Keluar ke UKM, dan shopping lagik..

oleh sorensen pada 25 Ogos 2008 dalam

Perpustakaan Tun Sri Lanang, UKM.

2 hari lepas, si nordin tetiba membuat request yg agak mengejutkan aku. Apa dia? Hah.. dia ajak aku pegi ke library UKM, sebab nak buat reference dgn tesis katanya. Mula2 tu bunyi mcm ok, so aku pun iyakan la. Tapi yg buat aku tak sedap hati tu.. dia nak suh aku buat "jenayah" kecik, iaitu tolong dia snap beberapa page yg ada kat dlm buku tesis tu. Sebabnya adlh pihak library tu tak bagi copy semua tesis tu dlm sebarang bentuk apa pun. Pelik aku, even DBP pun tak kisah kalau kita nak copy bahan dlm simpanan diorg, library UKM ni tetiba sengal plak ala2 kekwat tak bagi copy. Ala, bila aku baca tesisnya biasa je pun.. kualiti ke laut tu pun nak berkira.. weekkk...

So bila ktorang pegi smlm, aku pun gunakanla kepakaran aku dlm bidang fotografi ni utk membantu dia. Nasib baik aku punya kamera phone ni ada autofocus dan support macro mode, so amik gambar jarak dekat pun bleh nmpk lagi. Walaupun mcm tu, susah jugak la ktorg nak buat keje tu.. Sbb ada sorg librarian tu asyik dok pandang ktorang je. So dlm 45 minit yg pertama kat situ, terpaksa la ktorang berlakon ala2 menyalin tesis tu kan. Bila dia dah berambos pastu, apa lagi. Kcak! Kcak! Kcak!

Kuar dpd UKM tu, nordin pun terpaksala menunaikan janjinya.. iaitu menemankan aku kuar ke midvalley! Konfiden sgt aku ni, baru hari jumaat lepas pegi tengok wayang dgn geng2 classmate aku, still nak "lang" jugak (kan nordin?). So, dengan SUSAH PAYAHNYA ktorg pun pegi la (susah payah tu merujuk kepada masalah KTM komuter la, apa lagi.. faham2 la kan). Ala.. nak cuci mata je pun, sempat beli baju sehelai.. er.. durian 5 bekas.. dan.. er.. sebijik kuih bulan!



Comments seterusnya...