku tak. Aku xde life kat sana.. itu la yg selalu aku bgtau kat kwn2 kat sini. Bila balik sana, aku jadi org lain. Bila balik rumah je aku jadi statik, pendiam, dan tak banyak bergaul even dgn ahli keluarga sendiri. Parents aku mmg faham sgt dgn perangai aku. Dan lagi satu, bila kat rumah aku selalu kne treat mcm budak2.. sbb aku anak bongsu. Dah la aku ni jenis yg tak suka diarah2, so bg aku berada di rumah tu pd kebanyakan masa bukanlah sesuatu yg pleasant.
Aku suka hidup kat sini. Balik kolej, aku dgn diri aku je. Aku boleh tentukan apa yg aku nak buat, bila masa aku nak bersosial dan bila masa aku nak bersendirian. Aku tak susah2 nak fikir psl mende lain. Dah dekat 3 tahun hidup mcm ni, lama2 aku dah jadi biasa. Bila dah biasa, fikiran aku cepat serabut kalau berada dlm persekitaran yg terlalu ramai org dan terlampau banyak konflik yg berlaku.. wpun konflik tu xde kaitan dgn aku tp terpaksa aku fikir jugak sbb yg mengalaminya ahli keluarga aku.
What should i do? Aku taknak dgn berakhirnya study aku tak lama lagi, maka dengan tu jugak aku akan menapak selangkah ke belakang semula.. kembali kpd lifestyle aku yg dulu. Dan mungkin lebih teruk lagi, bila dah mula bekerja.
Kan senang kalau ada signboard dlm hidup ni yg boleh guide perkara yg perlu dibuat utk hari esok. Paling tak pun, kalau la aku boleh baca apa yg aku akan tulis dlm blog ni pd esok hari, mungkin semuanya akan jadi lebih mudah. Malangnya, semua tu tak mungkin akan berlaku. Nak tak nak aku kne lalui jugak semuanya dgn penuh tanda tanya, dan berdoa supaya semuanya akan berlaku dgn tenang tanpa mslh.
Masa utk bekerja semakin dekat. Haih, dah tua rupanya aku ni..

2010-03-19T02:17:00+08:00
sorensen
jiwa|
Comments
seterusnya...
Semesta Jiwa
oleh sorensen pada 15 Mac 2010 dalam jiwa
Semesta Jiwa
Bersembunyi ke dalam diri
Tersesat dalam perangkap rasa maha luas
Manis gelak tawaku bergema
Tenang halwa telingamu mendengar
Perih hati siapa mampu menduga
Namun andai akulah penyinar hidupmu
Takkan kubiar mendung menyelubung.
Tak akan lagi.
Cukuplah
Kerana untukku aku hanyalah aku
Andai sinar mataku membawa bahagiamu
Akan kutahan segala sepi
Akan kusimpan sakit perit jiwaku
Hadir hilang datang dan pergi
Itu kehendak yang maha Hakiki.
Alun suara, melenyap kesepian melanda
Hidup yang mati, terasa berdenyut kembali
Andai akulah matahari
Mengapa mahu bulan jadi pengganti
Bayang cahaya hanya di mata
Namun selamanya takkan mampu menerangi.
Matahari itu
Memberi kehangatan dalam sanubari
Mencairkan kedinginan perasaan
Menyuluh masa menerangi peribadi
Melengkapkan cantuman satu hati
Yang pernah bertaburan menghiasi malam hari
Umpama bintang di langit tinggi.
Tiada lagi
Sepi meracuni diri nan seorang
Usah bimbang
Telah kukutip semuanya
Dan telah kusimpan
Jika pergi hatta kembali
Semuanya tetap akan terkunci.
Manisnya kenangan itu
Sentiasa tertayang di sudut jiwaku
Andai cuma itulah yang ada
Aku pasrah dengan ketentuan-Nya.
MGB, 150310.
Semesta Jiwa
2010-03-15T01:06:00+08:00
sorensen
jiwa|
Comments
seterusnya...
Should i write?
oleh sorensen pada 12 Mac 2010 dalam jiwa
Kalau nak dikirakan berat beban dlm kepala aku masa ni, memang tak tertanggunglah rasanya. Cuma sekarang ni, aku rasa 'mungkin' aku dah berjaya untuk improve sikit cara aku handle masalah2 yg ada.. wpun banyak yg tak berjaya diselesaikan lagi. Pada sape2 yg rapat dan selalu mendengar suara aku tu, korang tau la apa yg aku maksudkan. Yang penting, kesihatan aku pd masa ni sempurna jugaklah kiranya.. wpun tak tau boleh bertahan utk brp lama. Yelah, manusia2 fragile mcm aku ni, kalau ada mende yg tak kena je mula la fisiologi tubuh badan ni meroyan. Nak kata tua, aku ni makin hari makin muda (gtew!). Faktor genetik kot, mcm rambut aku (pengsan!).
Bak kata dbong, aku ni mmg tak reti nak sembunyikan apa2. Bila orang lain yg kata mcm tu, mungkin betul lah agaknya. Mmg, biasanya aku ni kalau bercakap.. even dgn bapak aku sekalipun aku tak cover. Tapi bukanlah maksudnya aku ckp tak berlapik. Maksudnya tu, straight-to-the-point la.. tak berahsia apa2. Ntahla, aku rasa kalau aku berahsia (esp pada kwn2 aku) aku rasa bersalah. Aku rasa mcm plastik, kalau kwn2 aku tak kenal siapa aku yg sebenarnya. Aku pnh rasa mcm tu dulu, masa baru kenal bdk2 classmate aku skrg ni. Dan kalau aku turutkan sgt sifat berahsia aku dgn diorg ni.. mungkin smp skrg rasanya aku takkan dpt sorg best fren pun kat sini. Korang, aku bertuah sbb ada korang semua kat sekeliling.
Cuma satu je.. psl blog ni..
Masuk tiga tahun dah aku menulis kat sini. Kecuali beberapa entry terawal masa zaman2 baru bukak blog ni dulu, aku boleh kata semuanya dpd benda yg aku dah nampak. Tapi entah kenapa, sejak kebelakangan ni tiba2 aku rasa selama ni aku terlampau explicit. Bagi aku apa yg aku tulis cuma utk menggambarkan apa yg aku rasa. Tagline aku tu pun dah menunjukkan apa yg mungkin akan pembaca akan expect aku akan tulis kat sini. Bercakap berlapik mungkin aku boleh buat, tapi menulis berlapik maaflah.. aku mmg tak reti. Sbb korang tak nampak aku masa membaca entry2 ni, kita tak bersemuka.. so komunikasi kita kehilangan gesture dan gerak tubuh badan.. yg mana bagi aku sgt penting sbb aku mmg sgt beranimasi punya jenis org.
So, persoalannya skrg.. should i write?
Bilamana aku mula fikir, yg hakikatnya aku perlu menulis berlapik.. pd masa itu jugalah aku mula fikir sama ada relevan ataupun tidak aku menulis. Sbb aku tak nak jadi plastik. Sekurang2nya kat sini, aku nak jadi diri sendiri. Mengubah cara aku meluahkan idea, sebenarnya mampu memberi perubahan besar kpd persepsi org ttg siapa aku yg sebenarnya. Dan itu bukanlah sstu yg baik, sbb aku percaya selama ni, semua org yg aku kenal.. sama ada pada akhirnya akan menyayangi ataupun membenci aku adalah kerana diorg kenal sape aku yg sbnrnya. Dan aku sukakan hal tu, wpun ada antara kesannya yg mendatangkan impact negatif kpd kehidupan peribadi aku.
Bila merenung balik jari jemari di tangan, kadangkala aku rasa sedih. Adakah jari2 ni pernah menutup periuk nasi orang, adakah jari2 ni pernah merendahkan martabat aku sendiri di mata org lain, atau adakah mungkin pernah jari2 ni memusnahkan kehidupan org lain tanpa aku sedari? Kalau benarlah begitu, mungkin keterusan bukanlah selalunya sesuatu yg baik. Kalau mcm tu, perlu ke sbnrnya aku menapis setiap perincian kata2 aku supaya org mengalami mslh utk memahaminya?
Dan kalau itulah yg berlaku, siapa je yg akan dpt menyelami perasaan aku?

Kajian Etnografi Kg. Ulu Mengkuang, Selama, Perak.
oleh sorensen pada 01 Mac 2010 dalam peristiwa
Semlm aku baru je balik dari menyertai program anak angkat di Perak. Program ni sebenarnya dijalankan utk memenuhi syarat subjek komunikasi interpersonal ktorg. Boleh la tahan gak penatnya, sbb tempat yang ktorg pegi tu agak jauh.. ditambah plak dgn jadual aktiviti yg ada.
Catatan kat bawah ni merupakan jurnal sebenar yg aku akan submit kpd lecturer subjek ni nanti. Kne buat sbb markah 10%. Mulanya malas la nak bubuh kat sini, tapi bila baca balik mcm best plak kalau share. So tanpa membuang masa, hayatilah perjalanan, pengalaman dan perasaan aku sepanjang empat hari berada kat sana.
Hari Pertama (25 Februari 2010)
12.10pm
Perjalanan dari UPM ke Kampung Ulu Mengkuang, Selama, Perak bermula setelah selesai mengambil semua rakan dari KC, KPZ dan Kolej Serumpun.
2.20pm
Berhenti rehat selama lebih kurang sejam di R&R Tapah.
3.40pm
Perjalanan diteruskan.
5.00pm
Aku dan kawan-kawan tertawa kerana keadaan jalan yang beralun, dan perjalanan mendekati Kampung Ulu Mengkuang melalui kawasan Bukit Merah membuatkan bas kami mengiring serta bergoncang. Kami bergurau sesama sendiri, memegang handle pada tempat duduk bas dan membuat gaya seperti orang menjerit ketika menaiki roller coaster. Seorang kawan melihat papan tanda Genting Plantation yang mana merupakan pemilik hak penanaman kelapa sawit di kawasan berkenaan, dan mengatakan mungkin disebabkan itu ia berkeadaan sebegitu rupa, bagaikan bermain permainan outdoor di Genting Highland. Ternampak kerbau di tepi jalan, namun aku sangkakan badak. Bukan aku seorang saja, ada rakan lain juga memikirkan hal sama.
6.50pm
Alhamdulillah, kami akhirnya sampai ke destinasi yang dituju. Tanggapan pertama aku terhadap tempat ini tak dapat ku gambarkan. Persekitaran fizikal dan sosial di sini padaku agak tradisional dan konservatif berbanding semua kampung yang pernah aku kunjungi sebelum ini. Aku mula merasakan cabaran yang agak besar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan di sini.
7.00pm
Majlis menyambut anak-anak angkat berlangsung di Balai Raya Kampung Ulu Mengkuang. Aku bersama seorang lagi rakan iaitu Faiz dipilih untuk ditempatkan di rumah Pn. Zainab Sha'ari. Beliau sudah berusia 62 tahun dan sangat mesra dengan kami walaupun baru berjumpa. Namun demikian, rumah ibu angkat kami bukanlah terletak di Kampung Ulu Mengkuang, sebaliknya di Kampung Sg. Kuning iaitu berjarak lebih kurang 10 minit perjalanan menaiki motosikal dari situ. Kelebihannya, Kampung Sg. Kuning mempunyai liputan telefon bimbit yang sangat baik berbanding Kampung Ulu Mengkuang. Mungkin kerana sudah bersedia dari sudut mental, aku tidak terlalu terkejut melihat keadaan rumahnya. Bukanlah teruk, cuma biasalah rumah kampung. Cukup mengingatkan aku keadaan rumah arwah nenek semasa zaman kanak-kanak dulu. Sedikit moden, tapi sangat tradisional terutamanya pada struktur bahagian dapur, bilik air dan tingkat atas rumah. Di belakang rumah ini terdapat sebatang anak sungai yang hanya berjarak beberapa meter sahaja dari dapur. Aku mencari tandas namun tidak dapat menemuinya, hendak bertanya segan pula pada tuan rumah. Satu perkara yang agak mengejutkan aku, ibu angkatku mengatakan tidak perlu risau tentang kecurian di kampung ini kerana ia tidak akan berlaku, sehinggakan pintu rumah ini tidak perlu dikunci pada waktu malam!
9.00pm
Bersantai bersama keluarga ibu angkatku. Kami dilayan dengan begitu baik sekali. Ibu angkatku tinggal bersama seorang anak lelaki dan cucunya di rumah ini. Celoteh mereka membuatkan aku dan Faiz tidak kekok untuk beramah mesra dengan mereka, ditambah lagi dengan kehadiran beberapa sanak saudara yang datang ke rumah. Tanggapanku sedikit meleset, kerana dari sudut pergaulan dan pemikiran kelihatannya keluarga ini tidaklah terlalu konservatif seperti yang aku sangkakan. Aku mula sukakan persekitaran ini. Orang yang ramai, namun tidak merimaskan. Aku tidak mempunyai masalah memahami pertuturan mereka kerana mereka di sini menggunakan bahasa utara. Loghat utaranya juga kurang pekat berbanding dengan yang digunakan di Kedah, Pulau Pinang dan Perlis. Selain itu, aku juga tidak mengalami sebarang masalah untuk menyesuaikan diri dengan cara mereka berkomunikasi termasuk dengan ibu angkatku yang sudah agak berusia.
11.00pm
Mata mula mengantuk. Aku dan Faiz sudah masuk ke dalam bilik, berbincang tentang perkara yang hendak dilakukan esok hari. Masing-masing kebingungan mengenai tempat perjumpaan dan pakaian yang hendak digunakan. Aku bernasib baik kerana Faiz mengenali dan sudah biasa dengan pengarah program ini, justeru tiada masalah untuk mendapatkan maklumat sekiranya ada sebarang masalah.
Hari Kedua (26 Februari 2010)
7.30am
Bangun dan bersarapan bersama ibu angkatku dan cucunya. Sebelum mandi aku mencari tandas, dan pagi ini barulah aku tahu bahawa ia berada di luar rumah. Ya, rumah ini memang cukup tradisional!
9.00am
Kem motivasi pelajar UPSR/PMR/SPM ditangguhkan ke pukul 3 petang. Waktu ini cuma digunakan untuk memberi penerangan tentang perjalanan akiviti pada petang ini, termasuk majlis perasmian.
3.00pm
Kem motivasi pelajar dijalankan di S.K. Ulu Mengkuang. Cuaca yang panas menyebabkan aku dan beberapa orang rakan terpaksa keluar sedikit awal dari majlis untuk membeli minuman.
5.30pm
Majlis Perasmian Kajian Etnografi 2010 dilangsungkan di Balai Raya Kg. Ulu Mengkuang. Ceramah Maulidur Rasul telah ditangguhkan ke pukul 9.00 malam kerana sedikit masalah jadual aktiviti. Antara yang turut menghadiri majlis tersebut adalah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Y.A.B Dato’ Hamzah b. Zainuddin (merangkap Ahli Parlimen Larut). Semua rakan peserta kelihatan gembira pada majlis itu, lebih-lebih lagi melihat kemunculan pensyarah kami, Pak Ngah. Hatiku tercuit melihat gelagat pengerusi majlis yang menggunakan intonasi kurang sesuai ketika mengacarakan majlis ini. Hendak dikatakan seperti mempengerusikan majlis makan malam pun bukan, berpidato juga bukan. Protokol mana yang dia gunakan juga aku kurang pasti.
9.00pm
Aku dan Faiz tidak dapat menghadiri Ceramah Maulidur Rasul kerana jarak rumah keluarga angkat kami yang agak jauh dari tempat majlis. Aku juga khuatir untuk menunggang motosikal pada malam hari dalam keadaan jalan tanpa lampu kerana haiwan ternakan di sini kerap melintas jalan secara tiba-tiba. Mujur aku, Faiz dan ibu angkatku tidak hadir ke ceramah tersebut, kerana tidak lama selepas itu hujan turun dengan agak lebat. Jalan yang licin pasti akan lebih menyukarkan aku menunggang motosikal kerana belum biasa dengan keadaan jalan di kampung ini.
10.00pm
Masa yang ada kami habiskan dengan berceloteh bersama ibu angkatku. Aku semakin merasa dekat dengan keluarga ini. Aku tidak bosan berbual dengan ibu angkatku bersama ahli keluarganya yang lain. Ibu angkatku berkongsi pelbagai jenis pengalaman tentang pengalaman hidupnya serta situasi sosial masyarakat di tempat ini. Aku semakin memahami struktur kepelbagaian penduduk yang ada di sekitar Ulu Mengkuang, dan yang penting aku sudah tahu punca kepelbagaian bahasa yang digunakan oleh penduduk-penduduk di sini.
Hari Ketiga (27 Februari 2010)
9.30am
Tiba di perkarangan sekolah untuk aktiviti senamrobik. Pagi ini para AJK Aktiviti mengadakan tarian poco-poco.
10.00am
Para pelajar dibahagikan kepada beberapa bahagian. AJK Makanan dan beberapa orang pelajar perempuan menyertai aktiviti memasak bersama orang-orang kampung, manakala yang selebihnya pula terlibat dalam aktiviti gotong-royong di sekitar kawasan sekolah, surau dan balai raya.
10.30am
Aku dan dua orang kawan termasuk seorang adik angkat mereka menaiki motosikal keluar ke warung yang berada tidak jauh dari situ. Sambil menikmati roti canai dan minuman, kami berbual sesama sendiri menbincangkan tentang selok belok jalan di tempat ini. Pemilik warung tersebut juga mesra pelanggan dan turut berbual bersama kami. Namun ada ketikanya aku berasa agak kurang selesa kerana ada sesetengah perbualan kami yang mungkin tidak perlu didengar dan dicelah olehnya.
11.00am
Kami kembali ke tempat aktiviti. Tidak lama kemudian makanan pun siap dihidangkan. Hidangan-hidangan yang ada hampir mirip seperti makanan tradisional yang ada di kampungku sendiri. Cuma aku agak tertarik dengan hidangan masak lemak ikan masin campur nenas, serta ikan pekasam. Ada juga ayam goreng, yang mana sememangnya tidak pernah dihidangkan pada sebarang majlis istimewa atau kenduri yang pernah aku hadiri di mana-mana sebelum ini.
3.00pm
Aku dan Faiz bersama-sama menaiki motosikal menuju ke Lata Tebing Tinggi. Tempat ini adalah kawasan air terjun yang sangat popular bagi penduduk kawasan sekitar daerah Selama sehinggalah ke Taiping. Sebelum itu kami telahpun berjanji dengan kawan masing-masing untuk berjumpa di sana. Ada juga kawan-kawanku yang datang bersama-sama keluarga angkat mereka. Seronok bermandi-manda di tempat tersebut, sampaikan kulit muka aku menjadi merah kerana cuaca agak panas. Walau bagaimanapun, aku tetap ingat pesan ibu angkatku supaya berhati-hati di tempat itu kerana ada beberapa pengunjung sebelum ini yang tersilap pilih tempat untuk mandi dan telah meragut nyawa mereka kerana terhantuk dan terperangkap di celahan batu.
5.30pm
Aku dan Faiz pulang semula ke rumah. Ibu angkatku sedang menggoreng cucur udang di dapur bersama saudaranya. Terpegun aku melihat cucur udang itu, bukan sahaja kerana saiznya yang agak besar tetapi juga kerana aku dapati tidak ada satu pun antaranya yang mengandungi isi udang. Sama ada kerana ia telah dikisar, aku kurang pasti. Selepas itu aku dan Faiz berehat sebentar. Aku berbaring di katil apabila tiba-tiba terasa tidak sedap badan. Mungkin disebabkan terlalu lama berendam di Lata Tebing Tinggi tadi.
8.00pm
Makan malam di ruang tamu rumah. Cuma aku, Faiz dan cucu ibu angkatku sahaja yang makan manakala ibu sendiri bersama ahli keluarga lain sedang menonton televisyen.
9.00pm
Tiba di S.K Ulu Mengkuang. Malam ini ada persembahan kebudayaan oleh kami semua. Unit aku (Peralatan dan Tugas-tugas Khas) dan Unit Publisiti bergabung untuk mempersembahkan nyanyian Rasa Sayang dan Si Paku Geylang. Rasa gementar juga kerana yang menonton persembahan kami bukan sahaja rakan-rakan dari UPM tetapi juga orang-orang kampung. Selain kami, unit-unit lain juga mempamerkan persembahan masing-masing seperti sketsa dan pentomen. Namun disebabkan unit kami membuat persembahan yang pertama, aku merasa sedikit lega.
11.00pm
Aku dan Faiz pulang ke rumah. Agak risau melihat hujan yang turun renyai-renyai kerana khuatir jalan licin. Seperti yang dijangka, memang banyak lembu yang berkeliaran di tengah-tengah jalan pada waktu malam begini. Aku menyuruh Faiz sahaja yang menunggang motosikal malam ini kerana penglihatan mataku agak kurang jelas di dalam gelap. Sesampai di rumah, ibu keluar dari bilik. Terharu juga aku, ibu sanggup bangun tidur semata-mata ingin bertanya pada aku dan Faiz sama ada mahukan dia membancuhkan minuman untuk kami berdua.
Hari Keempat (28 Februari 2010)
8.30am
Bangun dan bersarapan bersama keluarga ibu angkatku. Aku merasa agak kurang sihat, dan tidak dapat menyertai aktiviti sukaneka di S.K. Ulu Mengkuang. Faiz ke sana seorang diri hari ini.
10.00am
Mula mengemas barang-barangku untuk persiapan pulang pada petang ini. Selepas mandi aku berbaring di bilik saja untuk berehat.
3.00pm
Majlis Perasmian Penutupan berlangsung di Balai Raya Ulu Mengkuang. Selesai ucapan-ucapan penutupan, acara memulangkan anak angkat bermula. Setiap keluarga angkat diberi sagu hati berupa sekaki payung berlogo UPM. Kemudian semua hadirin dijemput menikmati sedikit jamuan ringan.
4.30pm
Masa untuk bertolak pulang ke UPM. Para keluarga angkat turut bersama menghantar anak-anak angkat masing-masing. Bas sudah sedia menunggu di hadapan simpang ke S.K. Ulu Mengkuang. Kesedihan terpancar pada setiap wajah para peserta dan keluarga angkat. Namun demikian ibu angkatku tetap tenang ketika menghantar aku dan Faiz menuju bas.
6.15pm
Berhenti rehat di R&R Sg. Perak. Perjalanan sepatutnya perlu diteruskan pada jam 7.00pm namun kami terpaksa menunggu lama sedikit di hentian itu kerana hujan sangat lebat.
8.00pm
Pejalanan pulang diteruskan.
11.15pm
Selamat tiba di UPM.

2010-03-01T21:30:00+08:00
sorensen
peristiwa|
Comments
seterusnya...
@socasnov
Pautan
Label
#stop114a
(1)
awards
(1)
belasungkawa
(3)
berita
(2)
blackberry
(2)
crocs
(2)
dubai
(4)
hiburan
(22)
info
(28)
isp
(4)
jiwa
(72)
kehidupan
(90)
mamee sllrrrp
(4)
omar
(20)
pengumuman
(1)
peristiwa
(32)
sony ericsson
(8)
teknologi
(37)
telco
(8)
youthsays
(2)