Benarkah dia "sahabatku"?

oleh sorensen pada 16 Januari 2008 dalam ,

Selepas tamat kelas PRT petang tadi, tiba2 aku rasa bosan nak pulang ke kolej. Tahla, semenjak dua menjak ni makin tension rasanya kepala aku sbb workload dah mula melambak2.. maklumla awal2 sem ni macam2 benda nak kena buat. So, utk rilex ckit aku ajak la kawan aku nordin, keluar ke sri serdang (ktorang panggil SS besar) utk makan kat KFC. Sampai je kat ctu, ktorang pilih meja dan letak beg.. masa pg kaunter nak pesan makanan aku ternampak sorg remaja perempuan cina sedang duduk di meja di hadapan kaunter. Boleh tahan orangnya, rambut lurus sederhana panjang dan berpakaian biasa, mengenakan jeans singkat. Matanya melilau2 dan terpandang kami, tapi slps tu mengalih pandangan. Hanya segelas minuman di atas mejanya, tiada sebarang makanan.
Ktorang pun x kisah la, dan terus pergi ke kaunter.


Masa tengah duduk makan, aku perhatikan lagi wanita itu. Dia sedang berborak dengan temannya dlm bahasa cina. Kelihatan dia seperti sedang meluahkan perasaan. Temannya senyap sahaja, mendengar atau tidak, tidaklah aku pasti. Rancak benar dia berbicara, sehingga menarik perhatian pengunjung2 lain yang leka memandangnya termasuk aku dan nordin sendiri. Bukan, kami bukan busy body apatah lagi berniat untuk menjaga tepi kain orang. Tapi..

Dia tidak menggunakan telefon bimbit, dia tidak mengenakan sebarang handsfree dan yang lebih memilukan, temannya senyap sahaja kerana hakikatnya tiada sesiapa pun yang sedang duduk bersama2nya di meja itu. Dia hanya duduk seorang diri!

Sukar menerima kenyataan wanita sesempurna itu, sebenarnya mengalami masalah psikologi.

Kejadian ini benar2 menyentuh perasaan aku. Sebelum ini, aku hanya mendengar sahaja apa yang dikatakan sebagai "imaginary friend" atau "sahabat bayangan". Pertama kali aku mendengar istilah itu ketika membaca tentang kes kematian vokalis kumpulan Nirvana, Kurt Cobain pada tahun 1994. Beliau dikatakan pernah memiliki imaginary friend ketika melalui saat depression terlampau dalam hidupnya. Dan hari ini, mata kepala aku sendiri yang melihat bagaimana kejadian itu berlaku, dan aku merasa sangat sedih. Aku tak pasti apa yang ada dalam benak wanita itu pada ketika itu. Siapakah yang sedang "berbicara" dengannya? Di mana dia mengenali "sahabat setianya" itu? Benarkah "sahabat" itu sedang mendengar isi hatinya, ataupun adakah dia sedang "bercakap" dengan perasaannya sendiri? Apa agaknya peristiwa yang sudah dilaluinya, sehingga mendorongnya utk mencari "sahabat baru" yang tidak pernah kita ketahui kewujudannya?

Yang aku tahu, dia pasti merasa sangat kesunyian pada ketika itu.

Pada kesempatan ini, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kawan2 kerana sudi menerima aku seadanya. Aku nak korang tahu, apa pun yang berlaku korang tetap sahabat aku. Terima kasih kerana sudi mendengar luahan perasaan dan menjadi teman berkongsi masalah, dalam susah dan senang. Kita manusia biasa, xdpt lari daripada masalah hidup. Dan oleh kerana itulah, kita tidak dapat hidup bersendirian. Seperti korang, aku juga perlukan teman. Sebenar2 teman, bukan hanya bayangan.

Kepada wanita itu, aku ucapkan semoga tabah menempuh dugaan hidup. Yakinlah, suatu hari nanti kamu pasti tidak bersendirian lagi.


Comments seterusnya...