6 hari di Bintulu..
oleh sorensen pada 02 Disember 2008 dalam peristiwa
Sebenarnya aku baru je balik dari bintulu ahad lepas, pegi ke sana sejak hari selasa. Saje je ikut family abg aku jenguk rumah kuarters diorang. Last skali aku pergi ke bintulu sebelum ni pun tahun 2006, so rindu jugak rasanya nak tengok2 keadaan tempat tu. Nampaknya tak jauh berbeza daripada 2 tahun lepas. Masih lagi bandar yg kurang sibuk dan menenteramkan, walaupun dari jauh kelihatan cahaya api dari serombong pelantar minyak di tengah laut membakar sisa lebihan petroleum, sangat terang sehingga menyuluh awan di langit malam!
Di samping menjenguk keadaan rumah, sebenarnya kakak ipar aku nak menziarah member sekerja dia, kak bib yg nak berpindah ke hometown dia di kedah. Pergi tak kembali la katanyer.. opss! Flight dia hari jumaat lepas, so malam sebelum dia balik tu kitorang sempat lagi la makan2 dengan dia. Di kesempatan tu aku pun sempatla bertemu semula dgn bro fakhzan, bekas member sekerja kakak ipar aku yg juga aku kenali sejak 2 tahun lepas. Dulu dia sama2 mengajar dengan kakak ipar aku di smk kidurong, tapi skrg dah bertukar jadi language teacher kat upm kampus bintulu. Hahah, rindu la dgn dia.. maklumla orgnya peramah dan sporting.
Next day tu ktorang ke airport bintulu utk say goodbye pada kak bib. Petang tu fakhzan pun pegi sekali, so masa balik dpd airport tu aku tumpang sekali naik kereta dia. Mcm2 la yg ktorang sempat borak, dpd perihal pengajian aku hinggalah ttg tiket kapal terbang. Maklumlah, dia kan staf upm. So mmg banyak la hal2 yg aku tau tentang kerja dia dan yg dia tau tentang pengajian aku. Dengar kata awal tahun depan dia akan start buat master di upm gak, dan katanya masa semester pertama tu nanti dia akan kerap berulang alik ke kampus utama di serdang. Dengar hal tu, aku pun terus mintak no phone dia, mana la tau kot2 bleh lepak sama2 ke kat sana nanti kalau ada masa kan.
Biasanya aku ni kalau dah berjalan, jarang tengok aku pulang dengan tangan kosong. Tapi itu la yang berlaku bila aku balik dari bintulu kali ni. Tahla, dah lali sangat kot tengok baju2 kat mall tu.. sampai tak jumpa pun yg menarik perhatian. Parkcity Mall yg baru bukak last year tu pun boleh tahan nampaknya, tapi sbb kedai sikit je kot sbb tu tak byk pilihan. Dtg situ pun cuma beli dvd citer madagascar 2 je. Kebetulan terjumpa pulak dengan cousin dan pangkat anak buah aku pun tgh berjalan2 kat situ jugak.
So, ahad tu ktorang berangkat dr bintulu dlm pukul 2 petang, sampai rumah dlm pukul 8. Masa singgah kat sibu pukul 6 petang tu, zaki sms bgtau si herry nak sponsor makan malam tu sbb nak sambut birthday dia.. pukul 8 jugak! Aiyo, sbb aku lambat sikit so diorg pun kne la tunggu aku skali. Sampai kat rumah tu mmg tak duduk dah.. mandi2 terus pegi jumpa diorang plak.. Penat!
6 hari di Bintulu..
2008-12-02T01:16:00+08:00
sorensen
peristiwa|
Comments
seterusnya...
6 hari di Bintulu..
2008-12-02T01:16:00+08:00
sorensen
peristiwa|
@socasnov
Pautan
Label
#stop114a
(1)
awards
(1)
belasungkawa
(3)
berita
(2)
blackberry
(2)
crocs
(2)
dubai
(4)
hiburan
(22)
info
(28)
isp
(4)
jiwa
(72)
kehidupan
(90)
mamee sllrrrp
(4)
omar
(20)
pengumuman
(1)
peristiwa
(32)
sony ericsson
(8)
teknologi
(37)
telco
(8)
youthsays
(2)