Happy birthday MALAYSIA!

oleh sorensen pada 31 Ogos 2008 dalam

So.. apa plan korang sempena cuti hari merdeka ni? Aku duk bilik je.. malas nak kuar, save budget utk bulan puasa ni.. insya allah esok dh nak start puasa...

Tak lupa, selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak.. jangan ponteng puasa ok! Huhu!!



2 komen seterusnya...

Keluar ke UKM, dan shopping lagik..

oleh sorensen pada 25 Ogos 2008 dalam

Perpustakaan Tun Sri Lanang, UKM.

2 hari lepas, si nordin tetiba membuat request yg agak mengejutkan aku. Apa dia? Hah.. dia ajak aku pegi ke library UKM, sebab nak buat reference dgn tesis katanya. Mula2 tu bunyi mcm ok, so aku pun iyakan la. Tapi yg buat aku tak sedap hati tu.. dia nak suh aku buat "jenayah" kecik, iaitu tolong dia snap beberapa page yg ada kat dlm buku tesis tu. Sebabnya adlh pihak library tu tak bagi copy semua tesis tu dlm sebarang bentuk apa pun. Pelik aku, even DBP pun tak kisah kalau kita nak copy bahan dlm simpanan diorg, library UKM ni tetiba sengal plak ala2 kekwat tak bagi copy. Ala, bila aku baca tesisnya biasa je pun.. kualiti ke laut tu pun nak berkira.. weekkk...

So bila ktorang pegi smlm, aku pun gunakanla kepakaran aku dlm bidang fotografi ni utk membantu dia. Nasib baik aku punya kamera phone ni ada autofocus dan support macro mode, so amik gambar jarak dekat pun bleh nmpk lagi. Walaupun mcm tu, susah jugak la ktorg nak buat keje tu.. Sbb ada sorg librarian tu asyik dok pandang ktorang je. So dlm 45 minit yg pertama kat situ, terpaksa la ktorang berlakon ala2 menyalin tesis tu kan. Bila dia dah berambos pastu, apa lagi. Kcak! Kcak! Kcak!

Kuar dpd UKM tu, nordin pun terpaksala menunaikan janjinya.. iaitu menemankan aku kuar ke midvalley! Konfiden sgt aku ni, baru hari jumaat lepas pegi tengok wayang dgn geng2 classmate aku, still nak "lang" jugak (kan nordin?). So, dengan SUSAH PAYAHNYA ktorg pun pegi la (susah payah tu merujuk kepada masalah KTM komuter la, apa lagi.. faham2 la kan). Ala.. nak cuci mata je pun, sempat beli baju sehelai.. er.. durian 5 bekas.. dan.. er.. sebijik kuih bulan!



Comments seterusnya...

Bermalam kat rumah omar...

oleh sorensen pada 11 Ogos 2008 dalam ,

Petang semalam aku baru balik ke kolej lepas bermalam kat rumah omar, malam kelmarin. Mulanya cadang nak kuar hari sabtu tu sebab nak tengok citer susuk je, tapi memandangkan citer tu mula lewat dan aku pun malas nak berebut naik tren mcm org gila di petang hari, so aku decide la tdo kat rumah omar je. Ktorg tengok citer susuk tu kat pavilion pkl 5 ptg.. best gak la citernya cuma mungkin kne bagi tumpuan cket masa tengok sbb jalan ceritanya agak complicated.

Malam tu plak.. housemate omar nama paan ajak ktorang kuar lagi.. saje jalan2 cuci mata katanya. Malam tu lepas makan ktorg pegi ke downtown.. pasar malam yg popular kat kl ni, tak jauh dpd area rumah diorg.. pukul 2 pagi dok penuh lagi org kat situ. Omar pegi urut kaki, so sementara tgu tu aku, abg bob dgn paan tengok2 barang yg dijual kat situ.. balik tu aku ngantuk sgt terus tertido..

Semalam plak ktorang g hantar member omar pegi pudu, sbb nak balik ke melaka. Dia pun bermalam skali kat rumah omar mlm sebelum tu.. so lepas hantar dia tu ktorang g kl sentral je.. sbb nak makan. Cuma kat kl sentral tu ada something yg membengangkan aku, sbb kad touch'n'go aku tetiba bermasalah plak.. takleh pakai. Masalahnya bermula sbb hari sabtu lepas aku dah ter'scan' kad tu dkt mesin touch'n'go yg rosak dkt bandar tasik selatan.. so kad tu kne block la. Bila bawak g kaunter hub dkt kl sentral, org tu kata kne bawak pg ofis besar kalau nak refund (refund ok.. sbb duit baki aku dlm tu ala2 kne tarik kejap bila kad bermasalah). Aku call touch'n'go nyer call centre dia kata boleh settle kat kl sentral je.. cuma masa tu belum boleh sbb sistem tutup, hujung minggu katanyer. Tension..

Ape lagi ek.. ha'ah.. masa kat sentral tu aku beli kek secret recipe.. tapi bila sampai kat bilik dah cair.. makan jela nak wat cmne..

*takde gambar la posting ni.. xde mood nak amik huhuh!


3 komen seterusnya...

Sebulan di K12...

oleh sorensen pada 09 Ogos 2008 dalam

Hmm... dah sebulan aku duk kat kolej ni rupanya... terus terang aku katakan semenjak aku duk kat sini, fikiran aku tenang sangat.. walaupun dlm keadaan sibuk mcm skrg ni, aku dpt rasa perasaan tension tu akan hilang sebaik saja aku pulang ke kolej. Tenteramnya... takde sape pun ganggu hidup aku kat sini. Walaupun tak dinafikan sekali sekala aku mmg teringat kat kawan2 baik kat kolej lama.. tapi setiap kali tu aku akan kuatkan semangat. Lagipun, hakikatnya aku ni mmg jenis yg rilex je dok sorang2.. sbb kat rumah aku mmg biasa sorang2 diri takde sape pun yg teman.. so perkara ni bukan masalah besar bagi aku.. tak tau la kalau org lain. Kalau ada problem pun mungkin satu ni je, iaitu susah nak buat group work sbb kebanyakan coursemate aku mmg tinggal kat sana lagi. Tapi tu small matter lah.. setakat ni bleh settle lagi walaupun duk agak jauh dpd diorg.

Kadang2 aku rasa bersalah gak kat dabong dgn kawan2 yg lain, sbb setakat ni cuma sekali je aku dtg jumpa diorg kat sana.. itu pun masa aku nak ambik barang2 aku kat situ. Aku mintak maaf sgt kat korang dabong.. aku mmg tak boleh nak jejak blok pintar lagi.. sekurang-kurangnya buat masa ni. Aku tak sanggup nak tengok muka2 senior geng2 1st floor yg aku benci, dgn adi bekas ketua blok pengampu dan felo blok yg pendengki mcm sial tu. Kalau korang nak tau, diorang tu la yg menjadi kekesalan aku sampai skrg ni kerana ditakdirkan tinggal kat kolej tu selama hampir setahun. Tuhan mungkin taknak biarkan ko dgr lagu arab sorang2 dabong, sbb tu dia hantar aku sekejap kat sana supaya kita dpt jadi kawan. Bila tu dah berlaku dia letakkan aku kat tempat lain plak.. sbb dia tau kita takkan putus kawan kan? Bersyukurnya aku dpt kawan2 mcm korang...

USB TV card.. mende yg aku xpnh terfikir nak beli

Aku sentiasa cuba mengatasi masalah kesunyian aku ni dari semasa ke semasa.. well, of course la utk mengelakkan gejala tekanan mental yg tak diingini kan. Dan.. aku rasa aku boleh mengatasinya dgn menonton TV.. sbb kat rumah mmg itu pun aktiviti rutin aku kalau takde keje. Oleh sbb tu, aku beli la mende kat atas tu.. dlm 3 minggu lepas rasanya.. tapi cuma dpt digunakan dlm minggu ni sbb aku baru beli outdoor antena. Lebih rm200 jugakla duit aku melayang sbb mende2 ni semua. Tapi berbaloi la, best plak aku rasa dpt tengok tv dlm keadaan mcm ni. Pd kebanyakan masa aku tak rasa mcm bersendirian langsung, especially bila nordin dgn shahrul pun selalu naik ke bilik aku.

Walau apapun tanggapan bdk2 lain ttg decision aku pindah kat sini, aku terima je.. sekurang-kurangnya bila dh tinggal kat sini, aku boleh jadi diri sendiri..



2 komen seterusnya...

Merayau ke jalan masjid india..

oleh sorensen pada 04 Ogos 2008 dalam ,

Hahah.. biasa la korang.. aku ni kalau 1st time pegi satu2 tempat mmg excited.. Matila tiap2 minggu nak kuar kan. Aku tension la duk dlm bilik.. sbb tu bila weekend mmg jarang tengok muka aku kat kolej ni. Konfiden je.. padahal hari selasa ni (esok) dah ada 1st test. Ekekek! Ader aku kesah?

Semalam aku keluar lagi dgn omar, kali ni pegi ke jalan masjid india plak. Omar pegi dgn housemate dia, ktorang panggil abg bob. Dlm pukul 2 cmtu ktorang jumpa kat kl sentral pstu naik putra lrt la kan. Aku pun xtau kenapa semalam ramai sgt manusia.. puas jugak aku fikir, apa event yg tengah berlaku kat kl masa ni.. rsnya takde. Nak kata payday, rasanya dh lama dh..


Abg bob dgn omar nak tengok kain sbnrnya.. semangat ni nak prepare utk raya.. dh tengok kain2 langsir dan kain baju melayu. Design2 kain yg ktorang nampak tu, toksah la cakap.. meletop2 semuanya.. rs mcm nak beli je, nasib baik mak aku dah tempah tailor buat baju raya kat kampung kalau tak dpt baju baru la aku smlm. Ala.. banyak sgt baju raya nak buat apa kan.. membazir je..

Taapii kaann.. hehehe.. diorg tak puas hati dgn harga kain2 kat jalan masjid india tu.. yelah, aku akui memang mahal pun sbb boleh nampak kualiti dia mcm mana. So, aku pun suka la.. maknanya BERJALAN la lagi!!! Apa tempat lain yg banyak jual kain ek? Haaa... jalan tuanku abdul rahman!!

Dekat je.. bleh jalan kaki..

But last2 diorg tak jadi pun beli kain tu.. tah.. nak survey lagi minggu depan kot2 kat tempat lain lagi affordable katanyer. Lepas tu, plan ktorang pun start jadi tak tentu dah.. tau2 jela jalan TAR tu dekat dgn shopping komplex apa kan.. SOGO la pe lagi.. ktorang singgah situ jap sbb nak g makan.. lepas sambung jalan tu ktorang pegi satu mall yg aku tak ingat namanya.. klaka sgt sbb kat situ smlm, kepala omar terhantuk kat dinding kaca kedai bodyshop sampai salesgirl kat dlm kedai tu tergelak, dgn aku2 skali! Aiyo.. aku takleh blah ar ko ni omar!

Lepas tu, aku tanya la kat abg bob, kalau dpd situ nak ke hentian putra jauh ke tak.. dia kata kne naik lrt baru leh sampai. Kenapa aku tanya? Sbb kat situ ada shooping complex yg dh lama aku nak pegi.. namanya The Mall..

The Mall (sebelah stesen komuter PUTRA)

Sebelum ni aku selalu nampak bangunan ni masa berhenti kat stesen komuter hentian putra.. tapi baru semalam aku masuk. Ok gak tempatnya.. ada parkson besar kat dlm tu.. tapi ktorang salah masa la.. sbb masa ni mana sale, barang2 kat dlm tu plak sume standard2 je konfem la takde kemampuan nak beli kan..

Keluar dpd tempat tu ktorang pun plan terus nak balik. Omar dgn abg bob naik komuter skali dgn aku, tapi diorg berhenti kat bandar tasik selatan sbb nak tukar train ke stesen lrt salak selatan. Penuhnya manusia toksah la cakap.. ingatkan bleh duduk sbb naik dpd stesen putra, rupanya kali ni terpaksa jugak aku berdiri sampai ke serdang! Penat woo!!!


4 komen seterusnya...