Panasonic RP-HJE900 Zirconia In-Ear Headphones

oleh sorensen pada 25 Januari 2009 dalam

Aku ni audiophile. Dalam sehari kalau tak melayan lagu guna earphone aku mmg takleh. Melayan pulak takleh pakai earphone biasa, kne pakai in-ear punya headphone supaya takde noise boleh mengganggu. Tahla, kekadang rs mcm jadi org pekak pula masa bercakap, sbb mutu audio yg keluar dr mulut orang tak sama kualitinya dgn yg keluar dpd henfon SE aku! (pengsan kejap..)

Panasonic RP-HJE900 Zirconia

Sbb tu la aku excited bila tengok produk baru keluaran Panasonic ni. Panasonic Zirconia (RP-HJE900) adalah in-ear headphone yg berfideliti tinggi, yg mana corong bunyinya diperbuat daripada Zirconia (white cystalline oxide of zirconium dioxide : ZrO2). Bahan ini dikatakan sangat lasak dan mampu bertahan dalam cuaca panas lampau.

Panasonic telah memilih Zirconia utk membuat corong bunyinya kerana bahan ini menghasilkan kurang gema (resonance) berbanding plastik dan aluminium. Dibina dengan magnet Neodymium, headphone ini mampu mengeluarkan respon frekuensi 6Hz-26kHz dan mempunyai sensitiviti tekanan bunyi 100dB. Panasonic memberi jaminan bahawa faktor itu akan memberi kepuasan kepada para audiophile kerana ia bakal menghasilkan bunyi yang jelas dan tanpa gangguan. Di samping itu, Zirconia kalis calar dan tahan lasak. Disebabkan ia dikatakan tidak mudah rosak, Zirconia memperkenalkan fungsi wayar boleh tanggal agar ia boleh digantikan dengan yg baru sekiranya rosak atau terputus.

Panasonic RP-HJE900 Zirconia Audiophile In-Ear Headphones akan berada di pasaran dalam warna hitam atau putih pada Mei 2009. Harga cadangan untuk produk ini adalah USD229.99 (+/- MYR822.70). Mampu? (cakap kat diri sendiri...)

Sumber: Gizmag.com


1 komen seterusnya...

1 komen