Kerana GOOGLE...
oleh sorensen pada 19 Disember 2009 dalam jiwa
Kerana GOOGLE, hari ini.. aku terasa diri ini umpama sangat kerdil dalam duniaku sendiri. Betapa aku sebenarnya telah banyak membazirkan ruang waktu bersama diriku sendiri tanpa pernah cuba membuka mata sebesar-besarnya, memandang alam dan ragam manusia yang luas terbentang tidak terkira. Mengenali, mereka yang sepatutnya sudah lama aku kenali. Kerana GOOGLE juga, aku dapat merasakan betapa rapuhnya cinta, kebahagiaan, kewujudan dan sesuatu yang kita miliki pada masa sekarang. Ia boleh hilang bila2 sahaja.. cuma hanya Dia mengetahui bila agaknya sesuatu itu akan diambil kembali oleh-Nya.
Ingatlah SoReNsEn. Itu CERITA, kau dan dia. Itu CINTA, kau dan dia. Jangan salahkan sesiapa kerana pengalamannya. Kalian sama sahaja tiada beza. Bila suatu hari nanti kau sudah hilang dari pandangan mata, namamu mungkin masih terpahat di hati mereka. Cuma hakikatnya, kau telahpun dilupakan.
8 komen
-
sorensen
Disember 19, 2009 12:31 PTGpzot: thx mate, x sia2 ko jd best friend aku :)
imanshah: xpe la.. ini cuma suara hati bukan smthg yg konkrit..
-
Tanpa Nama
Disember 22, 2009 8:00 PTGingati lah kenangan dan memori yg indah .... simpan lah jauh disudut hati segala duka nestapa ...
itu lah cinta .. itu lah sayang ... itu lah kasih ... itu jua lah racun segala nya .... itu juga penawar nya ....
~alanrazlan~
-
sorensen
Disember 22, 2009 8:04 PTGkenangan indah tetap terpahat, namun bila hati terluka.. parutnya sukar terubat..
-
Tanpa Nama
Disember 22, 2009 8:09 PTGmanusia mana yg tiada berparut atau calar balas ditubuh dan dihati nya?
kita harus berterima kasih pada parut dan calar balar itu kerna ialah membuka mata mata kita betapa luas nya alam ini ...
betapa kita terlalu di lamun onak dan arus keindahanya hingga lupa pada kesengsaraan lain .....
bersyukur lah kita ....
~alanrazlan~
-
sorensen
Disember 22, 2009 8:14 PTGtiada sesiapa yg pernah mengharap untuk gagal dalam apa sekalipun. namun andai kata kegagalan bertimpa2, hati meronta juga menunggu bilakah kebahagiaan akan tiba.
bila hidup hilang harap, jiwa pun semakin gelap, rasa cinta bertambah malap.
-
Tanpa Nama
Disember 22, 2009 8:22 PTGkebahagiaan itu senantiasa di hadapan kita .... gapailah ia .. sentuh laa ia ... kerna ia takkan berada selama nya bersama kita ...
peluk lah ia selagi disisi ... hargai lah ia selagi didakap ... lepaskan ia jika ia pergi ... tiada laa dendam yg kesumat dihati ... berterima kasihlah pada nya kerna kehadiran nya ...
~alanrazlan~
Disember 19, 2009 5:58 PG
yupp..in case 1 day aku da x ingat kt ko..ingatkan la aku k..ne tau da nyanyuk ke pe..by the way,ur entry yg ni touchin beb.