Mojo - Andai Ku Bercinta Lagi (OST Ameera)

oleh sorensen pada 17 Jun 2012 dalam

Penonton setia slot Samarinda TV3 sudah tentu tahu tentang drama bersiri Ameera yang mula ditayangkan sejak Mei lepas. Aku sendiri pun baru mengikuti drama ini secara serius sejak minggu lalu, dan baru sahaja catch-up semula episod-episod yang ketinggalan menerusi internet. Mungkin jalan ceritanya agak cliche, tapi yang menarik perhatian aku adalah pembawakan watak para pelakon terutamanya Rita Rudaini sendiri sebagai Ameera, dan Jasmin Hamid sebagai ibu mertuanya. Kedua-dua mereka adalah watak favorite aku dalam siri ini. Dan satu lagi daya penarik terletak pada soundtracknya yang bertajuk Andai Ku Bercinta Lagi oleh Mojo.



Menurut komposernya iaitu Edry Abdul Halim, lagu ini diilhamkan daripada kisah benar yang terjadi kepada seorang lelaki yang telah kematian isterinya akibat penyakit kanser. Namun cinta lelaki tersebut tidak pernah padam, malah dia mengatakan seandainya suatu hari nanti dia bercinta semula dia tetap akan membayangkan wanita tersebut sebagai arwah isterinya. Lagu ini mempunyai kekuatan pada perluahan perasaan, serius kalau korang dengar dan hayati liriknya korang boleh menangis. Ini adalah lagu favorite aku sepanjang tahun 2012 menggantikan Kisah Hati daripada Alyah untuk tahun lepas.

Jangan lupa saksikan Ameera setiap Selasa dan Rabu (10.30 malam) dan Khamis (9.30 malam) di TV3.

MOJO - Andai Ku Bercinta Lagi

Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga

Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh

Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih

Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati



Comments seterusnya...

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011

oleh sorensen pada 08 April 2012 dalam

Saban tahun, acara yang telah berlangsung selama 25 tahun ini sememangnya telah banyak memberi anugerah dan pengiktirafan kepada artis-artis tempatan. Dan sudah tentunya yang paling menarik perhatian penonton yang menanti acara ini adalah persembahan artis-artis kegemaran mereka. Kita sedia maklum persembahan dalam majlis anugerah seperti ini semestinya dipenuhi gimik dan kelainan. Jom, kita imbas beberapa persembahan menarik pada malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH 25) yang telah berlangsung pada 8 April 2012 di Arena of Stars, Genting Highland.



Hafiz dan Adira - Ombak Rindu



Dato' Siti Nurhaliza dan VIP - Queen Of The Night dan Falling In Love



Jaclyn Victor - Menaruh Harapan
Azlan Typewiter dan Ziana Zain - Anggapanmu dan Lagu Untukmu


Comments seterusnya...

Blackberry Internet Service - Celcom vs. Maxis Prepaid

oleh sorensen pada 20 Januari 2012 dalam ,

Aku adalah pengguna baru Blackberry. Pada pendapat aku, menggunakan Blackberry Internet Service (BIS) prepaid lebih menguntungkan berbanding postpaid di Malaysia lantaran capability device itu sendiri yang kurang memanfaatkan sambungan internet untuk tujuan yang berat. Disebabkan pengguna Blackberry lebih mengutamakan penggunaaan smartphone untuk tujuan kerja dan bersosial, kita tidak seharusnya risau tentang isu data mobile internet sebagaimana pengguna iPhone dan Android, kerana dalam apa cara sekalipun kita tidak akan memerlukan data utilization yang terlampau besar dan monthly subscription yang terlalu mahal untuk memanfaatkan penggunaan internet. Di samping itu, BIS sendiri merupakan pakej khas yang lebih murah langganannya khusus untuk pengguna Blackberry sahaja. Best kan?

Persoalannya, yang manakah paling berbaloi?

Setelah hampir sebulan menggunakan Blackberry, aku sudah mencuba kedua-dua prepaid BIS daripada Celcom dan Maxis. Dari segi kelajuan tiada perbezaan yang terlampau ketara terutamanya bagi yang berada dalam kawasan liputan 3G. Namun demikian daripada pengalaman aku, beberapa perkara penting perlu diambil perhatian sebelum korang memilih salah satu daripada mereka. Di bawah aku huraikan sedikit perbezaan kadar langganan bulanan antara Celcom dan Maxis BIS prepaid:

Maxis


Celcom


Untuk langganan prepaid bulanan, Maxis menyediakan Social Package (RM30) dan BIS Bonus (RM20/100MB data untuk masa terhad) manakala Celcom menyediakan pakej Monthly Advance (RM25/250MB data). Secara kasar, harga langganan antara keduanya tidaklah terlampau jauh berbeza. Tapi adakah korang maklum tentang perbandingan paling ketara antara kedua-duanya?

Ya, perbezaan ciri data flow pada pakej-pakejnya!

Pada dasarnya, Maxis memberikan data flow 100MB sebulan untuk trafik data daripada BBM, e-mail dan social applications yang disokong oleh BIS sahaja. Internet browsing hanya disokong oleh plan BIS Bonus. Sekiranya korang melakukan internet browsing (pada Social Package) atau menggunakan 3rd party applications yang tidak disokong oleh BIS seperti Whatsapp, Ubersocial dll. (pada Social Package atau BIS Bonus) ia tidak akan dikira sebagai menggunakan data flow tersebut sebaliknya akan dikenakan caj dengan kadar pay per use
! (10 sen/10kB).

Berbanding dengan Celcom, trafik data daripada native applications tidak dikira di dalam pengiraan data flow bulanan. Korang boleh menggunakan BBM, Facebook, Twitter dan e-mail sepuas-puasnya kerana ia adalah unlimited, dan data flow korang hanya akan dipotong sekiranya korang melakukan streaming, internet browsing dan menggunakan 3rd party applications seperti dinyatakan di atas. Jadi walaupun aku pernah menjadi pembenci tegar Celcom sebelum ini, melihat dari segi pakej BIS yang ditawarkan aku akui mereka telah menang. Dan setelah dua minggu menggunakan Maxis Prepaid BIS aku mengambil keputusan untuk beralih ke Celcom setelah beberapa tahun memboikot perkhidmatan mereka :)

Tujuan aku menulis entry ini adalah untuk menyelesaikan kekeliruan pengguna Blackberry baru atau yang sedia ada dalam memilih pakej BIS prepaid paling sesuai. Pengguna postpaid mungkin ada pengalaman tersendiri, dan pengalaman korang dengan Blackberry mungkin berbeza dengan daripada apa yang aku telah lalui. Apapun, aku tau korang suka Blackberry korang tu. Sebab aku pun sama, hehe! :)


UPDATE: Bermula Julai 2012, aku telah beralih kepada Umobile BIS prepaid. Nak tahu sebabnya? Klik sini


3 komen seterusnya...

1st job ever!

oleh sorensen pada 12 Oktober 2011 dalam

Belum hilang lagi feel yang aku amik daripada dramathon cerita ni selama hampir sebulan aku tengok balik setiap satu episodnya. Akhirnya, aku dapat kerja. Nasib agak menyebelahi aku kali ni apabila dalam minggu lepas, abang aku inform ada jawatan kontrak yang dibuka di ofis diorang iaitu di PPD kat town aku ni sendiri. Walaupun kontraknya cuma maksimum 3 bulan saja, aku rasa buat masa sekarang itu dah memadai sebagai platform untuk mengerah bakat dan tenaga yang aku ada, meluaskan skop sosial dengan kakitangan kerajaan di sini dan of course... ia bergaji :)

Aku mula bertugas sebagai pembantu sambilan di bahagian HEM sejak 2 hari lepas, dan tak dinafikan kerjanya memang melambak. Tapi aku beruntung sebab ketua aku di bahagian tu sangat sempoi orangnya, dan walaupun staff di pejabat itu melihat dia sebagai seorang workaholic... aku boleh rasa ada chemistry di antara kami malah rasanya aku mungkin lebih workaholic daripada dia!

Bila teringat balik cerita Ugly Betty dan situasi aku dan kerja aku sekarang kadang-kadang aku nak tergelak. Serius aku tak pernah terfikir akan bekerja sebagai assistant kpd seorang pegawai, dan pengalaman aku menonton cerita ni semula sangat membantu. Walaupun baru dua hari bekerja sekarang aku faham, menjadi seorang assistant bukan sekadar membantu ketua menyelesaikan tugasnya tapi juga menjadi sebahagian daripada dia. Masa untuk overtime dia yang tentukan dan selagi dia belum pulang, atau turun semula ke pejabat menyambung kerjanya pada waktu malam aku harus membantu dia. Dan sekiranya dia tidak berada di pejabat akulah yang akan menggantikan tempat dia, sekurang-kurangnya mengingati setiap perincian fail dan surat yang dihantar ke pejabatnya untuk semakan apabila dia kembali. Dan tentunya, tugas aku adalah menjawab panggilan telefon yang masuk... dan tugas ini belum berani aku pikul sebab banyak benda yang aku tak tau nak jawab lagi! Owh... nampaknya aku belum setaraf dengan Betty Suarez T_T

Apapun, seriously I do love my job. Peluang mendapat kerja pertama ni akan aku gunakan sebaik-baiknya sebagai batu loncatan menimba pengalaman sebelum beralih kepada bidang kerja pejabat yang lebih extensive. Thx Mr. Affendi for being a very good mentor, for the next three months I will be your hardwork, intelligent, effective and handsome Sorensen Suarez :)



Comments seterusnya...

Jemputan ke Google+

oleh sorensen pada 15 Ogos 2011 dalam

Sebagaimana yang mungkin telah korang semua ketahui, Google+ adalah sebuah rangkaian sosial terbaru yang diperkenalkan oleh Google. Buat masa ini ia masih lagi di peringkat percubaan, dan pendaftaran di laman sosial ini sangat terhad iaitu hanya boleh dilakukan melalui jemputan sahaja pada masa sekarang. Wujudnya Google+ akan memberikan nafas baru dan saingan kepada laman sosial popular sedia ada seperti Facebook dan Twitter. Pasti ada yang tertanya-tanya, mengapa perlu ada Google+ sedangkan sudah ada Facebook yang telah terbukti berfungsi sebagai rangkaian sosial yang berkesan?



Kalau ditanya pada aku, setelah beberapa hari mengkaji sistem penggunaan Google+ aku mendapati terdapat beberapa perbezaan dan pembaharuan features berbanding Facebook. Perbezaan utama terletak pada cara kita berinteraksi dengan kenalan di dalam senarai. Google+ tidak menggelarkan teman kita sebagai "friends" sebagaimana Facebook tetapi mereka dikenali sebagai "circles". Kita bebas untuk meletakkan sesiapa sahaja ke dalam "circles" yang kita inginkan tanpa perlu menunggu mereka meluluskan permintaan kawan. Dan sekiranya mereka juga beminat untuk mengetahui updates yang kita tulis pada stream maka mereka juga boleh memasukkan kita ke dalam "circles" mereka. Perlu diingatkan juga bahawa kita boleh mencipta sebanyak mana "circles" yang kita ingini dan meletakkan hanya pengguna-pengguna tertentu sahaja di dalamnya. Sebagai contoh, kita boleh mengasingkan teman sekolah, teman sekampus dan ahli keluarga ke dalam "circles" yang berbeza. Oleh yang demikian, setiap kali kita hendak menulis update kita boleh memilih "circles" yang mana sahaja boleh melihat update tersebut.

Sistem borak melalui webcam di Google+ pula dikenali sebagai "Hangouts". Mengapa digelar "Hangouts" dan bukan video call seperti di Facebook? Ini kerana fungsi "Hangouts" membolehkan kita membuat panggilan video kepada lebih daripada seorang teman pada satu-satu masa. Dari sudut ini, walaupun Facebook baru sahaja memperkenalkan fungsi integrasi video call tidak berapa lama dulu namun nampaknya fungsi tersebut sudah agak ketinggalan. Selain itu terdapat juga fungsi-fungsi lain seperti "sparks" dan permainan yang belum aku cuba setakat ini.

Dengan ini, aku menjemput korang yang berminat untuk turut sama menyertai Google+ dan mencubanya sendiri. Cuma tinggal dalam 140 jemputan melalui akaun aku. Sebelum mendaftar pastikan korang login ke dalam akaun Google terlebih dahulu (jangan logout) dan kemudian barulah klik pada invitation link di bawah. Siapa cepat dia dapat! :)



1 komen seterusnya...