Perubahan...

oleh sorensen pada 10 Januari 2010 dalam

Takkan ada satu pun perkara kat dunia ni akan sama selama2nya. Lambat laun sesuatu tetap akan berubah, tak kiralah sama ada menjadi lebih baik ataupun yang sebaliknya. Perubahan boleh berlaku daripada sebarang kemungkinan, dan ia jugak mungkin berlaku atas kerelaan kita ataupun tidak.

Manusia mampu berubah. Sebab aku pun manusia, pasti aku pun akan berubah. Tapi walau sebagaimana banyak pun perubahan aku, aku percaya aku tetap unik. Carilah manusia lain yang sebaik aku, carilah manusia lain yang sejahat aku.. takkan ada seorang pun orang lain yang ada persamaan dlm kedua2nya. Cuma bezanya, mungkin kadang kala ada salah satu daripadanya yang terlebih, ataupun terkurang. Sekuat2 aku menahan cabaran perasaan, adakalanya aku pun kalah juga pada permainannya.. walau seberapa daya aku menghalang diri dari tipuan syaitan.

Perasaan. Cintalah salah satu daripadanya. Kalau perasaan boleh berubah, adakah bermakna cinta juga mengalami nasib yang sama?

Aku pernah berpesan pada diri sendiri suatu masa dulu. Berpesan agar matanglah diri dan perasaan aku pada masa hadapan, kerana terputusnya hubungan dengan seseorang sangat sukar untuk mencari penawarnya. Tapi, pada akhirnya aku dapati diri aku masih lagi lemah. Aku sangkakan aku sudah berjaya berubah, rupanya tidak. Aku masih lagi seperti dulu, seorang yang lemah hati pada perasaan sendiri, seorang yang menangis andainya terasa kehilangan, dan seorang yang cepat berputus asa andaikata sesuatu berlaku tak seperti yang aku harapkan. Dan yang paling menyedihkan, aku masih lagi seorang yang selalu terperangkap pada saat2 manis masa lampauku yang amat ku harapkan untuk kekal selama2nya.

Aku bukanlah seorang yang mengada2. Tapi pada kau, cintaku.. apa yang aku harapkan cukuplah sekadar sedikit perhatian daripadamu, agar aku yakin bahawasanya akulah satu-satunya teman yang lebih sedikit istimewanya dalam hidupmu berbanding yang lain. Kadangkala aku juga perlu diingati, bahawa cintamu tak pernah berubah.. kiranya masih ada seorang insan yang selalu mengingatiku setiap detik dalam hidupnya, seperti dulu. Itu pun sudah cukup membuatkan aku merasa bahagia, dicintai dan disayangi.


3 komen seterusnya...

3 komen

  • flyz

    ari ni ujan untuk ko beb...tak selalunyer ari cerah utk kita...sabor dan tabahkan ati...biar masa mengubati...

    Jom lepaskan geram nyanyi lagu AMARAH by CTKD..

    hu..hu...

  • Tanpa Nama

    ingatan dan syg selalu nya tak berubah .. yg berubah selalu nya kita .. mungkin terlalu leka dgn kerja atau duniawi yg membuatkan kita kadang2 rasa terpinggir atau kesepian .......

    itu lah manusia .... i'm sorry if i'm one of them ....

    ~alanrazlan~

  • sorensen

    sy cuma takut kita tak punya banyak masa.. sy cuba gunakan masa yg ada sebaik mungkin, supaya apapun terjadi lepas ni sy x rasa kesal.

    xde siapa yg sanggup kehilangan, begitu juga sy.. sbb ia sgt menyakitkan..