Penantian
oleh sorensen pada 13 Februari 2010 dalam jiwa
"Nampak tak cahaya atas bukit yang terang tu? Itulah Genting Highlands."
Saat terkenang kembali detik itu air mataku tak tertahan. Saat terlihat lagi tempat yang sama malam tadi, aku hampir rebah kembali. Aku tak kuat sebenarnya. Aku tak kuat menunggu satu keinginanku satu ketika dulu, yang jelasnya pada masa ini tak akan mampu tercapai lagi.
Bukan niatku berbicara lagi tentangnya. Namun bicara ini semakin dipendam semakin ingin terluah.
Penantian, yang kau rasakan itu...
Itulah yang aku rasai selama ini.
Perit?
Peritkah menunggu sesuatu yang tak akan kembali?
Dapat kau rasa apa yang sedang kau tunggu itu?
Mampukah lagi kau sentuh ia suatu hari andai terus menunggu?
Ya, akulah penyebabnya.
Tapi, bukan juga aku yang menyebabkannya.
Kita sama menjadi saling punca.
Aku mungkin salah.
Kau juga mungkin salah.
Namun kita sama..
Aku telah membayar semuanya dengan sebuah penantian..
Kau juga harus membayar semuanya dengan harga sebuah penantian..
Aku dapat rasakan kesakitanmu..
Semuanya pernah aku lalui
Hati ini ingin sekali membelai, menenangkan jiwamu teman..
Tapi aku tak mampu..
Kerana air mataku telah terlalu banyak tertumpah keranamu..
Dan tak mungkin akan gugur lagi keranamu..
Kerana kau bukan milikku lagi.
2
komen
seterusnya...

@socasnov
Pautan
Label
#stop114a
(1)
awards
(1)
belasungkawa
(3)
berita
(2)
blackberry
(2)
crocs
(2)
dubai
(4)
hiburan
(22)
info
(28)
isp
(4)
jiwa
(72)
kehidupan
(90)
mamee sllrrrp
(4)
omar
(20)
pengumuman
(1)
peristiwa
(32)
sony ericsson
(8)
teknologi
(37)
telco
(8)
youthsays
(2)
Februari 19, 2010 2:17 PTG
alahai....
pondan sesangat..
rebah bagai la..
ermsss...
bf tinggalkan ker???