Adidas Teamgeist II: Bolasepak 'pintar'
oleh sorensen pada 14 Disember 2007 dalam teknologi
Adidas dengan kerjasama Cairos Technologies telah memperkenalkan teknologi baru dalam sukan bolasepak iaitu teknologi garisan goal (Goal Line Technology) dan bolasepak pintar Adidas (Adidas Intelligent Football) pada acara FIFA Club World Cup di Jepun. Bolasepak rasmi yg digunakan dalam acara sukan berkenaan adalah Adidas Teamgeist II, yg mana mempunyai teknologi yg memudahkan pengadil mengesan masa bolasepak melintasi garisan gol, membuatkan ia bolasepak yg paling tepat pernah dicipta.
Adidas Teamgeist II
Teknologi pintar yang telah diimplementasikan dalam penghasilan Teamgeist II adalah penggunaan lapangan magnetik (magnetic field). Ia membolehkan maklumbalas diberikan pada masa sebenar (real-time feedback) kepada 'central computer', yang mana akan mengesan kedudukan bola di atas padang dan menghantarnya terus kepada pengadil. Dengan penggunaan lapangan magnetik serta bahan buatan bolasepak yg lebih stabil dan tahan lasak, sistem baru ini dikatakan lebih tepat dan tidak terpengaruh kepada faktor 'in-game', cuaca buruk atau masalah teknikal dalaman.
Keputusan hasil ujian penggunaan Teamgeist II pada acara FIFA Club World Cup di Jepun ini akan dinilai semula oleh Cairo Technologies dan Adidas dan akan dikaji semula penggunaannya secara umum. Pada masa ini, sistem baru berkenaan menepati kehendak International Football Association Board (IFAB) dan bolasepak berkenaan telah diluluskan oleh FIFA untuk tujuan perlawanan antarabangsa.
Dipetik dan diterjemah daripada:
Adidas Teamgeist II: Bolasepak 'pintar'
2007-12-14T16:29:00+08:00
sorensen
teknologi|
Comments
seterusnya...
Adidas Teamgeist II: Bolasepak 'pintar'
2007-12-14T16:29:00+08:00
sorensen
teknologi|
@socasnov
Pautan
Label
#stop114a
(1)
awards
(1)
belasungkawa
(3)
berita
(2)
blackberry
(2)
crocs
(2)
dubai
(4)
hiburan
(22)
info
(28)
isp
(4)
jiwa
(72)
kehidupan
(90)
mamee sllrrrp
(4)
omar
(20)
pengumuman
(1)
peristiwa
(32)
sony ericsson
(8)
teknologi
(37)
telco
(8)
youthsays
(2)