Malaysia Airlines & AirAsia sentap-menyentap!!

oleh sorensen pada 02 Jun 2008 dalam ,

Apabila statement telah dikeluarkan...

Maka ianya harus DIBALAS!!!

Perang harga yg besar meletus antara dua airlines negara kita, sape lagi kalau bukan AirAsia dan Malaysia Airlines. Dah nak masuk sebulan hal ni berlarutan, semenjak Malaysia Airlines buat 0 fare. AirAsia tak senang duduk, dah mcm2 berita kuar kat tv pasal diorang ni. Kadang2 nak tergelak aku tengok, sbb benda mcm ni tak pernah terjadi..

Pada pendapat aku, takde sape yg menang dan kalah antara kedua2 airlines tu. Kalau ada pun, satu pihak je yg menang.. iaitu PELANGGAN! AirAsia boleh kata diorang punya fare murah, tapi ingat segala mcm benda lain (dpd baggage sampai ke makanan) kena BAYAR! Last2, jadi lebih kurang jugak kan? Malaysia Airlines pulak, kalau takde promosi mmg harganya tidak berpatutan (kecuali utk sesetengah tiket Super Savers), walau tak dinafikan layanan yg diterima mmg tiptop. So, apa pilihan kita? Tepuk-tepuk pengakap.. eh salah.. tepuk dada tanya selera ler!

Seharusnya peristiwa ni jadi pengajaran kepada kedua-dua airlines. Kepada AirAsia, sebenarnya anda telah BERJAYA menarik pelanggan sebelum ini SEBELUM kenaikan pola harga tiket akhir tahun lepas. Dan tolong nasihatkan kepada cabin crew anda supaya melayan penumpang dengan lebih baik, bukan hanya buat suara baik masa nak jual makanan je ok. Pastu, mungkin ada di kalangan diorang yg belum cukup terlatih, jadi tolong nasihatkan supaya lebih beradab sopan. Ni tak, ada yg main tunjuk2 je masa nak minta sampah untuk dibuang!

Kepada Malaysia Airlines, ini mungkin permulaan yg baik untuk anda. Teruskanlah, jangan bila dah habis promosi terus segala jenis harga tiket dan yuran lain jadi melambung, tak jalan jugak. Yg penting, kekalkan prestasi servis cabin crew anda.. ingat, tak banyak airlines di dunia ni yg boleh mencapai status penerbangan 5 bintang. Kalau hilang satu bintang tu nanti, malu la Malaysia Airlines!

Okeh, cukup aku menceceh pasal kapal terbang buat sementara waktu. Chow!



Comments seterusnya...