Gresso White Diamonds - Henfon Mewah!

oleh sorensen pada 29 Mei 2008 dalam

Lama la pulak tak bukak entry baru.. maklumla, tgh mood2 cuti ni mmg malas ckit.. dan tak brp banyak benda yg nak diceritakan. Tapi memandangkan yg nak diupdate ni pun blog aku sendiri jugak.. maka terpaksa la update jugakk!! Okeh.. kali ni aku nak kongsi pasal henfon mewah. So, kepada mereka2 yg kuat verangan di luar sana.. jenguk2 la ye.. erkkk..!!

Masih belum berpuas hati dgn rekaan biasa telefon bimbit yg berwarna kelabu atau hitam? Mungkin telefon bimbit unik bertatahkan permata keluaran Gresso ini adalah sesuatu yg anda cari. Namun, sesuatu yg eksklusif pastilah agak luar biasa harganya - di antara €9000 hingga €33,000 (+/- RM44,975 hingga RM164,908) bergantung kepada model.

Koleksi White Diamonds memperkenalkan dua model telefon bimbit mewah. Kulit luaran telefon bimbit tersebut diperbuat daripada kayu African Blackwood berusia 200 tahun dan permata putih, diukir bersama emas 18K. Kerana sifat semulajadi kayu berkenaan, pembuatnya mendakwa bahawa tidak akan ada satu pun telefon bimbit Gresso yang sama. Kekunci fungsi yg ada pada papan kekuncinya diperbuat daripada emas dan disalut permata, setiap satunya 0,11K. Skrin telefon bimbit ini dilindungi oleh kaca sapphire crystal 42K. Untuk mengelakkan kerosakan, papan kekuncinya dilindungi penutup khas yg besar. Bateri pula diperbuat daripada stainless steel berdekorasi kulit.

Telefon bimbit Gresso White Diamonds yg standard berharga €9000, dan didatangkan dgn empat permata putih. Sebagai tambahan, setiap kekunci fungsi adalah diperbuat daripada emas, dgn teknologi ultra-precision turning. Royal White Diamonds pula adalah telefon bimbit edisi terhad, dengan hanya 200 unit untuk dipasarkan. Dengan harga €33,000, model ini didatangkan dgn 23 kekunci fungsi diperbuat dpd emas bertatah permata putih, kesemuanya berjumlah 2,53K. Telefon bimbit ini beroperasi dgn platform Windows Mobile 6 Standard, memori dalaman 64MB dan memori luaran 2GB. Ia mempunyai 64 nada dering polifonik dan kamera binaan dalam 2 megapiksel.

Sumber: Gizmag.com

Comments seterusnya...