Jalan-jalan kat KL...

oleh sorensen pada 26 Ogos 2007 dalam

Fuh.. seronok betul rasanya kuar semalam. Aku dgn dabong mmg dah brp minggu plan nak kuar KL, sbb dia pnh bgtau aku nak survey harga external hard disk. So, harus la cari tempat yg sesuai kan. ala kat sini senang, nak cari apa je mesti jumpa punya.. biawak elektronik pun ada kot, maklumla dah xde hutan.. takut nanti lupa pula rupabentuk menatang biawak darat tu mcm mana, ye tak? ops, melalut plak aku.. ktorang rancang punya rancang, haa.. dabong pun mengingatkan aku dengan tempat yg dah lamaaa sangat aku nak pergi.. iaituuu...

Low Yat!!! I'm coming!!!

Aiyo.. seriously, aku mmg dah lama sgt nak jejak tempat ni. utk pengetahuan korg yg tak tau lagi, plaza low yat adlh shopping emporium yg terbesar kat malaysia, khas utk menjual barang2 keperluan IT. korang carik la apa pun, dpd henfon, komputer sehinggalah perkakasan audio visual, semuanya lengkap! tak heran la kalau kedai2 henfon/komputer lain kat malaysia ni menjadikan harga barang2 kat plaza low yat sebagai benchmark utk harga kat kedai diorang. tak sia2 aku dgn dabong bersesak2 amik komuter smp kl sentral, pastu sambung plak naik monorail smp kat imbi, jalan kaki plak baru smp kat sini. dekat 2 jam jugak ler..

masuk je kat dlm tu, terus je nmpak kedai henfon. kagum betul aku, 4 tingkat pertama.. semuanya henfon. dahla kat sini byk kedai jual sony ericsson.. lagi la aku seronok ahak2! lepas jalan2 tgk sekeliling, baru la aku dgn dabong start cari benda alah external hard disk tu. erm, part ni mmg agak frustrated la ktorang, sbb harganya tak seperti yg dijangkakan. mahal lagi la, malas la nak sebut kat sini, aku kechiwa huhu..

tapi, bukan la maknanya aku tak beli pape langsung.. heheh. tengok earphone aku skrg ni dah longgar ler, dah tampal selotep pon. aku beli la jgk earphone phillips yg baru (jenis yg sangkut kat cuping telinga tu) nak cari sony tak jumpa pulak.. pastu hampir2 nak beli usb wifi (utk kuatkan reception wireless kat bilik) tapi mcm malas la plak, sbb bilik dabong ada line, kuat plak tu. tak gitu dabong? ekekeke!

kuar dpd low yat, tgk masa awal lagi.. erm, jalan lagi la kan dabong? ktorang singgah kat berjaya time square tengok2 barang. pun boleh tahan gak tempat ni, barang elok2 semuanya.. banyak sale plak tu. bila aku terpandang je kedai chargers terus aku ajak dabong masuk.. dapat lagi baju sehelai.. hihih..

ktorang balik dlm pukul 3 lebih. mcm biasala.. bersemput2 dlm monorail & komuter smp ke serdang, pastu naik bas upm balik kampus, tapi tak hantar smp kolej la plak. berjalan la aku dgn dabong dpd KMR balik ke KPZ. WAHHH!! WHAT A HECTIC DAY!!!



2 komen seterusnya...

2 komen

  • Tanpa Nama

    penat wei jln ari2, paling tension pasal nak cari seat kat kfc 2..

    cam org gler nak berebut seat 2.. atlast dpt gak.... melantak sampai muak ayam 2... hahahahahah

  • Tanpa Nama

    ahaks.. tapi yg takleh tahan masa tersalah kuar kat lobi hotel tu la.. merasa la jadi orang arab kejap.. ekekekek!!!